Me-Time Mama | Top Mom Influencer
Setiap ibu pasti mendambakan untuk menjadi yang terbaik buat cahaya mata tercinta. Begitu jugalah dengan Leuniey Natasha, isteri kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek. Setiap hari, Leuniey berusaha sehabis baik demi memastikan ketiga-tiga anaknya menerima segala yang diperlukan bukan sekadar dari segi pendidikan, tetapi juga limpahan kasih sayang yang tiada penghujung. Walau apa pun cabaran yang mendatang tidak pernah lelah menguruskan anak-anak yang sedang membesar yang pastinya menuntut kesabaran yang tinggi. Dirinya sentiasa hadir memberikan sokongan dan menjadi tulang belakang kepada kejayaan anak-anak yang dicintainya sepenuh hati.
Jangan lupa saksikan kisah hebat Leuniey Natasha dan ibu-ibu inspirasi lain dalam program digital TOP MOM Influencer Pa&Ma sepanjang Mei 2025 sempena Hari Ibu, hanya di YouTube Channel Pa&Ma.