Pendarahan yang berlaku rupanya berpunca daripada uri lekang dan pangkal rahim memendek. Isterinya dinasihatkan banyak berehat (bedrest) tapi Dr Say Shazril anggap semua yang berlaku ada hikmahnya.
Pendarahan yang berlaku sejak dari kandungan 27 minggu mujurlah ditangani dari awal. Dr Say yang merupakan pengacara My Doktor di Astro Ria ini dan isteri yang berusaha untuk hamil sebelum ini tahun sangat risau dengan keadaan pendarahan yang berlaku. Setelah mengetahui punca pendarahan, isterinya, Dr Azura Abas diberikan preskripsi ubatan dan perlu banyak berehat (bedrest).
say_shazril Topik : Nak Mengandung Susah, Dah Mengandung Pun Bukan Mudah Part 2
MULA-MULA ADA PENDARAHAN PANGKAL RAHIM, TAPI URI DI ATAS
Setibanya kami di PAC, spekulum dilakukan kpd bini & didapati ade pendarahan pd pangkal rahim (cervical erosion/ectropion) & bile di scan, uri ade di bahagian atas rahim. Kami menarik nafas lega sb condition ni xbrapa serius & paling lega sb bini x kena admit ward. Kami dibenarkan pulang tanpa diberi apa2 suntikan atau ubat-ubatan. Maka dgn suka hatinya kami berangkat bercuti ke New Zealand dgn hati yg girang gembira.
PENDARAHAN SELANG SEHARI DI NEW ZEALAND
10 hari di NZ, almost selang sehari bini bleeding. Tp seperti biasa kami berfikiran positif, “alah biasela tu hun, kite jalan banyak arini, sb tu bleeding bnyk skit”. Kami rahsiakan drpd parents sy yg turut ikut ke NZ sb xnk kne admit kt sane & merosakkan percutian kami. Setibanya di Msia, bleeding masih banyak, bini kembali risau, sy kembali tertanya2 “takkan cervical erosion buat bleeding non stop sampai lama cmni?”
ADMIT UNTUK PEMANTAUAN
Kami pergi balik PAC, kali ni bila di spekulum xnmpk dh cervical erosion & bile di scan, baby masih actively gerak like nothing happened pdhl mami & dedi dia kt luaq risau gegila. Doktor decide tuk admit for observation sebagai indeterminate antepartum hemorrhage (tidak dapat ditentukan punca pendarahan).
Ads
DISUNTIK UBAT MATANGKAN PARU-PARU BAYI
Bini diberikan 2 suntikan im dexa bagi mematangkan paru2 baby sekiranya baby keluar pra matang. Dengar perkataan “pra matang” tu berlinang lagi air mata bini, kali ni air mata suami turut berlinang peeps. Dari mana datang bleeding ni, awat xbenti2? Part 3 sy conclude kan k peeps?
say_shazril Topik : Nak Mengandung Susah, Dah Mengandung Pun Bukan Mudah Part 3
URI LEKANG TAPI TIADA DARAH BEKU DI BELAKANG URI
Bini kena tahan ward 3 hari. Pakar ckp kemungkinan uri lekang skit (mild abruptio placentae) tp mrk yakinkan yg its nothing serious sb tumbesaran baby tak terganggu & bile discan tiada darah beku dibelakang uri (no retroplacental clot).
DINASIHATKAN BEDREST & PENDARAHAN SEDIKIT ITU NORMAL
Ads
Bini dibenarkan pulang masih dgn final diagnosis of indeterminate APH. Pakar menasihati supaya banyakkan bedrest & sekiranya masih ade sikit2 pendarahan its normal. Hati kami sedikit tenang memikirkan yg its nothing too serious.
PERLU BUAT TVS, DAPATI PANGKAL RAHIM MEMENDEK KEPADA 3CM
Tiba masa tuk our regular ANC dgn our regular pakar sakit puan. Kami cerita balik episod pendarahan bini & trus die bising awat tak inform dia. Lepas kena schooling by dia, 1st thing yg dibuat was scan dari bawah (transvaginal ultrasound) & incidentally dia found out yang pangkal rahim bini sedikit pendek yakni 3cm (normal 4 – 5cm).
RISIKO BERSALIN PRAMATANG
Dia tambah lg, kalau pangkal rahim memendek bawah 2.5cm ade 20% kemungkinan kelahiran pra matang akan berlaku. Bini baru 28 minggu pregnant & pangkal rahim tinggai 0.5cm ja sblum 20% kemungkinan kelahiran pra matang berlaku. Terduduk kami dibuatnya. Kami bagai jatuh ditimpa tangga.
Ads
DIBERI UBAT HORMON UNTUK ELAKKAN PANGKAL RAHIM MEMENDEK
Maka pangkal rahim nak kena ikat (cervical cerclage) ka? Jawabnya tak, hanya perlu masukkan ubat hormon dari bawah (transvaginally) sehingga 36 minggu tuk mengelakkan pangkal rahim drpd terus memendek. Tuk tahu samaada pangkal rahim bini sy memendek atau tak is next appointment on 9 March. Skang baru kami tau knapa keguguran semasa 2nd trimester atau kelahiran pra matang berlaku. One of it is how competent ur pangkal rahim is. Tansvaginal ultrasound is not routinely done maka mungkin terlepas ukuran pangkal rahim ni.
