Makan ok, minum susu pun tak ada masalah tapi berat anak susah nak naik. Tingginya pun tak mengikut umur sebenar. Jika ibu bapa ada masalah anak dalam kategori ini, jangan tunggu-tunggu dan buat andaian sendiri.

Biasanya bila ikut temujanji klinik kesihatan, jururawat akan buat pemeriksaan menyeluruh mengikut buku rekod kesihatan anak. Jika graf perkembangan itu menunjukkan tidak normal, anak akan dirujuk pada pakar.

Jangan mengeluh sekiranya perlu datang kerap untuk buat pemeriksaan anak banyak kali. Ini kerana setiap anak, masalahnya lain-lain. Harap dengan perkongsian dari seorang ibu, Puan Lynd Abu Bakar dapat membuka mata ibu bapa yang ada anak seperti situasi yang dialaminya.

Usia 9 Bulan Berat & Tinggi Adam Graf Kuning. Nasib Tahu Awal Punca Anak Terbantut 

Graf kuning pada usia 9 bulan

Izinkan saya berkongsi kisah Adam dan “bantut”. Perkongsian ni atas dasar tanggungjawab supaya ibu-ibu tak ambil ringan pasal perkembangan berat dan tinggi anak.

Ya..Alasan paling popular bila berat dan tinggi anak tak selari dengan umur adalah

“Mak ayah tak tinggi mana pun jadi anak ikut lah”. Itulah alasan kami juga bila Adam di refer under bantut masa umur 1 tahun 6 bulan. Berat dan tinggi Adam ada pada graf kuning sejak umur 9 bulan.

IKLAN

Saya mengaku bila sebut bantut tu macam “malu” lah kan tapi selalu sedapkan hati bagi alasan makan minum dia selera jadi kira ok lah.

Gagah juga ikut temujanji Klinik Kesihatan (KK) disebabkan pegawai pemakanan kata selain fizikal bantut juga boleh beri kesan pembelajaran. Jadi ikut je sebab tak mahu menyesal kemudian hari.

Dalam 3 bulan berat naik 0.5g

Lepas 3 bulan ikut plan pemakanan yang dicadangkan berat naik 0.5g je dan dicadangkan tukar susu pula. Kita ikut je demi kebaikan anak.

Tapi belum sempat untuk temujanji seterusnya, kejadian 23 Oktober 2020 menjawab punca “bantut” Adam.

IKLAN

Usia 9 Bulan Berat & Tinggi Adam Graf Kuning. Nasib Tahu Awal Punca Anak Terbantut 

Badan tiba-tiba kejang

Pagi tu dia bangun lambat, saya pun biar je dia tidur. Biasanya jam 8.30 dia akan bangun dan sarapan terus. Dia jenis sarapan sangat berselera.

Tapi pagi tu dia terjaga pukul 9.30, menangis dan tiba-tiba badan dia kejang. Masa pergi klinik doktor dah cakap ada masalah yang lebih serius sebab sawan tanpa demam.

IKLAN

Dipendekkan cerita kami jadi penghuni HSA 13 hari dan Adam disahkan penyakit Glycogen Storage Disease (GSD) yang jadi punca berat dia tak naik.

Usia 9 Bulan Berat & Tinggi Adam Graf Kuning. Nasib Tahu Awal Punca Anak Terbantut 

Sebagai pengajarannya:

1. Tolong jangan ambil ringan bila berat anak tak naik. Ikut je apa doktor cakap.
2. Tak rugi pun follow up untuk improve pemakanan anak
3. Jangan takut sangat dengan perkataan bantut tu.
4. Semua yang diatas iktibar pada apa yang jadi pada saya sendiri. Saya tak kesal sebab saya ikut saja apa yang klinik kesihatan cadangkan.

Kredit: Lynd Abu Bakar

**Nak dapatkan barangan keperluan anak pada harga berpatutan, boleh klik di sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI