Kepentingan Sensori Anak | Top Mom Influencer
Kehadiran Tuah Alam ibarat permata yang menyinari kehidupan Ezza Yusof dan suami tercinta, Remy Ishak. Setiap tawa, setiap tangisan Tuah membawa makna baru dalam perjalanan mereka sebagai ibu dan ayah. Dalam usaha memberikan yang terbaik, sejak awal usia lagi, Tuah telah dihantar ke pusat perkembangan bagi merangsang minda dan potensi dirinya. Jauh di lubuk hati, Ezza dan Remy hanya punya satu impian untuk membesarkan Tuah menjadi insan yang bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan penuh kasih sayang. Kerana bagi mereka, cinta kepada anak bukan sekadar menjaga, tetapi membimbing dan memberi yang terbaik demi masa depan yang lebih bermakna. Jangan lupa saksikan kisah hebat Ezza Yusof dan ibu-ibu inspirasi lain dalam program digital TOP MOM Influencer Pa&Ma sepanjang Mei 2025 sempena Hari Ibu, hanya di YouTube Channel Pa&Ma. #TopMomInfluencer #PaMaTopMom #HariIbu2025 #Ezza Yusof #TuahAlam #PerkembanganAnak #KekuatanSeorangIbu #RangsangMindaAnak #KasihTanpaSyarat #IbuLuarBiasa #YouTubePaMa