Baru-baru ini, Ustaz Hanafi berpeluang bertemu dengan pelakon terkenal, Amyza Aznan. Siapa yang tak kenal Amyza – seorang pelakon yang sentiasa ceria, suka tersenyum dan buat orang lain ketawa. Tapi siapa sangka, di sebalik senyumannya, tersimpan satu kisah duka yang sangat menyentuh hati.
Dalam pertemuan tersebut, Puan Amyza berkongsi kisah anak lelakinya, Adre Mikhail, yang baru berusia 19 tahun dan telah disahkan menghidap kanser paru-paru. Katanya, semuanya berlaku sangat pantas. Bermula dengan sakit bahu yang disangka kecederaan biasa akibat sukan, namun rupa-rupanya itu adalah tanda awal kepada penyakit yang jauh lebih serius.
Puan Amyza menceritakan bagaimana selepas beberapa minggu tanpa perubahan, mereka kembali ke klinik dan hasil X-ray menunjukkan paru-paru anaknya sudah dalam keadaan kritikal, penuh dengan air, dan hanya tinggal sedikit sahaja bahagian yang masih berfungsi. Setelah dirujuk ke hospital dan menjalani pelbagai ujian, doktor mengesahkan terdapat sel kanser bersaiz 18 cm dalam paru-paru Mikhail.
Apa yang lebih menyentuh hati, walaupun terpaksa tidur dalam keadaan duduk selama dua minggu kerana sukar bernafas, Mikhail tetap tenang dan tidak pernah mengeluh.
Ads
Ujar ibunya, “Saya tahu Ustaz, anak saya dah tak ada harapan. Tapi saya pegang bahawa doa ibu itu senjata paling kuat.” Sungguh luar biasa kekuatan seorang ibu. Perkembangan terkini, setelah dua bulan ‘berperang’ lawan kanser, anak Amyza Aznan sudah melepasi fasa kritikal.
Dalam masa yang sama, Ustaz Hanafi turut berkongsi beberapa faktor yang boleh mencetuskan kanser, terutamanya kanser paru-paru, berdasarkan apa yang beliau tahu:
Ustaz kongsi beberapa perkara yang boleh triggered kanser terutamanya kanser paru-paru sekadar apa yang Ustaz tahu.
Ads
1. Vape atau rokok elektornik. Ustaz nak ingatkan terutamanya di kalangan anak muda. Hentikan vape. Cecair vape mengandungi bahan kimia, logam berat, dan nikotin yang boleh merosakkan paru-paru. Ia boleh menjadi pencetus kepada pertumbuhan sel kanser. Ustaz ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Terengganu dan Perlis yang dah keluarkan arahan pengharaman vape.
2. Rokok. Ustaz, kalau vape tu berbahaya, boleh saya hisap vape. Jangan tuan puan. Jangan hisap rokok. Kedua-dua vape dan rokok sangat merbahaya dan dapat aktifkan sel kanser. Hentikan kedua-duanya. Kena ingat tuan puan, asap rokok ni bukan hanya bahayakan penghisap rokok tapi juga bahayakan orang di sekeling. Hentikan rokok. Kalaupun kita tak sayang diri sendiri, sayangi ahli keluarga yang ada di sekeliling kita.
3. Makanan segera, makanan diawet. Ini pun tak kurang hebat kesannya. Ustaz dah selalu sebut, pengambilan makanan segera dan makanan yang diawet juga boleh memberi kesan kepada risiko kanser, khususnya dalam jangka panjang. Ubah apa yang kita makan, ubah gaya pemakanan ke arah yang lebih baik dan sihat.
Ads
4. Pencemaran udara dan bahan kimia. Pencemaran udara ni, tuan puan, bukan benda asing dalam hidup kita hari ni. Kita hirup udara setiap saat. Tapi kalau udara tu penuh dengan racun, kita tak sedar, kita sebenarnya sedang masukkan benda bahaya ke dalam badan. Asap kenderaan, kilang, habuk-habuk halus yang kita tak nampak tu semuanya boleh masuk terus ke paru-paru. Lama-lama, tisu dalam paru-paru rosak. Sel yang sihat boleh bertukar jadi sel yang sakit. Inilah antara jalan awal kepada penyakit kronik, termasuk kanser paru-paru. Usaha elakkan semampu yang boleh.
5. Sistem imun yang lemah. Sistem imun yang lemah, tuan puan, ibarat tentera dalam badan yang dah letih. Bila tentera letih, musuh senang masuk. Kadang-kadang kita tak sedar. Kita stres tak berhenti. Tidur pun tak cukup. Makan pun tak terjaga. Semua tu, perlahan-lahan melemahkan pertahanan dalam tubuh kita. Bila sistem imun lemah, sel-sel yang rosak dalam badan boleh membiak tanpa kawalan. Dan dari situlah, penyakit-penyakit besar boleh muncul, termasuklah kanser.
