Menantu kesayangan Sheila Rusli, Elisya Sandha dipuji ramai kerana semakin kerap memasak untuk suami dan anaknya.
Biarpun dikatakan kurang mahir memasak, namun usaha dan kerajinan serta kesungguhan Elisya menyediakan hidangan untuk suami dan anaknya seharusnya diberikan pujian.
Ada sahaja resipi istimewa yang disediakan Elisya sepanjang Ramadan lalu untuk keluarganya.
Terbaru, Elisya menunjukkan bakatnya menyediakan hidangan ringkas untuk si comel Bunga Elhaq. Resipi nasi kepal dengan bahan utamanya sayur dan telur itu dipuji wargamaya.
Akui Elisya, satu kepuasan bagi dirinya bergelar ibu bila mana makanan yang disediakan dihabiskan oleh anak.
Ads
“Bunga’s lunch. As a mother this is one of the best feeling ever bila dapat masak untuk anak and dia habiskan pula tu.
“Simple je recipe ni mak mak pun boleh makan sekali,” tulisnya di kapsyen.
Tidak hanya rajin memasak tambah pula gaya hiasan Elisya yang begitu cantik dimana nasi dikepalkan menjadi bebola malah lengkap dengan buah tembikai sebagai pencuci mulut. Tak hairanlah Bunga makan dengan cukup berselera.
Ads
Dalam pada itu, pengikut setia Elisya juga turut memintanya untuk berkongsi resipi yang disediakan buat Bunga. Nampak cukup sedap.
Aksi comel Bunga begitu gembira menghabiskan makanan disediakan ibunya cukup menarik perhatian ramai. Comel!
Pakar Psikiatri Ingatkan Ibu Bapa, Kalau Marah Anak, Ada Pantang Larang Elak Buat
Ada masanya ibu bapa tidak dapat mengelakkan diri daripada memarahi anak-anak. Sesetengah ibu bapa ada yang suka pendekatan bertegas, santai, tinggi disiplin atau terbiasa guna kata-kata kasar.
Mungkin dari sudut pandangan peribadi ibu bapa, mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa didikan sedemikian dipilih untuk membesarkan anak-anak. Walaupun banyak perkongsian daripada pakar keibubapaan dan psikologi yang boleh dijadikan iktibar, namun berapa ramai di antara kita yang mampu mengambilnya secara positif?
Apapun, dalam mendidik, masih ada garis panduan yang perlu ibu bapa ambil kira. Ia perlu dijadikan asas supaya didikan yang diterap tidak merosakkan masa depan anak-anak. Menurut Pakar Psikiatri & Pensyarah UIAM Kuantan, Dr Rozanizam Zakaria, ada pantang larang yang perlu dielakkan bila berdepan emosi marah dengan anak agar tak meninggalkan ‘parut’ dalam diri mereka.
Marah macam mana pun dengan anak, jangan buat benda ini:
1. Pukul sampai berbekas 2. Kurung dalam bilik 3. Ugut tinggal luar/tepi jalan/bagi kat orang lain 4. Banding dengan kawan baik dia 5. Silent treatment tanpa explain/closure 6. Ugut sayang anak lain sahaja 7. Tinggal di tempat gelap 8. Rekod anak menangis dan malukan dia 9. Kata anak ni “menyusahkan” 10. Menyumpah/keluar kata-kata kesat
Semua ini impak dia besar, dalam dan lama pada kehidupan anak. Ramai dewasa yang saya temui masih tak boleh move on dari trauma sebegini.
Kebanyakan ibu ayah yang marah sampai tahap ini, hakikatnya salah anak itu sebahagian sahaja, yang selebihnya sebab faktor sendiri:
*trauma sendiri yang tak selesai *penat *burnout *projection (marah pada orang lain tapi project pada anak)
Belajar kawal 4 benda di atas, supaya tak jadi 10 benda di atas. Kalau tak, percayalah, kita sedang mewariskan sesuatu kepada anak.
Pemilihan nama untuk bayi biarlah yang baik maksudnya. Ini kerana panggilan nama itu adalah satu doa dan akan dibawanya sehingga ke akhir hayat. Bagaimanapun, trend ibu bapa sekarang gemar meletakkan nama anak yang panjang atau menggabungkan nama suami isteri.
Betul ia adalah hak ibu bapa, tetapi fikirlah juga masa depannya dan kesukaran apabila nak mengisi sebarang dokumen penting.
Seperti kisah sepasang suami isteri di Jawa Timur memilih nama buat anak lelaki mereka yang sangat panjang sehingga berhadapan masalah untuk mendapatkan sijil kelahiran.
Tidak seperti kebanyakan nama yang panjang hanya terdiri beberapa perkataan sahaja tetapi bagi pasangan, Arif Akbar dan Suci Nur Aiysiah memilih nama Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta buat anak lelaki mereka yang terdiri daripada 19 perkataan dan 115 huruf.
Kata Arif, nama yang dipilih untuk membawa makna adalah berkaitan dengan sejarah ketamadunan Islam. Ia dipilih hasil perbincangan saudara mereka yang juga seorang budayawan, Mujoko Zahid.
Berhadapan dengan masalah dokumen rasmi kelahiran, menurut laporan Detik, pasangan itu telah menulis surat kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa menyarankan agar pasangan berkenaan memendekkan nama anak mereka, lapor Kompas.
Ia berikutan tindakan pihak berkuasa yang menolak permohonan dokumentasi pasangan itu kerana had jumlah abjad yang dibenarkan ialah 55 abjad iaitu separuh daripada nama kanak-kanak yang mesra dipanggil Cordo itu.
55 karakter tersebut ialah termasuk huruf dan jarak.
Antara nama yang menjadi nama terpanjang di dunia ialah Willow Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Taylor-Brown
Gadis itu berusia 13 itu berasal dari England memiliki nama tengah sebanyak 25 perkataan.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi sentiasa mendapat perhatian. Kecomelannya membuatkan rasa terpaut hati dan ingin mendekati. Tapi awas mencium dan ‘menggomol’ anak kecil meningkatkan risiko jangkitan penyakit.
Lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri, ibu bapa yang mempunyai anak kecil perlu berwaspada dan mengawasi pendedahan si kecil kepada faktor yang membahayakan kesihatan. Perkongsian daripada jururawat Bel Nawhen ini boleh dijadikan panduan.
Menyambut raya bersama si kecil sebenarnya satu perkara yang dinanti oleh ibu bapa muda masa kini. Begitu juga oleh kaum keluarga yang lain. Masa inilah dapat berkumpul sesama saudara dan melawat ahli keluarga yang baru melahirkan. Begitu juga sesama rakan kan.
Walau bagaimanapun, beberapa adab perlulah dijaga sewaktu menziarah sesama keluarga atau rakan yang baru sahaja mendapat ahli keluarga baru.
Seperti yang kita tahu, kanak-kanak bawah 5 tahun cenderung mendapat jangkitan yang dibawa oleh orang lain. Maka, jika kita selesema, batuk atau mempunyai penyakit berjangkit yang lain, elakkanlah dari datang menziarah.
Janganlah pula selamba sahaja cium si kecil tanpa rasa bersalah. Digomol-gomol sebab geram. Saya tahu bau baby ni wangi. Tapi nanti kalau baby jatuh sakit, kamu nak volenteer jaga baby kat wad tak?
Oh ya, pastikan tangan dicuci dahulu sebelum menyentuh bayi. Apa kuman kita bawa sepanjang hari kita tak tahu kan.
Silap kalau saya cakap begini. Rayakan hari dimana semua orang tidak kira tua muda, dewasa dan kecil pasti akan melaram. Tetapi, dalam melaram, bagi perokok tegar, aktiviti merokok tidak akan ditinggalkan.
Melekatlah bau asap di baju. Kemudian jumpa anak saudara atau anak kawan. Dicium pula. Habislah asap rokok itu memberi kesan kepada bayi. Ingat sikit. Bukan anak kita tu.
Biasalah kalau beraya. Nak borak mesti berdepan. Kalau tuan rumah hidang air panas. Bawa turun sekali cawan beralas piring semata-mata nak berbual. Kalau boleh, elakkan dari meletak makanan/minuman panas berhampiran bayi.
Tak anda yang tangan tak henti bergerak dengan mulut yang bercakap tertepis, anak-anak yang ada terlanggar dan air/makanan itu tumpah kemudian terkena bayi. Dah jadi satu cerita lain. Jangan guna alasan ‘sekejap je’.
Hari raya ni ada jenis keluarga yang akan beraya sekali one shot satu family. Berbiji kereta akan join sekaki untuk berjalan. Tetapi apabila menziarah rumah yang ada bayi, jaga adab anak sendiri di rumah orang.
Kalau dia dok kacau barang tuan rumah satu hal. Buat dia gentel dan gomol baby. Tanda sayang saya tahu. Tapi ada sesetengah kanak-kanak kurang gemar dengan kehadiran entiti asing yang mendapat perhatian lebih dari dia. Silap-silap dia gentel bayi macam kuih bom. Kalau siap pakej cepuk tu. Habis!. Maka, kawal anak kita. Anak orang tu besar tapak tangan lagi tu.
Biasalah kalau menziarah tu tak sah kalau tak membawa ke malam. Ada tu sehari suntuk pun tak penat berjalan. Tetapi elakkanlah menziarah ke rumah mereka di waktu begini. Bukan apa, waktu siang mereka dah tak putus-putus menerima kunjungan.
Lepas tu kita sambung dan sembang pula tak reti tengok jam tangan. Baby pun letih sebab kurang rehat seharian. Ibu mereka apetah lagi. Bagi chancelah ibu-ibu berehat. Sambung esok pula. Text dahulu sebelum datang. Rayakan sebulan!
Ini biasa kan. Dah puas cuit baby, belek pula kepala kekaki. Puji baju raya baby cantik. Melekat elok kat badan. Tapi tak puas kalau tak dengar suara bayi, tak tengok mata bayi sepet, bulat, coklat, biru laut ikut siapa tu tak sah.
Sengaja dikejut bayi tidur pula semata-mata bagi memenuhi kehendak yang satu itu. Bayi baru lahir perlu rehat yang cukup. Tak cukup rehat maka bayi akan meragam. Yang susah ibu bapanya. Kita pula boleh sambung beraya rumah ke rumah. Jangan macam tu.
Mengambil gambar kenang kenangan merupakan aktiviti yang biasa diamalkan oleh kita. Tapi ada sesetengah ibu bapa tidak gemar gambar anak diambil sewaktu masih kecil. Seeloknya minta izin dahulu. Jika mahu diupload di laman sosial. Beritahu. Bukan main letak gambar konon kita umat pertama tunjuk muka baby sipolan pada dunia. Hormat sikit ibu bapa dia. Saya tahu kita gembira dengan kehadiran orang baru itu. Ibu bapa bayi itu juga. Cuma mereka mungkin belum bersedia mahu berkongsi dahulu.
Bayi baru lahir kita tahu memang kerap menyusu. Dan biasanya dihari raya, bayi dan ibu akan lepak di ruang tamu demi memberi ruang kepada orang yang datang menziarah untuk melihat bayi tanpa menyusahkan siibu untuk berulang alik bilik-ruang tamu setiap kali tetamu datang.
Oleh itu, apabila si ibu memberitahu mahu menyusukan bayinya, maka berilah ruang/privacy kepada mereka. Janganlah dok renung dia sedang menyusukan bayinya. Susu badan si ibu warna putih, sama seperti kamu bukannya warna kelabu.
Penat kan bila bab adab ni pun kena tulis. Tapi jika tak ditulis, ditegur ada yang buat-buat tak tahu. Jangan pandang remeh tentang sesuatu perkara. Setiap orang perasaan mereka berlainan. Belajar menghormati orang lain.
Menziarah tu satu tuntutan agama selain merapatkan ukhwah. Cuma beragak sikit. Janganlah sampai tk ingat nak balik. Nak-nak orang baru bersalin dan ada anak kecil. Penat bersalin tak habis lagi.
Saya tahu, masa hari raya ni lah semua dapat berkumpul sebab kebetulan bercuti kan. Tetapi rancang perjalanan anda. Kalau tak sempat menziarah, apa kita boleh buat. Beritahu dengan si polan sebab tak sempat berziarah. Kita pun ada kekangan waktu kan. Lepas raya pun boleh je pi tengok baby. Tak menjadi masalah.
Notakaki;
Kalau boleh ziarah menziarahi di hari lebaran biarlah menjadi kenangan bukannya berakhir tragedi atau ketidak puasan hati. Nanti kena minta maaf lagi. Kata dah kosong-kosong.