Keselamatan Anak Nombor Satu | Top Mom Influencer
Anak itu satu amanah! Itulah yang dipegang oleh pempengaruh, Saidatul Amin yang berkongsi sisi keibuannya dalam membesarkan dua anak lelakinya yang masih kecil. Biar nampak cukup lembut tutur katanya namun Saidatul rupanya seorang ibu yang cukup tegas lebih-lebih lagi dalam menjaga kesihatan dan keselamatan anak-anaknya. Penuh dengan ilmu, ibu muda yang punya aura tersendiri ini amat memastikan keselamatan anak-anaknya terjaga dengan begitu baik. Dari perkara kecil sampai besar, semua kena alert. Sebab bila jadi ibu, kita bukan sekadar menjaga, tapi melindungi! Ikuti perkongsian tip dan prinsip penting Saidatul dalam journey keibuannya. Jangan lupa saksikan kisah hebat Saidatul Amin dan ibu-ibu inspirasi lain dalam program digital TOP MOM Influencer Pa&Ma sepanjang Mei 2025 sempena Hari Ibu, hanya di YouTube Channel & Facebook Pa&Ma. #TopMomInfluencer #PaMaTopMomFluencer #SaidatulAmin #HariIbu2025