Momfluencer: Mencorak Keibubapaan Masa Kini | Borak Pa&Ma
Dalam era digital hari ini, momfluencer bukan sekadar berkongsi kisah kehidupan seharian, malah turut menjadi sumber inspirasi dan rujukan kepada ibu bapa dalam membesarkan anak-anak. Namun, sejauh mana pengaruh mereka mampu mencorak gaya keibubapaan masa kini?
Menerusi Borak Pa&Ma kali ini, kita akan mengupas topik Momfluencer: Mencorak Keibubapaan Masa Kini bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Perkongsian ini akan membincangkan peranan momfluencer dalam mempengaruhi cara didikan, perkongsian pengalaman keibubapaan serta kepentingan memilih kandungan digital yang positif demi kesejahteraan keluarga.
Ikuti perkongsian menarik bersama En. Md Noh Saiman, Ketua Penolong Pengarah, Unit Kaunseling & Intervensi LPPKN serta Eien Razak, Momfluencer.
#borakpama #lppkn #bulankeluargakebangsaan2026 #keibubapaan
