Majlis Penganugerahan Top Educator Pa&Ma 2025
Ads
Di tangan pendidik, benih ilmu disemai dengan sabar, dibimbing dengan kasih dan dibesarkan dengan harapan untuk masa depan yang lebih gemilang. Telah berlangsung Majlis Penganugerahan Top Educator Pa&Ma 2025 di Aurum Theatre, The Gardens Mall pada 10 Disember 2025 yang lalu bagi meraikan warga pendidik serta pengusaha taska dan tadika yang terus memartabatkan pendidikan dalam setiap fasa tumbesaran anak demi membina generasi dan masa depan yang cemerlang. Tahniah dan terima kasih kepada semua penerima Anugerah Top Educator Pa&Ma 2025 atas dedikasi, komitmen dan inspirasi yang diberikan. #TopEducatorPaMa2025 #pendidikananak #majalahpama

