Bahaya ada di mana-mana. Hatta di media sosial juga. Dengan itu, ibu ayah perlu lebih berhati-hati ketika mengakses internet. Adalah normal status seperti “Jom kongsikan gambar anak-anak Mama. Saya nak beri duit raya.” Adakah pemilik akaun tersebut benar-benar ikhlas atau dia sebenarnya seorang pedofilia?
Maka, menderu-deru emak-emak letakkan gambar raya anak. First thing first, fikirlah dulu yang menulis tu siapa. Kalau nama pemilik acc perempuan, kau yakin ke tu betul-betul perempuan dan bukan fake acc?
Kalau dia menyamar macam mana? Kalau dia sengaja minta gambar budak untuk tujuan yang tak elok? Kalau dia sebarkan dalam group paedophlie? Kalau dimasukkan ke laman web child porn?
Ads
Fikir panjang sikit. Jangan orang tu letak caption nak bagi duit raya, kau kemain excited dok tempek gambar anak. Walau orang tu real acc sekalipun, jangan bagi!
Dulu pernah juga viral hal yang mirip-mirip begini. Datang seorang lelaki dalam satu group, kenalkan diri dia doktor, kemudian minta gambar faraj budak perempuan. Katanya, nak check kot ada keputihan/ kulat (lebih kurang begini caption).
Gilanya adalah, menderu-deru emak-emak letakkan gambar kemaluan anaknya di situ. Siap tanya ni normal ke doktor.
Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Puan oi, nak dapatkan konsultansi kesihatan samada untuk kau, suami atau anak, bukan di media sosial. Dr Imelda tu rasanya dah banyak kali membebel pasal ni, kena pergi klinik, pergi hospital, jumpa doktor, bukan di media sosial.
Dan sekarang, mari fikirkan bersama, apa yang ‘doktor’ tu nak buat dengan gambar kemaluan anak? Dan saya ulang kembali ayat perenggan yang kelima.
Ads
Kalau dia menyamar macam mana? Kalau dia sengaja minta gambar kemaluan budak untuk tujuan tak elok? Kalau dia sebarkan dalam group paedophile? Kalau disebarkan ke laman web child porn?
Sahabat saya, Tuan Akhtar Syamir pun pernah berhadapan situasi begini di group telegram beliau. Modus operandi yang sama, muncul di situ, klaim sekian-sekian individu dan minta gambar kemaluan anak perempuan, kot-kot ada masalah kesihatan.
Dengar ya, negara Malaysia ni nombor 1 paling banyak mengakses child pornography di Asia Tenggara!
Pedofilia (remaja atau dewasa) yang ada ketertarikan secara seksual kepada kanak-kanak yang belum akil baligh ni ada di sekeliling kita. Kita tak kenal siapa mereka.
Ads
Bila viral, baru orang sedar golongan sebegini wujud. Kes adik Nurin Jazlin dahulu, kes mahasiswa Malaysia di Eropah yang menyimpan puluhan ribu gambar serta video lucah kanak-kanak.
Begitu juga kes seorang lelaki Malaysia ditahan di Australia ditahan di airport sebab simpan lebih 900 gambar video kanak-kanak, kes kanak-kanak perempuan dicabul lelaki dewasa di kedai serbaneka di Rawang.
Ditambah pula kes kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dicabul di dalam tandas Mall di Ipoh. Itu belum lagi kes yang betul-betul gila dan menjijikkan, seorang tua 68 tahun nak merogol cucu berusia 11 tahun.
Ini semua kisah yang real ya tuan puan! Bukan direka-reka. Mak ayah tolonglah jadi pandai sikit, terutamanya emak-emak ni.
Janganlah ikut trend emak bapak yang nak anak jadi instafamous, ikut artis sana sini, nak anak possing macam orang dewasa, pakaikan anak pakaian seksi untuk secebis likes dan followers dan paling teruk share gambar zakar anak lelaki yang dilukis gajah demi meraih perhatian netizen.
Nak upload gambar anak boleh, tapi biarlah gambar bersama mak ayahnya, bukan gambar seorang penuh, bukan gambar pakai pakaian renang, bukan gambar pose gedik macam budak tiktok dan bukan pula gambar kemaluan anak.
Saya harap sangat kawan-kawan sebarkan post saya ni. Biar ramai lagi faham pasal benda ni.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi, Maaf, gambar telah dikaburkan. Saya perolehi gambar ini pun dari Dr Chaku Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Semoga perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat memberi pendedahan kepada ibu ayah tentang bahaya yang ada sekiranya kita terlalu taksub berkongsi gambar dan maklumat tentang anak-anak di media sosial. Dalam kalangan kita, ada ‘buaya’ yang menunggu mangsanya. Sungguh malang, kerana kita tidak mengenali golongan pemangsa ini. Maka, berhati-hatilah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masak ni bukan sekadar ikut resepi, tapi lebih kepada memahami teknik dan bahan yang betul.
Bagi mak-mak yang dah biasa, mereka tahu cara masak tu bukan hanya tentang mencampur bahan-bahan, tapi juga cara mengimbangi rasa, tekstur, dan warna hidangan. Setiap hidangan ada rahsia tersendiri yang menjadikannya istimewa.
Ada yang guna bahan rahsia, ada yang pakai teknik yang diwarisi turun-temurun.
Tapi tahukah anda? Ada rahsia masakan yang tak ramai tahu, rahsia yang digunakan oleh mak-mak kita dulu. Rahsia ni bukan hanya dalam resepi, tapi dalam cara mereka mengatur dan mengira bahan untuk memasak. Nak tahu lebih lanjut?
Sini ada perkongsian yang boleh bantu korang masak dengan lebih sempurna dan rasa macam masakan mak-mak dulu.
Kawan saya pernah ajar cara senang nak agak berapa nak masak kalau ada ramai orang nak makan. Dia kata, start with this basic ratio 3:2:1:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia (lebih kurang sebesar ibu jari – kalau halia tak ada, bayangkan saja saiznya)
Ratio ni sesuai untuk 1 portion makan atau cukup untuk 1-2 orang. Nak masak untuk lebih ramai? So you cuma perlu multiply je ikut berapa orang nak makan. Bila dah terrer sikit boleh ‘agak-agak’
Some people use genggam tapi segenggam saya tak sama dengan segenggam awak.
This basic skills aren’t taught but observed from mother to daughter.
Ilmu asas ni mungkin nampak simple, tapi sebenarnya diwariskan turun-temurun. Dari mak kita, ke anak-anak perempuan, dan seterusnya. Tak diajar secara formal, tapi kita perhati dan tiru cara mak kita masak.
So, lepas ni tak ada alasan masakan tak cukup kalau ada tetamu ramai, okey? Mulakan dengan ratio ni, dan korang confirm lepas tu boleh jadi chef keluarga!
Sumber: mencarisakiinah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas kemelut rumah tangga yang kecoh diperkatakan baru-baru, pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar sepakat memilih untuk kembali bersama demi anak mereka, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar yang kini berusia 10 bulan.
Namun selepas berbaik semula, pasangan ini kembali mendapat perhatian selepas Lesti dikatakan hamil anak kedua.
Pun begitu, baik Lesti mahupun suaminya, masih sebarang tiada pengumuman yang dibuat oleh pasangan ini. Malah Lesti juga sekadar hanya mengukirkan senyuman kala ditanya mengenai perkhabaran gembira itu.
Pasangan yang kini kembali mengecap bahagia bersama dilihat semakin bertambah baik malah keduanya berusaha untuk memperbaiki hubungan yang diuji sebelum ini.
Bahkan beberapa hari lalu, Lesti juga dilihat menemani Rizky bermain bola dan pasangan berkenaan dikatakan sedang cuba memperbaiki hubungan mereka menjadi lebih baik.
Peguam yang mewakili Lesti iaitu Sandy Arifin enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan terbaharu berkenaan. Malah Sandy hanya membalas dengan senyuman ketika ditanya soalan sama ada Lesti sedang hamil atau sebaliknya.
“Setiap hari saya hubungi dia dan semuanya baik-baik sahaja. Lesti juga memaklumkan dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja,” kongsinya lagi.
Manakala pengurus Lesti dan Rizky Billar yang dikenali sebagai Aril Lobster turut memaklumkan tidak mengetahui tentang berita gembira itu namun meminta turut mendoakan keduanya.
“Saya tidak tahu tentang itu, kita doakan sahaja mereka,” ujarnya.
Terdahulu, pasangan selebriti popular Indonesia ini menggegarkan industri seni bila mana Rizky didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap Lesti sehingga memaksanya membuat laporan polis.
Siapa sangka, satu kuali pecah boleh jadi topik hangat di TikTok? Video dari akaun @our_awesome_kitchen baru-baru ini tular gara-gara menunjukkan kuali lama yang pecah tiga… dan masih digunakan untuk memasak! Tapi bukan kuali biasa ya , bentuknya tiga segi, macam dah “dibahagi faraid” siap-siap bak kata netizen.
Menariknya, walaupun video itu bukan konten tempatan, tetapi ruangan komen dipenuhi dengan komen dari rakyat Malaysia yang rata-rata terhibur dengan situasi ini. Reaksi mereka? Memang tak boleh bawa bincang! Komennya lawak dan deep,
“Kuali faraid dibagi 3!”
“Anak: Mak kuali pecah. Mak: takpe, boleh pakai lagi ni.”
“Ni kuali pusaka keluarga, jangan buang.”
“Weh ni betul-betul dibahagi sama rata sama warisnya.”
“Hat faraid 3 beradik tu yang aku terhibur!”
Apa yang lebih mengusik hati para ibu, adalah betapa relatable-nya situasi ni. Kuali lama walau calar-balar, senget, atau retak… masih jadi pilihan nombor satu di dapur. Panas dia sekata, minyak cepat naik, masakan pun rasa lebih “jiwa”.
Kuali baru? Cantik memang cantik. Tapi nak dapatkan “aura masakan mak” tu… bukan mudah.
Bukan Sekadar Kuali Di sebalik lawak netizen, ramai yang teringat zaman kecil. Kuali tu mungkin dah “berjasa” sejak kita tadika. Dari goreng ikan bilis untuk nasi lemak pagi, sampai tumis sambal malam raya. Tak hairanlah kalau ada yang anggap, itu kuali pusaka keluarga.
Buat para ibu dan ayah, inilah antara simbol kecil yang menyatukan keluarga. Bila anak-anak dah besar, tinggal jauh atau sibuk dengan kerja masing-masing, bau masakan dari kuali lama nilah yang mampu tarik mereka pulang ke meja makan. Kuali tu bukan sekadar alat memasak, tapi jambatan memori dan kasih sayang antara generasi.
Kadang benda yang nampak tak sempurna, itulah yang paling banyak beri rasa. Macam kasih ibu penuh luka dan calar, tapi tak pernah tak cukup.
Satu kuali, sejuta memori. Satu keluarga, sejuta cerita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.