PENDARAHAN BERLAKU ADA HIKMAHNYA
Kesimpulan drpd kisah kami ni, kami akur yg segala kejadian ada hikmahnya. Sekiranya bini tiada pendarahan kemungkinan kami takkan tahu psl status pangkal rahimnya. Alhamdulillah kami managed to catch it b4 things got even worse.
PERLU AMBIL SERIUS PENDARAHAN SEMASA HAMIL
Kejadian ni jugak menjadikan bini lebih berwaspada yg mana dia tidak lagi buat keje berat & tidak lagi jalan laju. Selain itu, do take bleeding in pregnancy seriously. Jgn anggap pendarahan sikit2 tu normal until unless ur doctor says so. Doakan yg baik2 tuk Say Jr sy k peeps?
Ibu yang mengandung boleh makan durian kerana durian banyak manfaatnya untuk kesihatan. Menurut pakar perubatan janin, Dr Patrick Chia, durian boleh dimakan oleh ibu mengandung, tetapi dalam kuantiti terhad sahaja. Ibu mengandung yang didiagnos dengan diabetes perlu elakkan makan durian kerana kandungan gulanya yang cukup tinggi.
Ibu Mengandung Boleh Makan Durian Kecuali Yang Ada Masalah Kesihatan
Walaupun hanya boleh dimakan dengan kuantiti yang sedikit, durian boleh membekalkan khasiat untuk ibu mengandung. Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan ibu dan bayi. Antara khasiat yang terkandung dalam durian ialah vitamin C, vitamin B, serta mineral penting seperti zat besi, magnesium, dan kalsium.
Anda boleh makan durian semasa anda mengandung dan sebenarnya ia boleh memberi manfaat kepada anda. Durian mengandungi organo-sulphur dan tryptophan. Sebatian ini mempunyai kesan antioksidan.
Durian juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat, yang memberikan kesan yang positif terhadap kehamilan. Walau bagaimanapun, durian juga mengandungi banyak gula dan karbohidrat. Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori.
DURIAN DIKIRA SEBAGAI MAKANAN GLISEMIK TINGGI. ANDA PERLU MENGEHADKAN PENGAMBILAN DURIAN SEMASA MENGANDUNG WALAUPUN SECARA AMNYA IA SELAMAT DIAMBIL OLEH WANITA HAMIL. PUN BEGITU, IBU HAMIL YANG MENDAPAT DIABETES GESTASI TIDAK BOLEH MENGAMBIL DURIAN KERANA KANDUNGAN GULANYA TINGGI.
Bagi negara-negara Asian tertentu, wanita hamil adalah dilarang daripada makan durian. Ini kerana, masyarakat percaya bahawa wanita yang sedang mengandung perlu mengelak daripada makan durian memandangkan pengamal perubatan purba mengatakan bahawa durian boleh memanaskan tubuh ibu dan bayi dalam kandungan.
Hakikatnya, tiada sebarang bukti saintifik yang menyokong kenyataan tersebut. Jika anda mengidam makan durian tetapi khuatir akan kesannya, anda disarankan untuk berjumpa doktor anda dahulu, untuk langkah berjaga-jaga.
Banyak Kebaikan Untuk Tubuh
Manfaat durian kepada kesihatan:
1. Durian tinggi dengan kalori, mineral dan vitamin. Buah ini juga mempunyai isi yang lembut, yang mudah untuk dicerna. Kandungan gula ringkas dalam durian seperti fruktosa dan sukrosa boleh memberikan lebih tenaga, menjadikan anda rasa bertenaga.
2. Durian tidak mengandungi sebarang kolesterol atau lemak tepu.
3. Durian juga adalah sumber serat pemakanan yang baik. Buah ini sama dengan laksatif semula jadi dan mencegah masalah sembelit, yang selalunya dialami oleh ibu hamil.
4. Kandungan serat dalam durian boleh membantu memastikan membran mukus anda selamat kerana ia mengurangkan masa pendedahan kepada toksin. Durian juga membantu mencegah dan menghapuskan sebarang bahan kimia daripada usus, yang boleh menyebabkan kanser.
5. Durian juga penuh dengan vitamin B dan vitamin kompleks seperti niacin, thiamin, dan riboflavin. Kesemua vitamin ini meningkatkan keseluruhan kesihatan anda dan memainkan peranan yang penting dalam menyihatkan fungsi tubuh.
6. Durian adalah sumber baik kuprum, mangan, zat besi, dan magnesium. Kuprum dan zat besi merangsang sel darah merah dalam tubuh anda, yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Sejak umumkan dirinya hamil, jarang dilihat Mira Filzah, pelakon popular yang diminati ramai ini memuat naik gambar. Namun baru-baru ini, dia ada berkongsi beberapa gambar dirinya yang sudah nampak baby bump.
Menerusi hantaran yang dibuat itu, Pelakon Drama Adellea Sofea kelihatan berseri disamping suami, Wan Emir Wan Astar mengenakan pakaian rona sedondon di sebuah majlis perkahwinan.
Sebelum itu, Mira turut membuat posting tentang dirinya yang tidak suka bergambar sepanjang kehamilannya ini.
To be honest, Mira sekarang dalam fasa tidak suka bergambar. Saya pun tak tahu lah kenapa. Sudah berbulan bulan. Ambil gambar utk kerja sahaja. Photo shoot untuk kerja semua tu okay lah. Maksud Mira, gambar gambar harian.
Hari hari biasa kalau keluar, siap lah cantik cantik mcm mana pun tak teringin nak ootd/selfie. Gambar baru pun tak banyak sekarang. Gambar travel haritu pun tak banyak! Balik Malaysia baru perasan gambar dua tiga kerat je.
Kadang kadang pujuk hati ni juga suruh rajin bergambar, nak maintain insight Instagram! Tapi tak menjadi juga. Sob sob. Ini pun pergi majlis orang, ada orang ambilkan, haa ada lah juga gambar utk Mira upload.
Siapa masa pregnant, tak suka bergambar? Adakah selepas bersalin, kita akan suka bergambar semula? Atau ambil gambar anak je?, tulisnya.
Di ruangan komen, selain teruja dan tak sabar untuk menanti kelahiran Baby Emir Amirah Junior, rata-ratanya turut mendoakan agar pelakon ini dilindungi selalu dan akan dipermudahkan segala urusan menimang cahaya mata pertama kelak.
Untuk rekod, Mira dan suaminya Emir melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 September 2020.
Usia kandungan Mira kini sudahpun memasuki fasa trimester ketiga, semoga semuanya dipermudahkan buat Mira dan bayi dalam kandungannya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berat badan memainkan peranan penting dalam kehamilan. Obesiti atau kegemukan akan mengundang pelbagai risiko yang tidak baik kepada diri dan kandungan.
Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Columbia Asia Bukit Rimau, wanita obes yang merancang untuk hamil boleh berjumpa pakar sakit puan atau primary care physician untuk mendapatkan nasihat yang tepat berkenaan berat badan optimum dan cara hidup sihat yang perlu diamalkan.
Kajian yang dibuat di Sweden mendapati penurunan berat badan sekurangnya 4.5kg boleh menurunkan risiko mendapat kencing manis semasa hamil sebanyak 40% pada kandungan yang seterusnya.
Berat optimum yang perlu dicapai adalah BMI yang normal (BMI 18-24.9) BMI adalah berat dibahagi dengan ketinggian kuasa dua .
BMI yang lebih daripada 25 adalah dalam kategori berat badan berlebihan dan BMI lebih daripada 30 ke atas adalah ‘obes’. Terdapat tiga kategori obesiti iaitu Kelas 1 (BMI 30-34.9), Kelas 2 (BMI 35-39.9) dan Kelas 3 atau morbid obese (BMI lebih 40).
PERSEDIAAN UNTUK HAMIL
Selain mencapai berat badan optimum dan mengikuti saranan pakar, wanita obes yang ingin hamil juga perlu melakukan beberapa perkara sebelum kehamilan agar kesihatan ibu dan kandungan berada di tahap yang optimum.
Mengambil asid folik 5mg atau lebih setiap hari sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan dan diteruskan sehingga trimester pertama.
Mengambil Vitamin D sekurang-kurangnya 10microgram sehari sepanjang kehamilan dan diteruskan sehingga selepas kelahiran bayi dan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu.
Menurunkan berat badan. Wanita disarankan menurunkan sekurang-kurangnya 5-7% dari berat asal untuk memastikan proses kehamilan yang sihat dan kurang berisiko.
BAHAYA OBESITI SEMASA HAMIL
Obesiti berbahaya kerana boleh mengundang pelbagai risiko buruk kepada kedua-dua ibu dan bayi. Justeru ia perlu dicegah bagi mengelakkan berlakunya komplikasi.
RISIKO KEPADA IBU
Keguguran secara berulang (recurrent miscarriages)
Diabetes semasa mengandung (gestational diabetes)
Praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi semasa mengandung yang merbahaya dan boleh mengakibatkan sawan, strok dan kegagalan organ-organ lain.
Venous thromboembolism iaitu darah beku pada salur darah yang bolehmengakibatkan kegagalan fungsi pernafasan dan membawa maut
Kelahiran secara induksi.
Kelahiran secara pembedahan Caesarean.
Komplikasi bius.
Jangkitan pada luka pembedahan caesarean atau episiotomi.
Kesukaran memulakan penyusuan susu ibu.
RISIKO KEPADA BAYI
Stillbirth atau bayi meninggal dalam kandungan.
Kecacatan kongenital seperti spina bifida dan jantung berlubang
Kelahiran secara pramatang.
Macrosomia iaitu bayi bersaiz besar.
Kematian neonatal.
Risiko bayi menjadi kanak-kanak obes dan mendapat penyakit metabolik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...