Terasa sekejap saja pemergian pelawak terkenal Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Mohd Ridzuan. Pemergiannya secara mengejut itu cukup membuatkan satu Malaysia terkesan dengan kehilangannya.

Sedar tak sedar semalam (10 Mac) genap genap sebulan pemergian arwah. Menerusi muat naik di IG Abam Bocey yang kini dikendalikan sepenuhnya oleh isteri arwah, Nor Hidayah, dia membuat luahan hati selepas sebulan hidup tanpa suami tersayang.

Genap sebulan abang tinggalkan kami

Berkongsi foto dirinya dan arwah Abam, Nor Hidayah di dalam kapsyen tersebut berpesan agar kita sentiasa redha dan jangan terlalu meratapi atas kehilangan orang tersayang, kerana semuanya milik Allah.

IKLAN

“Jika ditakdirkan pasangan kita meninggal dunia terlebih dahulu daripada kita, usahlah meraung tetapi, berdoalah kepada Allah S.W.T…”

Hidayah yang kini nampak semakin kuat mengharapkan orang ramai sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya bersama anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 9 bulan untuk meneruskan kehidupan.

IKLAN

Allah sayangkan Dayah

Selepas memuat naik status tersebut, orang ramai terus mendoakan yang terbaik buat Hidayah dan anaknya walaupun kehilangan insan tersayang cukup perit.

IKLAN

“Usah Bersedih, Berdoalah Pada Allah”. Genap Sebulan Arwah Pergi, Hidayah Makin Kuat

Separuh dari jiwa kita mereka bawa pergi, pedihh yaa memang amat pedih rasa nya kerana mungkin tak akan pernah bersua kembali. Semoga Dayah kuat, tabah harungi liku-liku kehidupan. Allah sayangkan Dayah kerana itu ia memberi ujian.

Semoga Hidayah terus kuat dan tabah bersama hamzah, moga selalu di lindungi Allah SWT… AAMIIN

Terdahulu, arwah Abam meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kediamannya terletak di Gombak dipercayai demam panas.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI