Amylea Azizan Akui Hidup ‘PJJ’ Tak Mudah, Percaya Setiap Ujian Ada Hikmah
Setelah setahun melayari bahtera perkahwinan, Amylea Azizan berkongsi bahawa perkahwinan bukan hanya merubah status, tetapi turut memberi perubahan mendalam dari segi rohani. Menurut Amylea, selepas berkahwin, beliau merasakan dirinya lebih dekat dengan Tuhan. Setiap ujian dan cabaran yang dilalui bersama pasangan bukan sahaja menguatkan hubungan mereka, tetapi juga memperdalamkan keimanan dan kesyukuran terhadap segala nikmat. Perkahwinan memberi perspektif baru dalam hidupnya, menjadikan setiap langkah lebih bermakna dan penuh keberkatan.