Rumah Harmoni, Asas Generasi Positif | Borak Pa&Ma
Rumah yang harmoni bukan sekadar tempat untuk berteduh, tetapi bermula dengan kasih sayang, komunikasi dan hubungan kekeluargaan yang positif.
Menerusi Borak Pa&Ma kali ini, kita akan mengupas topik Rumah Harmoni, Asas Generasi Positif bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Perkongsian ini akan membincangkan bagaimana peranan ibu bapa, keharmonian rumah tangga serta persekitaran keluarga yang sihat mampu membentuk emosi, sahsiah dan masa depan anak-anak.
Ikuti perkongsian menarik bersama Tn. Hj. Hushim Hj. Salleh, Pakar Motivasi & Kaunselor Kekeluargaan serta Pn. Ratna Safura Kamal Shari, Pegawai Psikologi LPPKN Negeri Selangor.
#borakpama #lppkn #bulankeluargakebangsaan2026 #keibubapaan
