Selepas berkongsi gambar anak keempatnya sebaik dilahirkan, Datuk Seri Aliff Syukri
memuat naik pula video detik-detik isteri tersayang, Datin Sri Shahida melahirkan Yusoff Al-Qardawi di laman Instagramnya.
Dengan kapsyen yang ditulis ..pengorbanan wanita sungguh hebat..setuju tak?????
ketika ini sy berada bersama dia dan sy rasa pengorbanan melahirkan amat bemakna dan sukar utk diungkapkan ketika moment ini berlaku.. semoga anak ini @yusoffalqardawi menjadi anak yg soleh dan pengikat ikatan kita supaya lebih menyayangi antra satu sama lain..walapun berbagai dugaan hampir 12tahun kita hidup bersama.. and ill always with u.. i love u syg @shahidadherbs forever jelas membuktikan jutawan ini sangat-sangat menghargai dan mengagumi wanita bergelar ibu.
Sokongan yang diberikan kepada Shahida dengan cara memegang erat tangannya serta tidak putus memberikan kata-kata semangat benar-benar membuatkan ramai netizen tersentuh hati.
Pastinya perkongsian video tersebut membuatkan ramai ibu yang berpengalaman melalui saat genting melahirkan anak rasa terharu dan sebak kerana mengimbas kembali memori masing-masing.
Bahkan ada yang tag anak masing-masing kerana ingin anak-anak melihat bagaimana kepayahan ibu melahirkan seorang anak ke dunia supaya anak-anak lebih menyayangi, menghormati dan menghargai wanita bergelar ibu.
Tak kira sama ada ibu bagi anak minum susu formula atau susu ibu, penggunaan botol susu memang tak boleh dielakkan. Bila sudah menggunakan botol susu pastilah ia perlu dicuci dengan betul.
Tahukah ibu semua, kalau botol susu tidak dicuci betul ia boleh membiakkan bakteria yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti sakit perut atau gastroenteritis. Ia sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa anak anda. Jangan main-main ya!
Jadi, ibu dan ayah jangan malas mencuci botol susu anak. Jangan disebabkan hendak cepat, anda hanya cuci botol susu dengan air paip sahaja. Pastikan ia betul-betul dicuci bersih menggunakan peralatan yang bersesuaian.Kemudian jangan malas untuk mensterilkan kesemua peralatan sebelum digunakan.
Peraturan ini mesti dipatuhi selagi anda memberikan anak susu menggunakan botol. Pada akhir penyusuan, bilas botol dan puting susu dan ketepikan.
Cara betul membasuh botol susu anak
1. Letakkan semua botol, puting susu, penutup, gegelang penahan, cakera yang telah dibilas ke dalam air sabun panas. Basuh dengan sempurna supaya kesan susu ditanggalkan. Lakukan proses ini secepat mungkin selepas penyusuan, sebelum susu boleh mengering.
2. Gosok bahagian dalam botol tersebut dengan berus botol untuk mengasingkan semua kesan susu. Gosok dengan cermat di sekeliling leher botol serta jalur skrunya. Hati-hati ketika mencuci puting susu untuk memastikan semua ketulan susu betul-betul tanggal.
3. Sapukan garam di bahagian dalam puting susu dan gerakkan ke sekeliling dengan cara memicit dan mengurut hujungnya. Cara ini membantu mengikis dan mengasingkan kesan susu.
4. Bilas botol, puting susu dan peralatan lain dengan sempurna di bawah air yang mengalir. Anda juga boleh gunakan pin untuk membersihkan lubang-lubang pada puting susu.
5. Periksa puting dan botol dengan baik dan buangkan ia jika sudah retak, rekah dan pecah. Bakteria boleh membiak di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup walaupun sudah melalui proses penbersihan dan pensterilan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah scoliosis kanak-kanak ini jarang disedari oleh ibu ayah pada peringkat awal.
Namun ibu dan ayah boleh menilai beberapa tanda penting pada anak di rumah. Jangan terlepas pandang kerana pengesanan awal boleh memberi perbezaan besar terhadap rawatan dan perkembangan anak pada masa hadapan.
Scoliosis adalah keadaan di mana tulang belakang membengkok ke sisi secara tidak normal, sering kali membentuk huruf C atau S. Keadaan ini boleh berlaku secara perlahan-lahan tanpa sebarang simptom yang jelas, menyebabkan ramai ibu bapa tidak menyedari perubahan yang sedang berlaku pada tubuh anak mereka.
Dalam banyak kes, masalah ini hanya dikesan apabila ketidakseimbangan pada badan menjadi lebih ketara. Apabila keadaan sudah semakin serius, pilihan rawatan mungkin menjadi lebih kompleks berbanding jika ia dikenal pasti lebih awal.
Oleh sebab itu, pemerhatian ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mengesan perubahan pada bentuk badan dan postur anak.
Jangan risau kerana terdapat pemeriksaan mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah sebagai langkah awal mengenal pasti kemungkinan berlakunya scoliosis.
Minta anak berdiri tegak dan kemudian membongkok ke hadapan seolah-olah ingin menyentuh jari kaki. Lakukan pemerhatian dari bahagian belakang badan anak.
Perhatikan sama ada terdapat keadaan berikut:
Jika salah satu atau beberapa tanda ini dapat dilihat secara konsisten, ia mungkin merupakan petunjuk awal yang memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor.
Salah satu cabaran utama ialah keadaan ini sering berkembang secara perlahan. Anak mungkin tidak mengadu sakit atau mengalami gangguan yang ketara dalam aktiviti harian mereka.
Tambahan pula, perubahan pada bentuk badan biasanya berlaku sedikit demi sedikit. Disebabkan itu, ibu bapa yang melihat anak setiap hari mungkin tidak menyedari perbezaan yang sedang berlaku.
Ada juga keadaan di mana anak masih aktif bersukan, berlari dan bermain seperti biasa walaupun lengkungan tulang belakang sedang berkembang. Ini menyebabkan ramai menganggap semuanya berada dalam keadaan normal.
Jika ibu ayah mengesan sebarang ketidakseimbangan pada bahu, pinggul atau bentuk belakang anak, sebaiknya dapatkan pemeriksaan profesional secepat mungkin.
Doktor biasanya akan melakukan pemeriksaan fizikal dan jika perlu, ujian pengimejan seperti X-ray akan digunakan untuk menentukan tahap lengkungan tulang belakang dengan lebih tepat.
Pemeriksaan awal bukan bermaksud keadaan anak pasti serius. Sebaliknya, ia membantu memastikan sebarang perubahan dapat dipantau sebelum menjadi lebih teruk.
Menurut pakar kesihatan, rawatan bergantung kepada tahap keterukan keadaan dan usia anak. Setiap kes adalah berbeza dan memerlukan penilaian individu.
Antara pilihan rawatan yang biasa dilakukan termasuk:
Ramai ibu bapa berasa bimbang apabila mendengar diagnosis ini. Walau bagaimanapun, tidak semua kes memerlukan pembedahan. Dalam sesetengah keadaan, pemantauan berkala sahaja sudah memadai.
Lebih awal masalah ini dikenal pasti, lebih besar peluang untuk mengawal perkembangannya dan mengurangkan risiko komplikasi jangka panjang.
Pengesanan awal juga memberi ruang kepada doktor untuk memilih pendekatan rawatan yang paling sesuai berdasarkan keadaan anak. Ini boleh membantu mengekalkan kualiti hidup yang baik serta mengelakkan perubahan bentuk badan yang lebih ketara pada masa hadapan.
Jangan panik jika anda mengesyaki anak mempunyai tanda-tanda awal keadaan ini. Langkah terbaik ialah mendapatkan penilaian profesional dan mengikuti nasihat pakar kesihatan.
Kadang-kadang hanya pemantauan diperlukan. Kadang-kadang alat sokongan boleh membantu. Yang penting, jangan tunggu sehingga keadaan menjadi semakin teruk. Satu pemerhatian kecil hari ini mungkin memberi kesan besar kepada kesihatan dan masa depan anak pada masa akan datang.
Masih dalam pandemik Covid-19 dengan kemunculan banyak varian baru yang senang menjangkiti orang ramai, pastinya buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil bimbang tentang keselamatan dan kesihatan anak.
Namun ramai juga ibu bapa yang masih berkira-kira sama ada mahu atau tidak mengambil vaksin Covid-19 untuk si kecil memandangkan kesannya pada sesetengah orang dewasa yang agak teruk dan merisaukan.
Pada Januari, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan sistem tempahan janji temu pemberian vaksinasi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mula dibuka pada 1 Feb 2022.
Melalui perkongsian Dr Tengku Ezulia di akaun Instagramnya, dia menyatakan kerisauan dan pendapatnya tentang vaksinasi untuk kanak-kanak yang masih kecil. Tambahnya juga dengan kemunculan gelombang Omicron dia risau akan kesan pada kanak-kanak yang tidak divaksin dan dijangkiti virus Covid-19.
Dalam hantaran tersebut juga, Dr Tengku Ezulia turut berkongsi tentang pengalaman seorang ibu yang mana anaknya pernah dijangkiti virus merbahaya ini.
Persoalan yg ramai parents tgh pening skrg. Ramai yg dah ambil vaksin Covid19 utk diri sendiri, siap ambil booster lg. Tapi takut nak vaksin anak2. Yes, I understand. Sbb orang dewasa pun lepas vaksin demam, sakit bengkak tangan etc. So I get your concern… takut nanti anak2 yg tgh sihat tetiba plak tak sihat lepas vaksin.
We are expecting the Omicron wave to surge relentlessly in coming days. Oleh sebab infective rate Omicron ni tinggi, lebih ramai yg akan dapat jangkitan Omicron ni. Org yg dah vaksin akan dpt flu-like symptoms dan sembuh selepas bbrp hari. Tapi the collateral damage is to the unvaccinated people and to the children. When they get infected, they can get serious infection and complications.
So, patut tak korang vaksin kan anak2? It’s up to you. Tapi kalau anak saya, mmg saya akan vaksin.
Sebab:
1. Kanak2 boleh mengalami komplikasi seperti Multisystem Inflammatory Syndrome (MIS-C) sampai memerlukan rawatan di ICU atau komplikasi jangka panjang.
2. Virus ini boleh menyebabkan kematian pada kanak-kanak.
3. Kesian kanak2 terlepas sekolah, peluang belajar dan bermain dgn kanak2 lain.
Takut komplikasi vaksin, apa yang anda boleh buat?
1. Monitor symptoms anak2 selepas vaksin
2. KEBANYAKAN:
Kanak2 mungkin mengalami kesan sampingan yang lebih kurang dengan selepas vaksinasi rutin lain. Ini tanda biasa bahawa tubuh mereka sedang membina immuniti badan. Kesan sampingan akan hilang dalam beberapa hari.
3. JARANG2 BERLAKU:
Situasi yang jarang berlaku, vaksinasi Covid19 mungkin mengakibatkan kesan sampingan yang lebih serius, seperti tindak balas alahan yang teruk atau miokarditis dan perikarditis (keradangan otot jantung). Jadi sebab itu kena monitor symptoms anak2 dan cepat2 dapatkan rawatan.
Yang penting, ingat ni:
MITOS: Kanak2 tidak dpt jangkitan Covid19 yang teruk, jadi nak vaksin tidak berbaloi dgn risikonya.
FAKTA: Faedah vaksin Covid19 untuk kanak2 melebihi risiko vaksin. (risk vs benefit: The benefits of Covid19 vaccination for children outweigh the known and potential risks)
Last sekali, korang as parents decide lah yang terbaik utk anak2 sendiri.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!