
ADHD dewasa sering tidak disedari, dan kisah ini membuktikan bagaimana seseorang boleh hidup bertahun-tahun tanpa diagnosis yang tepat. Tak pernah terlintas di fikirannya, segala kekurangan dan cabaran yang dilalui sejak kecil akhirnya ada jawapan selepas puluhan tahun dipendam sendiri. Pada usia 40 tahun, seorang bapa akhirnya mengetahui dirinya menghidap gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) sesuatu yang langsung tidak pernah disangka selama ini.
Lebih menyentuh hati, diagnosis itu hadir bukan ketika dia mencari jawapan untuk dirinya, sebaliknya selepas tiga daripada empat anaknya turut disahkan mempunyai kondisi sama.
Ahmad Faidzal Abdul Rashid, 41, yang bekerja sebagai jurutera teknologi maklumat (IT), berkata dia hanya mengetahui dirinya menghidap ADHD tahun lalu selepas membawa anak-anak mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital.
Menurutnya, sejak di bangku sekolah lagi dia sebenarnya sudah menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya, namun ketika itu kurang kesedaran mengenai ADHD menyebabkan keadaannya tidak pernah dikenal pasti.
“Dulu saya pernah jumpa kaunselor sebab rasa macam ada masalah, tapi kaunselor pun tak tahu apa puncanya mungkin sebab masa itu tak ramai yang faham tentang ADHD.
“Simptom saya memang jelas antaranya mudah lupa benda kecil, cakap terlalu kuat, banyak bercakap dan tak boleh simpan rahsia sampai kadang-kadang orang sekeliling termasuk guru kurang senang dengan saya,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Ahmad Faidzal, segala persoalan tentang dirinya akhirnya terjawab selepas dia membawa tiga anaknya mendapatkan rawatan susulan kerana menyedari ada antara mereka mengalami kelewatan pertuturan dan hiperaktif.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati masalah itu mempunyai kaitan genetik, sekali gus mendorong Ahmad Faidzal menjalani pemeriksaan untuk dirinya sendiri satu langkah penting dalam memahami ADHD dewasa.
“Saya bawa anak jumpa doktor sebab perasan ada yang lambat bercakap dan sangat aktif. Lepas doktor buat pemeriksaan lanjut, mereka kata ini ada kaitan genetik.
“Jadi saya pun buat pemeriksaan dan akhirnya disahkan ADHD ketika usia 40 tahun,” katanya.
Tiga anaknya yang disahkan ADHD ialah anak sulung, Ahmad Norman Adha, 14, anak ketiga Muawiyah, 8, dan anak bongsu Ali, 6, yang juga disahkan autisme.
Mengulas lanjut, Ahmad Faidzal mengakui bukan mudah untuk menerima hakikat tersebut, malah pada awalnya dia berada dalam fasa penafian — satu reaksi biasa bagi individu yang berdepan realiti ADHD dewasa.
“Pada mulanya memang susah nak terima. Tapi yang paling berat bukan bila tahu diri sendiri ada ADHD, sebaliknya bila dapat tahu anak-anak pun ada masalah sama.
“Sedih sangat sampai pernah terfikir kalau boleh undur masa, mungkin saya tak nak berkeluarga sebab rasa macam diri saya punca anak jadi begini,” katanya.
Tambahnya lagi, dia turut memikirkan soal penerimaan masyarakat terhadap anak-anaknya pada masa akan datang.
Sebagai bapa, kebimbangan itu sentiasa ada walaupun dia cuba untuk terus kuat demi keluarga, terutamanya dalam membesarkan anak-anak dengan cabaran ADHD dewasa dan kanak-kanak.
“Saya risau macam mana orang akan terima mereka nanti. Saya sendiri boleh hadap, tapi bila fikir tentang anak-anak memang rasa berat.
“Isteri saya pula banyak fokus beri sokongan kepada anak-anak walaupun saya tahu dia pun sebenarnya turut rasa sedih,” katanya.
Walaupun berdepan diagnosis ADHD, Ahmad Faidzal berkata dia masih mampu menjalani rutin harian seperti biasa termasuk bekerja, namun memilih untuk tidak mengambil ubat kerana bimbang terlalu bergantung kepadanya — satu pilihan yang kadang-kadang dibuat oleh individu dengan ADHD dewasa.
Bagaimanapun, tiga anaknya tetap menjalani rawatan dan terapi secara berkala mengikut jadual ditetapkan doktor.
“Anak sulung buat pemeriksaan setiap enam bulan. Anak ketiga masih jalani terapi cara kerja (occupational therapy), manakala anak bongsu pula menjalani terapi pertuturan dan OT setiap dua minggu.
“Doktor juga beritahu ketiga-tiga mereka ada IQ yang tinggi. Itu antara kelebihan mereka walaupun ada ADHD,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Faidzal berharap masyarakat lebih memahami cabaran dihadapi penghidap ADHD dan tidak terus melabel hanya kerana mereka kelihatan normal secara luaran.
“Saya harap masyarakat lebih faham. Walaupun nampak normal, penghidap ADHD tetap ada cabaran tersendiri.
“Kalau rasa ada simptom, jangan malu dapatkan bantuan. Saya sendiri nampak perubahan positif pada anak selepas mereka ambil ubat dan jalani rawatan. Perkembangan mereka semakin baik malah ada yang berjaya dapat anugerah di sekolah,” katanya.
Bagi Ahmad Faidzal, walaupun perjalanan membesarkan anak-anak ADHD bukan mudah, dia tetap berharap kesemua anaknya membesar dengan baik dan diterima seadanya oleh masyarakat. Kisah ini menjadi peringatan penting tentang kepentingan kesedaran awal terhadap ADHD dewasa dan kanak-kanak.
EKSTRA INFO
Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah kekosongan perhatian dan/atau hiperaktiviti-impulsiviti yang mengganggu fungsi atau pembangunan. Orang dengan ADHD mengalami corak yang berterusan daripada jenis-jenis gejala berikut:
Ketidaktahuan bermakna seseorang mungkin mempunyai kesukaran untuk kekal pada tugas, mengekalkan tumpuan, dan kekal teratur, dan masalah-masalah ini tidak disebabkan oleh cabaran atau kurangnya pemahaman.
Hiperaktiviti bermakna seseorang mungkin kelihatan bergerak secara berterusan, termasuk dalam situasi di mana ia tidak sesuai, atau terlalu fidget, tap, atau bercakap. Pada orang dewasa, hiperaktiviti boleh bermaksud ketidakselesaan yang ekstrem atau bercakap terlalu banyak.
Impulsiviti bermakna seseorang boleh bertindak tanpa berfikir atau mempunyai kesukaran dengan kawalan diri. Impulsiviti juga boleh termasuk keinginan untuk ganjaran segera atau ketidakupayaan untuk menangguhkan kepuasan. Orang yang impulsif boleh mengganggu orang lain atau membuat keputusan penting tanpa mempertimbangkan akibat jangka panjang.
Tanda / Gejala
Ramai orang mengalami ketidaktahuan, aktiviti motor yang tidak terfokus, dan impulsiviti, tetapi untuk orang dengan ADHD, tingkah laku ini:
1.Lebih ketat
2.berlaku lebih kerap
3.Mengganggu atau mengurangkan kualiti bagaimana mereka berfungsi secara sosial, di sekolah, atau di tempat kerja
Faktor Risiko
Para penyelidik tidak pasti apa yang menyebabkan ADHD, walaupun banyak kajian menunjukkan bahawa gen memainkan peranan yang besar. Seperti banyak gangguan lain, ADHD mungkin berpunca daripada gabungan faktor. Selain daripada genetika, penyelidik sedang melihat kemungkinan faktor alam sekitar yang boleh meningkatkan risiko ADHD dan sedang mengkaji bagaimana kecederaan otak, pemakanan, dan persekitaran sosial boleh memainkan peranan dalam ADHD.
ADHD adalah lebih biasa pada lelaki daripada wanita, dan wanita dengan ADHD lebih cenderung mempunyai gejala kurang perhatian. Orang dengan ADHD sering mempunyai keadaan lain, seperti kecacatan pembelajaran, gangguan kecemasan, gangguan tingkah laku, kemurungan, dan gangguan penggunaan dadah.
Bagaimana Dirawat
1.Perubatan
-Stimulan.
-Bukan Stimulan
2. Psikoterapi dan psikososial
-Terapi tingkah laku
-Terapi tingkah laku kognitif
-Terapi Keluarga dan Perkahwinan
-Latihan kemahiran ibu bapa (behavioral parent management training)
-Intervensi pengurusan bilik darjah tingkah laku khusus dan / atau akomodasi akademik
-Teknik Pengurusan Stres
-Kumpulan Sokongan
Sumber: Harian Metro & Jabatan Kesihatan Negeri Perak