Anak dah mula makan mama mesti excited nak cuba pelbagai menu yang berkhasiat untuk diberikan kepada si kecil. Pilihan variasi makanan juga dapat membantu anak-anak mengenali semua jenis makanan dan dalam masa yang sama mengajar mereka untuk tidak memilih makanan.

Perkongsian resepi daripada Puan Athirah Diyana untuk makanan anak berusia 8 bulan boleh mama jadikan idea untuk menu si kecil. Mudah disediakan dan pastinya si kecil mama suka dengan variasi rasa daripada bahan yang digunakan! Selamat mencuba!

10 Resepi Untuk Anak 8 Bulan

 Menu anak saya, 8 bulan. Moga membantu ibu-ibu semua

Resepi ada kat gambar. Saya tak beli serbuk ayam, serbuk bilis, mushroom powder semua tu.

Biasanya saya perasakan dengan blackpepper/white pepper je. Tapi kalau ibu-ibu ada semua stok powder tu, boleh tambah ikut citarasa masing-masing ye

#NawarFoodJourney

  1. Mee Kuah Labu

Variasikan Makanan Anak, Baru Tak Cerewet. 11 Resepi Mudah Nak Buat Untuk Anak 8 Bulan. Menarik & Sedap!

Bahan-bahan:
Mee organik baby (rebus sampai lembut)
Labu (steam/rebus & blend jadikan puri)
Isi ayam
Bawang putih
Bawang merah
Sayur (saya guna salad)
Unsalted butter (guna minyak masak pun boleh)

Cara-cara:
Tumis bebawangs dengan UB.
Masukkan isi ayam, biar sampai masak.
Tambah air sikit.
Masukkan sayur & puri labu.
Masak kejap sampai sayur empuk.
Tuang kuah atas mee.
Siap!

  1. Aiskrim Dragon Fruit

Variasikan Makanan Anak, Baru Tak Cerewet. 11 Resepi Mudah Nak Buat Untuk Anak 8 Bulan. Menarik & Sedap!

Bahan-bahan:
Dragon fruit (boleh guna buah lain yang manis)
Susu full cream
Plain/natural yogurt

Cara-cara:
Lenyekkan dragon fruit.
Didihkan susu full cream + yogurt.
Masukkan semua dalam acuan aiskrim.
Sejukkan salam freezer beberapa jam, boleh makan

– Bawah umur setahun kena panaskan susu. Jangan bagi direct tanpa panaskan.
– Pilih natural/plain yogurt full fat. Bukan low fat

  1. Macaroni Goreng

Variasikan Makanan Anak, Baru Tak Cerewet. 11 Resepi Mudah Nak Buat Untuk Anak 8 Bulan. Menarik & Sedap!

Bahan-bahan:
Macaroni (rebus)
Bawang putih
Bawang merah
Isi ayam
Sayur (sy guna brokoli)
Blackpepper

Cara-cara:
Tumis bebawangs dengan minyak masak.
Masukkan isi ayam biar sampai masak.
Masuk sayur.
Tambah air kalau kering sangat.
Masukkan macaroni, gaul2 & tambah blackpepper.
Siap!

  1. Lempeng Pisang

Variasikan Makanan Anak, Baru Tak Cerewet. 11 Resepi Mudah Nak Buat Untuk Anak 8 Bulan. Menarik & Sedap!

Breakfast simple
Bahan-bahan:
Pisang
Tepung gandum (unbleach/tanpa bahan pemutih)
Unsalted butter

IKLAN

Cara-cara:
Lenyekkan pisang.
Tambah tepung. Tepung jangan banyak sangat, nanti keras lempeng. Biar lembik2 sikit nanti senang anak kunyah.
Masak atas pan yang dah disapu UB. Kalau takde UB takpe, guna minyak masak biasa pun sedap.

  1. Creamy Jagung

Variasikan Makanan Anak, Baru Tak Cerewet. 11 Resepi Mudah Nak Buat Untuk Anak 8 Bulan. Menarik & Sedap!

Bahan-bahan:

Jagung (kukus sampai masak)
Unsalted butter
Susu full cream
Puri kurma

Cara-cara:
Panaskan UB.
Masukkan susu full cream.
Masukkan jagung & puri kurma.
Kacau2 sampai tahap kepekatan yang kita nak. Kalau nak best biar berkuah2 sikit

6.Nasi Goreng

Variasikan Makanan Anak, Baru Tak Cerewet. 11 Resepi Mudah Nak Buat Untuk Anak 8 Bulan. Menarik & Sedap!

