Ubi Getuk Frozen Jadikan Menu Minum Petang. Teringin Nak Makan, Bila-bila Boleh Dinikmati!
Buat mak-mak yang suka menyediakan menu minum petang untuk dinikmati seisi keluarga, bolehlah cuba sediakan ubi getuk yang difrozenkan ini. Tentunya bila sudah ada stok di dalam peti sejuk, kerja menyediakan hidangan semakin mudah dan cepat. Pantang rasa teringin, terus boleh goreng dan dinikmati bersama.
Ubi Getuk Frozen
Bahan-bahan:
2 kg ubi yang sudah kupas kulit
1 biji kelapa parut putih/ 350gm
2 cawan gula pasir( nak lagi manis boleh tambah sikit) terpulang pada citarasa masing-masing.
2 sudu besar tepung gandum.
Cara-caranya:
1.Rebus ubi hingga empuk ( isi garam)
2.Setelah empuk..tos kemudian hancurkan hingga lumat.
Ads
3.Tambah kelapa + gula + tepung gandum.
4.Gaul sebati.
5.Timbang setiap doh 20gm.
6.Bulat-bulatkan, pastikan sapu minyak dekat tapak tangan supaya mudah nak bulat-bulatkan.
Weekend ni tak tahu nak bonding time di mana bersama famili? Apa kata sertai Projek Parenting Care 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik serta hadiah lumayan sesuai untuk seisi keluarga! Ibu ayah boleh ikuti Bual Sihat & Selamat serta Carseat Talk dan anak-anak boleh join pertandingan mewarna.
Mak-mak, pening kepala nak fikir nak masak apa untuk anak-anak hari ni? 😅 Hujung Ramadan ni, selera anak kadang turun, lauk biasa pun dah jemu. Apa kata cuba resipi baru yang mudah tapi sedap gulai kerutuk ayam memang antara hidangan yang boleh buat anak-anak kembali berselera.
Selera Kelantan memang lain macam, mak-mak! Kuah gulai pekat, wangi rempah, siap bungkus macam nasi berlauk kat kedai memang ‘umphhh’ betul! Anak-anak pasti suka, dan keluarga pun akan tersenyum puas lepas makan.
Masih teringat rasa gulai kerutuk gelap pekat melekat kat nasi kembang tu. Bila makan guna cara bungkus kertas macam cikgu dulu, nikmatnya lain macam, setiap suapan rasa heaven. Resipi ni bukan saja sesuai untuk hidangan keluarga harian, tapi juga sesuai untuk jamuan kecil di rumah atau makan sama-sama dengan anak-anak. Jom ikuti resipi oleh cikgu Afy AL Habibi
Salah satu sebab ramai orang suka gulai kerutuk ayam ialah rasa kuahnya yang pekat dan kaya dengan rempah. Berbeza dengan gulai biasa, kerutuk mempunyai warna yang lebih gelap dan aroma yang lebih kuat kerana penggunaan rempah ratus yang dimasak sehingga pecah minyak.
Bila kuahnya meresap ke dalam ayam, setiap gigitan jadi lebih sedap. Anak-anak yang biasanya cerewet makan pun boleh tiba-tiba bertambah nasi. Tambah pula kalau makan panas-panas dengan nasi putih atau nasi kembang, memang susah nak berhenti.
Resipi tradisional ini juga sangat popular di Pantai Timur, terutamanya di Kelantan. Malah, ramai yang kata gulai kerutuk ayam lagi sedap kalau dimasak lama sedikit supaya kuahnya jadi lebih pekat dan rempah benar-benar meresap.
2 biji bawang merah (saiz sederhana)
1 ulas bawang putih (kalau kecil, guna 2 ulas)
Sehiris nipis halia
1/2 hiris nipis lengkuas
2 hiris nipis serai (jangan lebih, nanti rasa terjejas)
Opsyenal: Serbuk ketumbar sangai kisar sendiri, sedikit
Panaskan minyak – sebelum tumis, cikgu goreng sebiji kentang untuk hiasan tambahan nanti.
Leraikan sebatang serai kecil, dan tumis bersama 5 sekawan (biji bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga & bunga cengkih).
Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga wangi dan sedikit kekuningan.
Tambahkan 1/4 sudu besar serbuk cili Babas (boleh ganti cili kering kisar).
Masukkan 4 sudu besar rempah gulai kerutuk Kelantan pilihan cikgu. Gunakan api paling perlahan, kacau sebati hingga terbit minyak sedikit.
Tambahkan air asam jawa:
1 gelas air
Secubit asam jawa
Masukkan perasa peringkat pertama:
1/2 keping nisse (kalau habis, guna gula merah)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/3 sudu kecil serbuk perisa
Tutup periuk seketika, biar api paling perlahan, kira-kira 5 minit hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, tambah sedikit air untuk proses kecutkan ayam hingga hampir empuk. Kacau sesekali.
Bila ayam hampir empuk (30-40 minit), tambahkan santan kotak (50 ml atau lebih sikit). Jangan terlalu banyak, supaya warna kuah tidak pudar.
Tambahkan 1/4 cawan air (ikut kepekatan kuah).
1 tangkai cili hijau Siam
1 tangkai cili merah
1/4 biji bawang holland
1 biji kentang digoreng (opsyenal untuk jualan besar, elakkan)
1/2 sudu kecil kerisik
Perasakan garam & gula ikut citarasa, bagi rasa masin manis menyerlah. Jika anti manis, boleh skip gula.
Lepas mendidih 2-3 minit, tutup api.
Jika masak malam, bahan hiasan (kecuali kerisik) boleh dimasukkan keesokan harinya semasa panaskan kuah.
Hidangan sup antara yang menjadi kegemaran ramai tak kira anak kecil atau orang dewasa. Selain jadi pembuka selera untuk individu yang tak sihat, aneka sup ini juga sedap dinikmati bersama nasi atau makan macam tu je.
Biasanya sup yang selalu dihidangkan untuk ahli keluarga adalah sup ayam, daging atau sayur. Tapi kali ni, resipi dari Puan Zurina Zulkefli ni adalah sup telur chinese style.
Tambah pula crab stick sebagai penambah selera memang sedap. Kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nuget sememangnya memudahkan ibu yang kesuntukan masa menyediakan makanan untuk anak. Namun nuget yang dibeli dipasaran membuatkan kita merasa tidak yakin. Apa kata sediakan nugget homemade sendiri dengan menjadikannya lebih sihat.
Tambahkan sayur dan bentukkan ikut citarasa kesukaan anak seperti yang dikongsikan oleh Yasreen Balqish Al Idrus buat anaknya, Emir Ashmal Sufi. Bukan seperti resipi biasa tetapi dijadikan dalam pelbagai bentuk dan rupa yang lebih kreatif agar mampu menarik perhatian si comel. Jom cuba!
Resepi ada dibawah, sesuai untuk anak-anak. Ibu dan ayah pun boleh joint sekali. InsyaAllah bagus sebab tiada bahan pengawet dan msg.
Semua bahan dikisar bersama sedikit air.
Sayur sayur yang digunakan. Boleh gunakan sayur-sayuran lain seperti jagung atau sengkuang.
Bahan yang telah dikisar.
Saya masukkan serbuk ikan bilis bagi menggantikan garam dan serbuk perasa.
Sedikit tepung gandum dan tepung pulut.
Setelah digaul bersama sayur² stim dalam 20 minit.
Kemudian boleh di tekap menggunakan acuan.
Sebelum digoreng, celupkan dengan telur dan kemudian celupkan dalam serbuk roti. Saya gunakan serbuk roti kosong, tanpa pewarna.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.