Sebut sahaja bab gosok gigi anak, kebanyakan ibu bapa mula persoalkan berapa banyak perlu diletakkan ubat gigi? Boleh atau tak anak telan ubat gigi? Sejak usia bila anak boleh guna ubat gigi dan macam-macam lagi.
Penjelasan dari Dr Iqbal Rosali mengenai tip menggunakan ubat gigi pada anak-anak boleh memberi gambaran jelas dan sebagai rujukan ibu bapa.
1.UBAT GIGI: PERLU ATAU TIDAK?
Bagi bayi yang belum ada gigi, boleh bersihkan mulut dan gusi bayi menggunakan kain basah bersih.
Bagi bayi yang baru tumbuh gigi, boleh gunakan kain basah bersih juga untuk bersihkan giginya. Boleh juga gunakan ‘finger toothbrush’.
Perkenalkan ubat gigi bila ibu bapa yakin, dan anak tahu yang dipicit keluar itu ialah ubat gigi.
Sebaik-baiknya, lagi awal lagi bagus untuk perkenalkan ubat gigi pada si anak.
Ads
2. UBAT GIGI: BANYAK ATAU SIKIT?
Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun, gunakan ubat gigi sebesar sebiji beras.
Untuk 3-6 tahun, sebesar kacang pea.
Cukup. Tak payah lebih-lebih. Tak payah sampai berbuih.
3. UBAT GIGI: ADA FLOURIDA ATAU TIDAK?
Ads
Flourida adalah penting untuk menguatkan gigi dan mencegah kerosakan. American Association of Dentistry (ADA) mencadangkan untuk menggunakan ubat gigi berflourida seawal yang mungkin untuk pendedahan lebih awal dan perlindungan menyeluruh.
Di pasaran, ada ubat gigi kanak-kanak yang sudah ada flourida. Ibu bapa tak perlu risau kerana kandungannya adalah jauh lebih rendah daripada orang dewasa punya.
4. UBAT GIGI: BOLEH TELAN ATAU TIDAK?
Walaupun ada ubat gigi kanak-kanak dilabel selamat untuk ditelan, tolonglah pastikan dan pantau anak tak telan juga. Makanan pun kita berkira apa yang masuk ke dalam mulut, takkan ubat gigi kita relakan.
Ramai ibu bapa risau untuk gunakan ubat gigi berflourida kerana anak suka telan ubat gigi. Sebab itu perkara paling penting adalah pemantauan daripada ibu bapa sendiri.
Ads
Ibu bapa WAJIB gosokkan gigi anak sehingga dia umur 6 tahun. Mesti bantu anak menggosok gigi atau gosok gigi bersama-sama anak untuk elakkan mereka tertelan ubat gigi.
5. UBAT GIGI: PERLU LUDAH ATAU TIDAK?
Secara amnya, kita akan nasihatkan untuk gunakan ubat gigi berflourida apabila anak sudah pandai meludah.
Ibu bapa mesti ajar anak-anak untuk meludah ubat gigi dan elakkan daripada mereka menelannya.
Banyak cara nak ajar anak meludah ubat gigi. Ibu bapa jadilah contoh kerana ibu bapa adalah role model untuk anak masing-masing. Buat bunyi ‘puh’ ‘puh’.
Satu lagi, gunakan kuantiti yang betul. Bila tidak ada ubat gigi berlebihan, tidak perlu risau dengan tertelan atau perlu meludah dengan banyak.
Setiap kelahiran bayi kebanyakannya melibatkan koyakkan pada bahagian perineum akibat regangan kulit, episiotomi dan penggunaan alat bantu semasa proses kelahiran berlaku. Ikuti info lanjut dari Dr Ivan Lee Kick Kit dari KPJ Seremban Specialist Hospital.
Koyakan ini lazimnya terjadi secara semula jadi semasa proses meneran atau insisi episiotomi yang dilakukan oleh bidan atau doktor untuk memudahkan proses bayi dapat dikeluarkan semasa proses kelahiran.
Jenis-jenis koyakan
Menurut Dr Ivan, jenis dan tahap koyakan semasa proses kelahiran boleh diklasifikasikan mengikut tempat ia terjadi dan ukuran kedalamannya. Ia melibatkan bahagian vulva, faraj (vagina), serviks dan rahim. Lazimnya, koyakan semasa bersalin terjadi pada faraj dan vulva sahaja.
Empat tahap koyakan perineum semasa kelahiran
Darjah pertama iaitu satu koyakan kecil pada kulit yang lazimnya pulih sendiri dan tidak memerlukan jahitan.
Darjah kedua iaitu koyakan yang lebih mendalam yang melibatkan otot-otot dan kulit dan biasanya memerlukan jahitan.
Darjah ketiga iaitu koyakan dalam yang melibatkan kulit dan otot-otot perineum. Koyakan itu juga melibatkan otot-otot yang mengelilingi anus (otot sfinkter) dan memerlukan jahitan.
Darjah keempat iaitu koyakan parah yang melampaui otot-otot dubur. Koyakan mungkin melepasi dubur dan memerlukan jahitan.
Episiotomi
Episiotomi ialah guntingan yang dilakukan oleh doktor pada kulit dan otot antara vagina dan anus. Tujuannya untuk melebarkan jalan kelahiran bayi. Biasanya doktor akan memberikan bius lokal sebelum episiotomi. Namun, dalam keadaan kecemasan episotomi dilakukan tanpa bius. Episiotomi dilakukan untuk melebarkan laluan kelahiran. Doktor akan mempertimbangkan beberapa faktor sebelum memutuskan episiotomi iaitu;
Episiotomi dilakukan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kelahiran bayi untuk mengelakkan bayi lemas atau fetal distress.
Menjangkakan bahu bayi akan tersangkut.
Kes kelahiran yang memerlukan bantuan instrumen (bagi kelahiran normal) iaitu seperti ventouse dan
Boleh mengelakkan ibu bersalin mengalami kekoyakan perineum yang teruk, terutamanya apabila saiz bayi yang besar.
Risiko luka yang teruk
Kira-kira hanya satu daripada 100 orang ibu yang bersalin secara vagina mengalami koyakan darjah ketiga atau keempat. Selalunya, kes berikut cenderung mengakibatkan koyakan parah.
Kelahiran bayi pertama,
Bayi dalam posisi belakang-menghadap-belakang.
Berat badan bayi anda melebihi 4kg.
Kelahiran dengan bantuan forseps.
Penjagaan luka pada vagina selepas bersalin
Ibu disarankan untuk mengamalkan beberapa langkah untuk menjaga luka dan menggalakkan penyembuhan.
Tukar tuala wanita setiap dua hingga empat jam atau apabila pad sudah basah sepenuhnya oleh darah nifas (lokia).
Mencuci bersih kawasan perineum setiap kali selepas membuang air kecil atau besar.
Sentiasa memastikan kawasan tersebut kering dan bersih.
Menggunakan larutan antiseptik yang dibekalkan pada tempat jahitan dua hingga tiga kali sehari.
Mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat menggalakkan proses penyembuhan luka.
Ada kalanya, ibu merasa kurang selesa dengan luka sehingga mengganggu pergerakan. Antara tip yang boleh dilakukan untuk melegakan ketidakselesaan ialah:
Memakai pakaian longgar seperti kain batik atau skirt.
Meletakkan pek ais pada tempat jahitan untuk meredakanbengkak dan kesakitan terutamanya semasa 24 jam pertama.
Ubat analgesia seperti Ponstan atau Ibuprofen boleh mengurangkan kesakitan.
Cuba elakkan sembelit dengan memakan makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran dan minum air secukupnya.
Boleh mengambil pelembut najis jika perlu.
Kebanyakan ibu-ibu mendapati koyakan dan episiotomi akan pulih tanpa masalah. Kesan bengkak dan lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan jahitan selalunya akan pulih dalam tiga hingga empat minggu selepas kelahiran. Selepas dua bulan,
Dapatkan rawatan segera sekiranya luka berbau, menyakitkan dan tidak sembuh kerana ia kemungkinan berlakunya infeksi. Tanda-tanda lain yang tidak patut diambil mudah ialah seperti kegagalan untuk menahan kencing atau air besar dan tidak berupaya menahan kentut.
Sitz bath ialah rendaman bahagian genital di dalam larutan air suam yang dicampurkan dengan garam. Sitz bath boleh membantu proses penyembuhan luka dengan mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada tempat jahitan. Ia juga membantu membersihkan kawasan perineum dan menggalakkan proses penyembuhan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada kajian yang menunjukkan kanak-kanak pada usia 3-4 tahun bertanya sehingga 288 soalan dalam sehari. Selain buat tak tahu atau jawab ala kadar, ada banyak perkara yang anda perlu beri perhatian dalam memahami psikologi di sebalik setiap pertanyaan mereka.
Menurut Dr Rozanizam Zakaria, bila anak bertanya soalan demi soalan jangan rasa rimas kerana waktu ini adalah masa sel-sel otak anak berhubung dan mereka mahu tahu semua perkara melalui pemerhatian dan persekitaran.
Tip untuk ibu bapa bersedia hadapi persoalan anak
Setiap persoalan ‘kenapa ayah, kenapa ibu?’ bukan bertujuan menjengkelkan atau mengacau ibu bapa. Namun ia adalah petanda bahawa sel-sel otak mereka berhubung selari dengan perkembangan kognitif mereka pada usia 3 hingga 5 tahun. roses ini dipanggil ‘intuitive thoughts development’ pada fasa pre-operational (3-7 tahun).
Persoalan bertujuan ‘connecting the dots’ – kanak-kanak hanya belajar tentang kehidupan melalui apa yang mereka lihat, dengar dan rasa. Setiap persoalan bertujuan menghubungkan apa yang deria mereka alami dengan konsep cara kehidupan berjalan. Ini merupakan asas kepada fasa perkembangan kognitif seterusnya dalam hidup mereka – concrete operational stage
Jawab setiap persoalan anak anda berdasarkan usia mereka. Bukan berdasarkan keperluan soalan. Kalau mereka tanya ‘dari mana baby datang?’ – jawapan anak berusia 3 tahun tidak sama dengan anak 13 tahun. Gunakan setiap persoalan sebagai ‘chapter’ baru dalam ‘buku perkembangan’ mereka.
Jangan hanya menjawab, tetapi ransang kreativiti mereka dengan sesekali bertanya mereka kembali untuk menggalakkan mereka berfikir.
“ayah kenapa atas ambulans ada lampu lip-lap?” “adik rasa kenapa ya? Babah pun nak tahu la..”
sekiranya soalan mereka tidak wajar atau tidak kena caranya, jangan marah atau tempelak mereka. Tetapi berikan alternatif atau jadikan persoalan tersebut sebagai point untuk mereka berfikir.
“kenapa orang tu gemuk abi? “kalau orang kata macam tu kat ayah atau ibu, macam mana adik nak jawab?” “mesti adik kena kata, tak baik cakap pasal rupa orang, Allah tak suka..”
Jangan takut untuk katakan tidak tahu. Jujur lebih baik dari anak anda mengetahui hakikat sebenar dari orang lain dan menganggap anda tidak jujur.
“abi pun tak tahu, apa kata nanti kita cari jawapannya sama-sama”
Terus terang dengan perkara yang perlukan terus terang. Ada kalanya mereka akan ambil masa untuk memahami. Tetapi kejujuran anda menjadi titik tolak untuk mereka mula belajar. Terutama dalam keadaan yang berkait dengan kematian, perceraian dan ahli keluarga yang ditimpa penyakit.
Galakkan anak anda untuk bertanya pada orang yang lebih tahu. Ia akan meransang mereka menjadi berani, pandai berkomunikasi dan lebih mengujakan. Contohnya anak anda bertanya pada anda di pasar,“ayah, kenapa ayam kat sini semua dah tak ada bulu?”
“apa kata adik tanya pakcik kedai ayam ni, dia mesti tahu rahsia kenapa ayam ni tak ada bulu”.
Kalau masa dan ketika persoalan mereka tidak kena, terus terang pada mereka. Sentuh mereka, pandang pada mata mereka dan nyatakan kenapa.
“umi tahu kakak ada banyak nak tanya, tapi sekarang umi tengah cakap dengan auntie, apa kata kakak main dulu, bila umi dah habis umi cakap semula dengan kakak, boleh?” Pastikan anda tepati janji.
Kalau anak anda bukan jenis yang suka bertanya, cipta situasi yang meransang naluri ingin tahu mereka. Contohnya bila anda bercerita atau bacakan buku cerita, berhenti pada pertengahan cerita dan minta mereka teka apa sambungan/kesudahan cerita. Sekiranya mereka bermain, minta mereka cerita kembali apa mereka main dan tanyakan persoalan untuk mereka ‘expand’ imaginasi mereka.
Contohnya bila nampak mereka bermain jual-jual, tanyakan apa nama kedai mereka, pukul berapa buka, apa warna kedai ini, siapa yang selalu datang dan sebagainya. Ia juga mampu meransang sisi kreativiti mereka.
Bila nak bersalin pasti isteri mahukan suami berada di sisi, tapi kerana situasi kes Covid-19 yang semakin tinggi ini dan mengambil kira ibu hamil yang merupakan golongan berisiko tinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini telah membuat satu garis panduan bagi mengurangkan risiko penularan virus tersebut.
Tapi berita baik untuk semua suami dan ibu yang bakal melahirkan, KKM semalam telah mengeluarkan SOP terbaru untuk suami yang ingin menemani isteri ketika bersalin. Jangan lupa semak dengan hospital terdekat mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin nanti ya!
Photo: Freepik.com
Kriteria Bagi Suami/Ahli Keluarga Untuk Menemani Ibu Hamil Semasa Bersalin
Adalah dimaklumkan bahawa kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri semasa proses kelahiran anak di wad bersalin hospital-hospital KKM telah berkuatkuasa pada Oktober 2021, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pematuhan ketat kepada SOP yang ditetapkan 🧵👇🏻 pic.twitter.com/ErLtLq7RsY
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!