Ustaz bukan nak takutkan. Tapi nak kita sama-sama sedar dan ambil peringatan. Apa yang kita tak nampak, bukan bermakna tak bahaya. Apatah lagi yang sudah jelas bahayanya di depan mata.
Tuan puan, Hidup ini penuh ujian. Tapi dalam setiap ujian, Allah selitkan peringatan dan kasih sayang. Kisah Adre Mikhail bukan sekadar kisah ujian yang menyakitkan tapi satu panggilan untuk kita jaga amanah yang Allah beri. Jaga tubuh badan, kesihatan, dan orang tersayang. Kalau belum mampu ubah semua, ubah satu pun dah satu permulaan. Hentikan vape, kurangkan makanan segera, cukupkan tidur, jaga hati. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi istiqamah.
Selepas usahawan dan pengacara, Neelofa mendedahkan kelahiran bayi keduanya semalam, ramai yang muda ternanti-nanti wajah dan nama anak kedua pasangan ini.
Namun menurut laporan Harian Metro, suami kepada Neelofa yang juga pendakwah bebas, PU Riz berkata pilihan nama anak keduanya merujuk pada hadis Rasulullah SAW.
“Buat masa sekarang nama anak sudah ada, insya-Allah, saya dan isteri akan kongsi selepas genap tujuh hari.
“Nama untuk anak kedua ini juga memberikan maksud yang baik.
“Saya ingin berkongsi sedikit yang mana dalam Islam menyuruh umatnya menggunakan nama yang baik.
“Pada hari kiamat kelak, mereka akan diseru dengan nama itu. Malah dalam hadis Rasulullah pun ada menyatakan perkara ini,” katanya.
PU Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan anak pertama, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Perbincangan sulh bagi sebutan hadanah atau hak penjagaan anak antara penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri menemui jalan buntu kerana tiada kata sepakat.
Namun menerusi perkongsian Fizi, bapa kepada Ameena Sofia ini hanya mahu anaknya diberikan hak dan kasih sayang sama rata dari ayah dan ibunya. Tambah Fizi, dia terlalu rindukan anaknya itu selepas hampir dua bulan tidak berjumpa.
“Saya sangat-sangat rindukan anak saya. Berbulan saya tak jumpa dia. Hampir dua bulan saya tak jumpa anak saya,” kata Fizi sebak.
Tambah Fizi lagi, dia enggan mengeruhkan keadaan dengan pergi ke rumah bekas isterinya kerana masih menghormati undang-undang yang ada.
“Saya tahu lokasi semua, boleh terus pergi cari anak saya tapi saya tahu negara kita punya undang-undang.
“Bukan saya boleh terus serbu. Saya boleh didakwa sebagai menceroboh dan saya rasa itu tak perlu berlaku.
“Saya yakin semua ini boleh berbincang secara aman sebab saya sayang sangat-sangat Ameena. Jadi saya tak kisah apa orang lain nak kata pada saya,” ujarnya lagi.
Bahkan kata Fizi, dia hanya mahukan anak kesayangannya itu mendapat hak yang sama rata malah tak terkurang kasih sayang dari ibu dan ayahnya.
“Saya dah pergi sekolah dia dan cikgu tak benarkan saya berjumpa dia. Banyak lagi sebenarnya tapi saya tak boleh nak beritahu di sini.
“Yang saya tahu saya cuma nakkan hak sama rata untuk anak saya. Saya tak pernah nak merebut anak saya, yang penting dia kena dapatkan kasih sayang mak dan bapak,” kata Fizi.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Budak perempuan 7 tahun jatuh kondominium tingkat 29 di Puchong. Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di kawasan Puchong, dalam kejadian yang berlaku pada hari Selasa.
Budak Perempuan 7 Tahun Jatuh Kondominium Tingkat 29 Di Puchong
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar, pihak polis menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut sekitar jam 12.30 tengah hari melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya.
“Pihak kami menerima laporan mengenai seorang kanak-kanak tempatan yang terjatuh dari aras 29 sebuah kondominium di Puchong. Pasukan polis segera dikerahkan ke lokasi untuk membuat pengesahan dan memberikan bantuan,” ujar beliau dalam satu kenyataan pada hari Rabu.
Hasil siasatan awal di lokasi mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di tingkat lima bangunan berkenaan.
Tambah beliau, kejadian berlaku ketika mangsa berada di rumah pengasuh. Pada masa itu, ibu mangsa sedang menjaga adik mangsa yang sedang menjalani kuarantin, manakala bapanya berada di tempat kerja.
“Siasatan juga menunjukkan bahawa mangsa dipercayai memanjat tingkap tanpa jeriji sebelum terjatuh,” katanya lagi.
Setakat ini, pihak berkuasa tidak mengesan sebarang elemen jenayah dalam insiden tersebut. Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan bahawa kanak-kanak itu telah meninggal dunia.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan menurut Mohd Fairus, pengasuh mangsa telah dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.
“Kertas siasatan akan disiapkan secepat mungkin sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” tambah beliau.