Bahan-bahan:

Nasi (saya guna beras sumo)
Telur
Sayur (saya guna pakchoy & tomato)
White pepper
Bawang putih (nak guna bawang merah pun boleh tapi saya buat ala-ala garlic fried rice)

Cara-cara:
Tumis bawang putih.
Masukkan sayur & telur. Kacau sampai telur masak.
Masukkan nasi & perasakan dengan white pepper.
Siap

  1. Homemade Chicken Nugget

Variasikan Makanan Anak, Baru Tak Cerewet. 11 Resepi Mudah Nak Buat Untuk Anak 8 Bulan. Menarik & Sedap!Bahan-bahan:

Isi ayam
Sayur (sy guna celery, carrot)
Bawang holand
Tepung gandum

IKLAN

Cara-cara:
Blend semua bahan di atas kecuali tepung.
Lepas blend, campur sikit tepung gandum.
Masukkan dalam bekas, dan kukus sampai masak.
Tunggu sejuk, boleh potong2 dan grill/goreng.
Buat extra so boleh frozenkan. Nanti anak nak makan senang

8 Murtabak Mee

Variasikan Makanan Anak, Baru Tak Cerewet. 11 Resepi Mudah Nak Buat Untuk Anak 8 Bulan. Menarik & Sedap!

Bahan-bahan:
Mee organik baby (rebus)
Telur
Sayur (sy guna pakchoy)
White pepper/blackpepper
Bawang merah

Cara-cara:
Satukan semua dalam bekas & kacau.
Panaskan pan dengan minyak masak, tuang campuran mee tadi.
Biar sampai masak. Boleh angkat, potong & hidangkan

  1. Begedil Ayam

Variasikan Makanan Anak, Baru Tak Cerewet. 11 Resepi Mudah Nak Buat Untuk Anak 8 Bulan. Menarik & Sedap!Bahan-bahan:

Kentang (steam sampai empuk & lenyekkan)
Isi ayam (masak atas pan)
Sayur (tak ingat guna sayur apa)
White pepper
Bawang merah

Cara-cara:
Satukan semua bahan.
Gaul-gaul dan bentukkan.
Grill atas pan. Dah siap

Buat extra, boleh frozenkan. Next time senang benda dah ada dalam freezer. Jimat masa ibu2 semua.

Kalau nak salut dengan telur sebelum grill/goreng pun boleh. Tapi sy tak salut pun.

  1. Potato Fingers

Variasikan Makanan Anak, Baru Tak Cerewet. 11 Resepi Mudah Nak Buat Untuk Anak 8 Bulan. Menarik & Sedap!

Bahan-bahan:

IKLAN

Kentang (steam sampai empuk, lenyekkan)
Bawang merah
Sayur
Tepung jagung

Cara-cara:
Satukan semua bahan. Tepung tu agak-agak je jangan banyak sangat nanti keras.
Grill/goreng.

Ni pun boleh buat banyak & frozenkan

  1. Nasi Lembik & Bubur Salmon

Variasikan Makanan Anak, Baru Tak Cerewet. 11 Resepi Mudah Nak Buat Untuk Anak 8 Bulan. Menarik & Sedap!

Bahan-bahan:

Nasi
Salmon
Bawang putih
Bawang merah
Tomato
Sayur hijau (lupa jugak guna sayur apa haritu)

Cara-cara:
Tumis bebawangs.
Masukkan salmon, biar sampai masak.
Tambah air ikut banyak mana kuah ibu-ibu nak.
Letak sayur, masak sampai empuk.
Boleh perasakan dengan apa-apa yang ibu nak.

kredit: Athirah Diyana

Variasikan Makanan Anak, Baru Tak Cerewet. 11 Resepi Mudah Nak Buat Untuk Anak 8 Bulan. Menarik & Sedap!Jom hantarkan gambar comel si pipi pau papa mama di sini! https://forms.gle/Z2vQVEbYfjhtcWxd6

Variasikan Makanan Anak, Baru Tak Cerewet. 11 Resepi Mudah Nak Buat Untuk Anak 8 Bulan. Menarik & Sedap!Buat mama papa yang mahu anak lancar Bahasa Inggeris, jom sertai E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel istinewa seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato’ Dr Sheikh Muzaphar. E-Workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!. Jom, daftar sekarang di: https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

Variasikan Makanan Anak, Baru Tak Cerewet. 11 Resepi Mudah Nak Buat Untuk Anak 8 Bulan. Menarik & Sedap!Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI