Bayi yang baru dilahirkan memang fragile, sistem imun badan mereka masih lagi lemah. Sebab itulah bayi yang baru lahir memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk membantu mereka membesar dengan sihat. Pernahkah ibu-ibu baru terutamanya mendengar tentang Vitamin K dan apakah fungsinya untuk bayi anda yang baru dilahirkan?

Melalui perkongsian daripada laman Facebook Klinik Dr Asmah, menerangkan kepentingan Vitamin K ini untuk bayi yang baru dilahirkan. Rupanya ia amat penting dan sangat disyorkan kekurangan vitamin ini boleh mencengah pendarahan yang boleh menyebabkan maut.

Vitamin K Untuk Bayi? Doktor Terangkan Kepentingan & Fungsinya. Kekurangan Vitamin Ini Boleh Mudaratkan Bayi. Ibu Ayah Take Note!

Ibu Pasti Pernah Dengar Tentang Vitamin K, Namun Tahukah Anda Fungsinya Untuk Bayi?

Penting untuk membantu pembekuan darah, ternyata fungsi vitamin K bagi bayi baru lahir adalah sangat disyorkan.

Pada bayi baru lahir, vitamin K berfungsi bagi mencegah pendarahan yang boleh menyebabkan maut. Keadaan ini terjadi di beberapa bahagian tubuh, yang boleh juga terjadi pada otak bayi.

Pendarahan pada bahagian otak ini disebut haermorrhagic disease of the newborn (HDN) atau nama lainnya Vitamin K Deficiency Bleeding (VKBD) yang boleh menjadikan masalah pendarahan ke otak, yang mengakibatkan kerosakan otak, malah kematian!

Fungsi Vitamin K: Adakah Bayi Memerlukan Suntikan Vitamin K?

VKBD berisiko terjadi pada setiap bayi, melainkan suntikan vitamin k diberikan sebaiknya. Ini merupakan salah satu cara pencegahan terhadap pendarahan yang boleh menjurus kepada penyakit berbahaya.

IKLAN

Keadaan ini khususnya terjadi kepada bayi di bawah usia 6 bulan kerana bakteria di usus akan mula menghasilkan vitamin K sendiri hanya selepas bayi mula makan makanan pejal. Sehingga itu, bayi baru lahir masih berisiko dan tidak dapat membina antibodi sendiri bagi melawan VKBD.

Vitamin K Untuk Bayi? Doktor Terangkan Kepentingan & Fungsinya. Kekurangan Vitamin Ini Boleh Mudaratkan Bayi. Ibu Ayah Take Note!

Jangan risau ya ibu ayah, pemberian vitamin K ini selamat pada bayi. Melalui suntikan selepas bayi dilahirkan, si manja akan dilindungi selama berbulan-bulan.

Antara kaedah lain pemberian vitamin K adalah melalui oral atau mulut, namun kedua-dua kaedah harus diawasi jumlah dos yang perlu diberi.

Pada awalnya, terdapat beberapa tanggapan yang mengaitkan hubungan pemberian vitamin ini dengan penyakti kanser. Namun hasil kajian mendalam menunjukkan hal ini tidak terbukti, malah selamat diberikan kepada bayi.

IKLAN

Kenapa Bayi Mempunyai Kadar Vitamin K Rendah?

Bayi memiliki kadar vitamin K yang rendah dalam tubuh mereka kerana:
– Usus bayi masih belum boleh bekerja secara maksimum, penghasilan vitamin K oleh usus bayi juga belum boleh mencapai tahap maksima.
– Bayi tidak mendapatkan cukup vitamin K dari ibu mereka semasa kehamilan atau semasa penyusuan badan.

Bayi Yang Berisiko Mengalami VKDB

💜 Semua bayi yang baru lahir berisiko kerana memiliki kadar vitamin K yang rendah.
💜 Bayi pramatang.
💜 Keadaan bayi yang tidak sihat.
💜 Bayi yang lahir dari ibu yang menggunakan ubat-ubatan tertentu, seperti ubat anti-epilepsi, ubat cairkan darah atau sebarang ubat cuba hamil.
💜 Bayi yang dilahirkan dengan ventouse, forceps atau pembedahan caesar.

Fungsi Vitamin K: Dos Vitamin K Untuk Bayi

IKLAN

American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan Vitamin K diberikan kepada semua bayi yang baru lahir dos tunggal intramuskuler 0.5-1 mg. Cara termudah dan paling cepat untuk memberi bayi vitamin K adalah dengan melalui suntikan.

Namun, jika anda memilih untuk memberi vitamin K melalui oral, bayi sebaiknya mengikuti 3 prosedur dos berbeza seperti berikut:
🧡 Dos pertama sejurus selepas dilahirkan.
🧡 Pemberian dos ke-2 biasanya 3-5 hari kemudian.
🧡 Dos ke-3 diberi pada minggu ke-4, hanya sekiranya bayi minum susu ibu sepenuhnya. Bayi yang minum susu formula tidak perlu dos ke-3.
Jika bayi muntah dalam waktu satu jam setelah menelan vitamin K, bayi perlu diberi dos lain.

Vitamin K Untuk Bayi? Doktor Terangkan Kepentingan & Fungsinya. Kekurangan Vitamin Ini Boleh Mudaratkan Bayi. Ibu Ayah Take Note!

Keadaan Apa Yang Anda Perlu Risau?

Ada beberapa keadaan yang harus anda alert dan harus terus hubungi doktor sekiranya berlaku, seperti:
1. Bayi mengalami pendarahan atau lebam yang tidak dapat dijelaskan.
2. Ketika bayi berusia 3 minggu ke atas, ada tanda-tanda penyakit kuning (warna kuning pada kulit atau putih mata).
3. Bayi dengan masalah hati sangat berisiko, walaupun jika sudah mendapatkan vitamin K.

Inilah fungsi vitamin K dan kepentingannya ya ibu ayah. Jangan lupa tanya doktor berhubung jadual vaksin si manja ya!

Sumber: Klinik Dr. Asmah

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI