Pernah tak terdetik di hati sesekali kita membandingkan pasangan kita dengan orang lain.  Jika ya kita kena faham pasangan kita tu mungkin tak sama macam pasangan orang lain. Tapi itu tak bermakna dia tidak boleh menjadi yang terbaik untuk diri kita.

Tak perlu cuba membandingkan seseorang yang mencintai, menyayangi dan mengasihi diri kita dengan yang lain. Dalam hidup ini, jangan terlalu cuba sangat untuk mengejar kesempurnaan kerana kesempurnaan itu tiada pada manusia.

Berikut perkongsian dari Firdaus Shakirin yang berkongsikan tip kebahagiaan rumah tangga dan keibubapaan.

ARTIKEL MENARIK [“Mak Cik Tak Minta Banyak. Dapat Susu Pekat Manis Cukuplah Untuk Bancuh Pada Cucu”]

Dua kunci dalam perhubungan kita dengan si dia :

IKLAN

1. Cari persamaan
2. Raikan dan hormatilah perbezaan

Usah Bandingkan Pasangan Kita Dengan Orang Lain. Sempurnanya Dia Terletak Pada Diri Kita

Mungkin ada yang kata, pasangan kita ini cerminan kepada diri kita. Jika benar seperti yang dikata, maka jika pasangan tidak solat, maka anda pun tidak solat. Jika pasangannya panas baran, maka anda pun panas baran.

IKLAN

Cermin sifatnya memantul. Apa yang ada pada diri kita, ianya tetap sama di dalam cermin yang kita lihat namun realitinya berbeza.

ARTIKEL MENARIK [Terima Kasih Allah! Walaupun Suami Meninggal Akibat Covid, Isteri Syukur Akhirnya Sihat]

IKLAN

Ada yang memiliki pasangan tidak solat, tapi dia solat. Dia sentiasa menegur pasangannya untuk solat. Ada yang memiliki pasangan panas baran, tapi dia jenis bersabar…dia sentiasa cuba bersabar bila pasangannya hilang kawalan.

JODOH ITU SEBENARNYA BERSIFAT MELENGKAPI. KEKURANGAN PASANGAN DILENGKAPI DAN DIISI DENGAN KELEBIHAN YANG ADA PADA DIRI KITA SENDIRI. JUSTERU ITU, LENGKAPILAH SESIAPA PUN YANG JADI PASANGAN KITA PADA HARI INI DENGAN SIFAT-SIFAT SERTA SIKAP-SIKAP YANG KITA MILIKI PADA DIRI KITA SENDIRI SUPAYA PERHUBUNGAN ITU MAMPU DITERUSKAN DAN DIKEKALKAN HINGGA KE SYURGA ALLAH SWT.

Ingat pasangan yang sempurna hadir apabila kita memberi, bukan mencari.

Sumber: Firdaus Shakirin

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI