Masuk usia 3 tahun, memang kelasakan anak akan meningkat 2 kali ganda. Berlari, melompat, memanjat dan berguling tu dah jadi lumrah hidup dia. Sabar je la…
Anak sebenarnya sedang nak penuhi milestone perkembangan dia, Bukan saja-saja nak melasak! Pada usia 3 tahun ini yang patut anak dah capai.
– Dia dah pandai seimbangkan badan. Boleh jalan lurus, ke belakang, ke sisi dan melompat.
– Dia patut dah pandai basuh tangan sendiri, buka dan pakai baju dengan sedikit bantuan, kayuh basikal roda tiga dan pegang sudu atau pensil.
– Masa ni juga anak patut dah boleh untuk ikut giliran, tunggu giliran dan berkongsi. Walau dia tak suka tapi dia boleh akur.
– Dah boleh faham sedikit tentang emosi. Marah, sedih, frust, geram dan sebagainya. Paling bagus bila anak sendiri boleh sebut, “saya marah”
– Boleh kawal diri bila rasa kecewa. Sebab ni dia melasak untuk tingkatkan daya tahan fizikal, emosi dan mental yang kuat.
Ads
– Ada anak dah boleh kenal dan hafal setiap huruf dan nombor. Ada juga yang bertatih-tatih lagi, itu pun okey sihat milestone.
– Dah boleh beza warna dan bentuk. Makin banyak dia bermain, makin tinggi awareness warna dan bentuk dia.
Jadinya ibu ayah, usahlah marah bila anak melasak ya sebab mereka sedang gigih nak membesar tu.
Ads
1 – 2 tahun fasa untuk bermain lagi, tapi masuk usia 3 tahun itu fasa untuk membesar dah. Patut marah bila dah umur 3 tahun,
– anak masih susah nak bercakap
– anak masih tak pandai seimbang badan
– anak masih takut-takut nak bermain
– anak masih tantrum yang agresif
– anak masih tak faham arahan mudah
Ini bahaya, itu petanda milestone perkembangan dia tak berapa cantik.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penting bagi mama dan papa untuk kenali tiga personaliti anak supaya mudah untuk melakukan proses pembelajaran. Apabila ibu ayah tahu ciri-ciri persenaliti anak, ia dapat membantu membentuk arah minat dan kecenderungan anak dalam bidang yang bersesuaian dengan personaliti diri.
Tiga personaliti utama
Kecenderungannya boleh kita lihat seawal usia tiga tahun lagi. Mari kita kenal pasti kenali personaliti pembelajaran berdasarkan ciri-ciri ini.
Visual
1.Memahami dengan melihat perkataan atau gambar di dalam buku atau kertas.
2.Apabila membaca, dia akan melihat pada suatu sudut untuk menggambarkan apa yang dibaca.
3.Pendiam.
4.Suka menyusun mengikut warna, saiz atau bentuk.
5.Pemerhatian membantunya memahami sesuatu.
6.Memilih sesuatu berdasarkan ciri visualnya seperti besar, berwarna terang atau cantik.
7.Suka membaca cerita berbanding mendengar cerita.
8.Cekap dalam pemerhatian.
9.Sesuatu yang bersifat visual adalah gangguan kepada tumpuannya.
10.Menyukai perincian kecil dan aksesori dalam apa juga hal seperti pakaian, makanan dan sebagainya.
11.Lebih mudah memahami simbol atau gambar untuk memahami fonik.
12.Suka melakar dan melukis dan berimaginasi.
13.Sukar menerima arahan secara verbal.
14.Perlu mengambil nota untuk mengingati sesuatu.
15.Bagi si manja visual, senarai semak adalah cara tepat untuk membantunya mengingat.
16.Lebih memahami rajah berbanding ayat.
17.Mengecam wajah berbanding mengingati nama seseorang.
18.Gemar cerita yang lucu, mendebarkan dan pengembaraan
19.Suka melihat produk berbanding melihat cara-cara membuatnya.
Auditori
1.Belajar melalui penerangan secara lisan.
2.Memahami sesuatu apabila bercakap mengenainya.
3.Sukakan bunyi-bunyian seperti muzik dan nyanyian.
4.Cenderung menjadi seorang yang suka bercakap.
5.Suka membaca secara berbunyi.
6.Mempunyai kepandaian untuk bercerita dan mengingati cerita yang didengari.
7.Lebih suka mendengar daripada membaca.
8.Mudah terganggu dengan bunyi dan kebisingan.
9.Pandai berbicara.
10.Memahami sesuatu perkara dengan cara mendengar penerangan atau menerangkannya kepada orang lain.
11.Lebih mengingati sesuatu nama atau fakta bagi sesuatu benda berbanding bentuk atau warnanya.
Kinestetik
1.Mudah faham menerusi pengalaman dan manipulasi objek.
2.Belajar dengan optimum menerusi aktiviti fizikal.
3.Mengingati sesuatu yang pernah dilakukan, bukan yang pernah dilihat atau didengari.
4.Meminati corak pembelajaran yang menggunakan alat bantu dan objek.
5.Suka menanggalkan dan memasang semula permainan.
6.Sukar untuk duduk setempat atau duduk semasa melakukan sesuatu perkara.
7.Menunjukkan pada buku apabila membaca.
8.Menunjukkan bahasa badan apabila sedang bercakap.
9.Tidak suka memberi perhatian kepada apa yang disampaikan oleh orang lain.
10.Teruja untuk memulakan projek yang melibatkan pergerakan.
11.Tidak suka diberikan arahan.
12.Menyelesaikan masalah dengan cara fizikal.
13.Mudah terganggu dan bertindak secara spontan.
14.Mempunyai kecenderungan untuk meminati acara sukan.
15.Suka membelek buku dari belakang untuk melihat apakah ia seronok untuk dibaca.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sikap ibu ayah membeza-bezakan anak ditakuti boleh menjadi punca mereka jadi dengki satu sama lain. Didik lebih dari seorang anak jangan sampai ibu ayah membeza-bezakan mereka tanpa sedar. Sikap tersebut kalau dibiarkan boleh menjadi punca kepada perasaan dengki sesama mereka.
Mungkin tak ada niat pun dalam hati kita untuk membeza-bezakan anak tapi kadangkala tanpa sedar ia berlaku sendiri. Perhatian yang lebih diberikan pada anak yang kecil membuatkan anak yang besar terasa hati. Sikap acuh tak acuh atau kurang beri perhatian kepada anak yang besar kerana beranggapan mereka sudah boleh berdikari sebenarnya satu kesilapan besar yang ramai ibu ayah lakukan!
Kalau kita tak perasan yang kita lakukan hal ini, jom sama-sama baca perkongisan ditulis oleh Dr Taufiq Razif ini. Semoga selepas ini kita lebih prihatin dan dapat memperbaiki kelemahan diri masing-masing.
Baru ni saya terpaksa marah isteri saya.
“Jangan lah puji berlebih lebihan si adik tu di depan si kakak. Adik masih tak tahu apa-apa tapi si kakak tu dah boleh faham dah! “
Saya bukan apa. Benda ni nampak je simple tapi efeknya boleh sampai ke besar.
Kakak yang dah terima kehadiran dan kelahiran adiknya dengan hati terbuka sebenarnya dah buat ‘pengorbanan jiwa & emosi’ yang cukup besar dah. Tak patut la kita menyakitkan jiwa dia dengan melebih lebihkan si adiknya di depan si kakak.
Sebab tu saya pesan sangat pada semua mak dan ayah. Bila balik je daripada kerja, peluk la dulu si kakak tu. Biarlah secomel apa pun baby ( si adik ) tu, si baby masih tak memahami. Yang kita kena hargai dulu adalah emosi si kakak dah faham tentang kasih sayang dan juga perhatian.
Satu lagi, be fair!
Bila dua orang anak tengah berebutkan perhatian kita, jangan cuma fokus eye contact dan sentuhan kita hanya pada satu anak sahaja. Belai dan fokus secara bergantian kepada keduanya.
Kita taknak timbulkan ‘hasad’ dalam anak-anak kita. Pernah tengok orang berebutkan harta pusaka selepas kematian mak ayah tak? Salah satunya adalah kerana ‘hasad’ tu dah terbentuk sejak daripada kecil lagi la tu.
Nampak simple kan? Tapi efeknya sampai la anak kita dewasa! Tolong bagitahu benda ni pada pasangan kita ye.
Taufiq Razif
Paling Takut Anak Dengki Sesama Sendiri
p/s : Jom belajar ilmu keibubapaan di Telegram saya. Install Telegram apps dan klik link ni t.me/NotaTaufiqRazif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda, bahawa sikap terlalu melindungi anak boleh menjejaskan keyakinan diri anak. Hakikatnya bahawa setiap ibu bapa, ingin memiliki anak yang pandai berdikari, yakin diri dan bertangungjawab. Namun ada oleh kerana salah asuhan akan menyebabkan anak-anak itu mempunyai pemikiran negatif yang menyebabkan anak itu tidak yakin pada dirinya.
Menurut Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali menjelaskan antara faktor penyebab anak tidak yakin diri ialah anak tersebut selalu menerima kritikan daripada ibubapa atau penjaga, masalah yang berkaitan dengan psikologi kanak kanak, kanak kanak yang keterlaluan di lindungi (over protectiveness), terlalu banyak peraturan atau sekatan yang dikenakan ke atas dirinya dan cara cara didikan yang negatif yang di terima daripada ibubapa/penjaga atau guru guru.
Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razalimenjelaskan bahawa kanak-kanak perlu dididik untuk mengambil risiko dan belajar daripada kesilapan
Cara langkah yang boleh diambil oleh ibubapa bagi membantu anak- anak membentuk sikap yang positif
Wujudkan persekitaran rumah yang positif. Antara perkara yang boleh dilakukan oleh ibubapa adalah bersikap mesra dengan anak anak melalui perbualan harian. Jadilah pendengar yang setia pada anak anak dengan menunjukkan kesungguhan kepada apa yang ingin diluahkan kepada kita.
Selain dari itu wujudkan suasana ceria di rumah dengan bercerita pada kanak kanak perkara perkara yang menyeronokkan, sentiasa hiasi perbualan dengan elemen humor atau lawak jenaka dan sekali sekali menonton filem yang lucu dengan anak anak. Dengan adanya gelak ketawa, suasana akan menjadi lebih ceria dan secara tidak langsung membahagiakan kanak kanak. Katakan pada anak anak bahawa dengan hanya senyum dan ketawa boleh mengubah tindakbalas kimia dalam otak dan boleh menyebabkan diri merasa tenang dan bahagia. Kanak kanak yang merasa bahagia akan mempunyai esteem diri yang lebih tinggi dan mereka juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Ibu bapa juga perlu sentiasa memberikan perasaan rasa dihargai dan dikasihi kepada anak anak dalam pelbagai bentuk seperti perkataan, ciuman, pelukan, dakapan dan juga tepukan lembut pada bahagian badan anak anak. Pada anak anak kecil rasa rasa dihargai dan dikasihi perlu ditunjukkan melalui tingkahlaku yang dinyatakan di atas. Anak anak yang merasa diri dihargai akan lebih mudah menunjukkan sikap yang positif
Beri peluang untuk anak-anak mengambil tanggungjawab .Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab.Ibu bapa dan orang dewasa boleh menunjukkan cara untuk bertanggungjawab, dan bukannya dengan memberi arahan. Contohnya, ibu bapa membuang sampah ke dalam tong sampah supaya kanak-kanak mencontohi sikap bertanggungjawab ini.
Ibubapa boleh membantu anak-anak membentuk sikap dan pemikiran yang positif dengan membantu mereka membina kemahiran yang baru atau membuat aktiviti yang bar
5.Beri autonomi terhadap sesetengah perkara .Kanak-kanak perlu dididik untuk mengambil risiko dan belajar daripada kesilapan. Kanak-kanak juga adakalanya perlu diberi peluang untuk membuat keputusan dalam sesetengah perkara dan bertanggungjawab atas keputusan tersebut. Walau bagaimanapun, peluang memperbaiki diri atas kesilapan yang dibuat perlu diberi oleh ibu bapa dan orang dewasa supaya kanak-kanak dapat berusaha meningkatkan diri akan membantu mereka membentuk sikap yang positif.
6.Bantu anak anak mengawal monolog dalamannya (inner speech.) Percakapan dalaman ini adalah kenyataan yang selalu di ulang sebut oleh anak anak pada dirinya sendiri. Misalnya bagi anak yang tidak pandai dalam subjek matematik, biasanya akan kerap berkata “saya tidak pandai matematik” secara berulang kali pada dirinya Bantu anak anak mengganntikan pernyataan negative ini kepada pernyataan yang positif seperti “ Saya akan terus cuba belajar matematik. Saya akan pandai matematik dengan bantuan mak ayah dan kawan kawan”.
7.Ibu bapa juga boleh membantu anak anak membentuk sikap dan pemikiran yang positif dengan membantu mereka membina kemahiran yang baru atau membuat aktiviti yang baru. Kenal pasti kekuatan atau kelebihan yang ada pada anak anak. anak mempunyai minat melukis, bantu anak dengan menghantarnya ke kelas melukis atau sediakan pelbagai peralatan melukis untuknya. Selain dari itu cuba cari aktiviti yang boleh memberi pengalaman baru yang positif pada anak anak missal aktiviti memanah atau berenang bagi anak anak yang belum pernah menjalani aktivti tersebut. Aktiviti berbeza akan memberi pengalaman yang berbeza pada anak-anak.
8.Libatkan anak-anak dalam kerja kerja amal yang dijalankan samada di peringkat sekolah atau di kawasan kejiranan sendiri. Galakan anak anak terlibat supaya mereka dapat bersosial dan dapat membentuk sikap positif yang lain seperti bekerjasama, saling bantu membantu atara satu sama lain dan juga sikap bertolak ansur dan mengembangkan perasaan empati.
9.Selain dari itu perapatan amat mempengaruhi pembentukan sikap positif anak anak. Melalui perhubungan dengan orang lain, kanak-kanak membuat penilaian terhadap diri sendiri dan membina penghargaan kendiri. Perapatan selamat akan membentuk gaya perapatan selamat dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak akan mempamerkan sikap yang positif, berkasih-sayang serta menghargai orang lain. Mereka juga gembira untuk berinteraksi, bergaul, serta boleh mengasihi dan dikasihi oleh orang lain. Sikap yang baik ini adalah hasil daripada model kasih-sayang yang diperolehi dan ditunjukkan oleh ibu bapa atau penjaga. Perapatan yang mengelak atau bercelaru pula berkemungkinan akan menghasilkan kanak-kanak yang rendah diri, ganas, pemarah, dan tidak menghormati orang lain. Selalunya, kanak-kanak ini akan bermasalah dalam perhubungan dengan rakan-rakan kerana konsep kendiri yang rendah, berfikiran negatif serta selalu menyalahkan diri dan orang lain
.
Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali menjelaskan kanak-kanak perlu dididik untuk mengambil risiko dan belajar daripada kesilapan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.