Memang tidak dinafikan isu saiz perut selalu jadi idea perbualan kebanyakan orang dengan ibu hamil. Nak tak nak, ibu hamil perlu hadapi juga. Ummi Nazeera utarakannya di Instagram.
Ummi yang kini sedang hamil 8 bulan baru mengutarakan perkara tersebut di posting Instagramnya.
That face ? you make when people say.. ” eh u dah 8 bulan lebih .. kecil eh perut .Ataupun .. eh you dah 8 bulan lebih besar eh perut you “. Maka ibu mengandung pun.. balik rumah… tanya suami … “betul ke apa org tu cakap . Risau pula”. Haaaaa .. Ada sesiapa pernah mengalami ? Apa perasaan you? Hehehe.
Posting aktres yang baru menyambut hari lahir ke 28 ini mendapat pelbagai reaksi daripadapara peminatnya. Rata-rata mengatakan perkara tersebut sebagai lumrah yang akan dihadapi ibu hamil dan perlu bersabar melaluinya. Asalkan hasil pemeriksaan doktor mengatakan semua dalam keadaan baik, ibu hamil tidak perlu risau.
Perasan atau tidak, sebaik sahaja kawan baik kita hamil atau bersalin, tidak lama selepas itu giliran kita pula yang hamil.
Jika kita selalu melayan Facebook, mesti kita akan lihat rata-rata kawan dalam Facebook semua sudah ada anak. Semua cerita pasal orang mengandung dari mula sampai akhir, macam berjanji aja hendak mengandung secara serentak.
Pernahkah terlintas di fikiran anda untuk mengandung serentak dengan kawan baik sendiri? Hmm…memang sudah terjadi pada diri sendiri. Asal kawan-kawan baik hamil, yang lain turut berjangkit!
KEBETULAN ATAU BERJANGKIT?
Kebanyakkan kita mungkin berfikir semua itu hanyalah secara kebetulan sahaja. Bagaimanapun, ada kajian telah menyatakan bahawa aura kehamilan ini boleh berjangkit.
SEJAUH MANA AURA KEHAMILAN BOLEH BERJANGKIT
Menurut satu kajian penyelidikan dari sebuah jurnal pada tahun 2014 menerusi American Sociological Association, seseorang yang mengandung ataupun mempunyai aura kehamilan juga boleh mempengaruhi kawan-kawan terdekat untuk sama-sama hamil.
Satu lagi dari hasil penyelidikan dan juga mendapati jika seseorang itu mengandung, ia akan membuat lebih ramai lagi rakan yang lain.
Bagaimanapun, kajian ini turut menegaskan bahawa aura kehamilan ini bukan sahaja berjangkit atau merebak melalui psikologi dan juga bulan dengan cara biologi.
Kehamilan yang mempengaruhi kawan-kawan yang terdekat dengan kita akan mendapat keinginan yang sama iaitu untuk memiliki cahaya mata sendiri. Walau pada masa yang sama mereka langsung tidak merancang untuk ada anak pada masa yang terdekat.
3 SEBAB KEHAMILAN BOLEH BERJANGKIT
Menurut kajian pada tahun 2014, terdapat 3 teori penyebab wanita boleh merasakan hal sebegitu;
Para wanita ini lebih cenderung ke arah keinginan untuk menjadi seorang ibu selepas melihat kawan-kawan sekeliling yang telah berhasil melaluinya dengan berjaya.
Mungkin pemikiran dahulu, perkara tersebut amat melecehkan, takut atau langsung tidak mempunyai keinginan ke arah kehamilan. Mungkin kini perasaan itu mula bertukar dan perasaan menjadi lebih teruja untuk mengalami pengalaman itu sendiri apabila melihat anak-anak kawan yang sangat comel dan menghiburkan.
Segelintir wanita juga akan bermain dengan perasaan takut untuk berasa ketinggalan apabila melihat kebanyakkan kawan-kawan kebanyakkan sudah memiliki anak sendiri. Jika selalu ditanya bila mahu ada anak sendiri, mungkin soalan itu adalah satu soalan yang menyakitkan dan menjengkelkan jika ditanya berulang-ulang kali.
Jika berfikir secara logik, mungkin ada segelintir kawan akan berasa lebih selesa jika ada kawan mereka yang sudi berkongsikan pendapat dan juga petua-petua dalam segi berjimat dalam perbelanjaan yang melibatkan anak-anak.
Bila cara pemikiran dulu mungkin terasa ia amat membebankan tetapi apabila melihat kawan-kawan yang menangani masalah itu dengan senang dan baik-baik sahaja tanpa ada apa-apa permasalahan yang timbul di situlah hati mula terbuka keinginan untuk memiliki anak sendiri.
REZEKI DARI ALLAH
Apa-apa pun, jangan kita percaya sangat dengan mitos ini. Jangan kita terlalu taksub dan obses dengan perkara sebegini.
Sebagai umat islam, kita juga seharusnya lebih percaya semua ini berlaku dengan adanya rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah. Jika itu sememangnya rezeki kita, ia akan tetap sampai kepada kita sendiri kerana rezeki ini tidak pernah salah alamat.
Siapa yang tidak teruja hendak menimang cahaya mata pertama. Penyampai radio dan pelawak, Issey berkongsi rasa terujanya menerusi satu perkongsian video.
Menerusi Instagramnya, Issey turut berkongsi sebuah video ketika membuat pemeriksaan bulanan atau check up isterinya dan bayi.
Kata Issey, usia kandungan isterinya kini sudah masuk 32 minggu iaitu lapan bulan. Tinggal sebulan sahaja lagi, cahaya mata yang ditunggu selama ini bakal lahir ke dunia.
Kata Issey menerusi kapsyennya, dia berharap kelahiran anak sulungnya bersama isteri, Aimi Jamel itu dipermudahkan oleh Allah SWT.
“Semoga dipermudahkan semuanya. Tak lama lagi dah ni.
“Sedar tak sedar dah 32 minggu. Sorry dan terima kasih yer @aimi_jamel.
Wajah bahagia Issey dalam menanti bayi sulungnya itu jelas kelihatan di samping isteri tersayang. Biarpun sibuk bekerja sepanjang PKP ini namun Issey tidak lupa menemani isterinya membuat pemeriksaan demi memastikan anak di dalam kandungan baik-baik sahaja.
Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran isterinya pada 6 Julai, Issey turut membingkas ucapan ikhlas buat Aimi malah mendoakan urusan bersalin isterinya itu dipermudahkan pada bulan Ogos nanti.
“Happy birthday yang ke 34 isteri ku @aimi_jamel. Semoga di beri kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan bersalin bulan ogos nanti.
“I mintak maaf atas apa yang berlaku. I janji i akan jadi daddy dan suami yang baik. Dan i akan jaga Qasyah, Qayyum, Umai dan ‘baby’ nanti sampai akhir hayat i. Love u,” tulis Issey penuh ikhlas.
Dalam pada itu, meninjau di ruang komen, rata-rata peminat dan pengikut Issey di Instagramnya turut sama memberi sokongan bahkan mendoakan agar kelahiran bayi sulungnya itu dipermudahkan Allah SWT.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @isseyfazlisham
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis binti Mat Zara’ai meluahkan keinginan untuk menjadi ibu sama seperti orang lain setelah di tanya tentang anak.
Tambahnya lagi, dia dan suami, Adam Sinclair tidak pernah merancang namun masih belum dikurniakan rezeki anak.
“Kami tidak pernah merancang, cuma masih belum ada rezeki. Saya juga teringin nak jadi ibu.
“Dua wanita yang memberi inspirasi saya untuk menjadi ibu terbaik adalah ibu saya dan kakak ipar, Aishah Sinclair.
“Saya seronok melihat cara Aishah mendidik anak-anaknya yang bijak dan comel. Disebabkan itu, saya mahu menjadi ibu sepertinya,” ujar Yuna.
“Peminat juga saya lihat ramai yang turut mendoakan kami dan saya berterima kasih serta teruslah berdoa untuk kami.
“Apa-apa pun kami (dia dan suami) mahu bergembira dahulu sebelum membawa seseorang ke dunia ini.
“Saya tak terlalu berfikir sangat dan kalau orang tanya pun tak tersinggung kerana sebagai artis saya dah biasa ditanya soal peribadi.
“Bila orang tanya, saya selalu jawab kalau ada, ada la dan minta doakan. Tak terasa apa pun bila orang bertanya kerana saya ambil itu sebagai doa,” ujarnya.
Yuna yang menetap selama 12 tahun di Amerika Syarikat itu kini berada di Malaysia sempena sambutan Syawal yang lalu sekali gus mempromosikan single terbaharu berbahasa Melayu berjudul Menanti.
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.