Wabak Influenza A kini makin menular di kalangan anak-anak kecil di tadika, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa. Menurut laporan Astro Awani, sebanyak 83 peratus kes dikesan di institusi pendidikan, dan 17 peratus daripadanya berlaku di tadika  tempat di mana anak-anak kecil mula belajar dan bersosial setiap hari.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak seawal tiga atau empat tahun, angka ini bukan sekadar statistik. Ia cukup untuk buat dada berdebar, sebab anak sekecil itu masih belum kuat sistem imun mereka. Bila satu anak dijangkiti, cepat saja berjangkit ke yang lain.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tanggungjawab mengekang wabak Influenza A bukan hanya di bahu pihak sekolah atau tadika, tapi perlu kerjasama penuh daripada ibu bapa.

Terkini: Wabak Influenza A Makin Menular Di Sekolah & Tadika, Ini Nasihat Menteri Kesihatan

Ads

“Sebanyak 65.8 peratus berlaku di sekolah, manakala 17 peratus di tadika. Kedua-duanya membentuk 83 peratus keseluruhan wabak Influenza A yang dikesan,” jelasnya.

Terkini: Wabak Influenza A Makin Menular Di Sekolah & Tadika, Ini Nasihat Menteri Kesihatan

“Saya ingin tekankan, bagi mengekang penularan jangkitan ini, ibu bapa perlu pastikan anak tidak mempunyai gejala influenza sebelum dihantar ke sekolah. Kalau sudah bergejala, tolonglah jangan hantar juga anak ke sekolah.”

Menurut beliau lagi, pihak guru dan pengurusan tadika juga perlu lebih peka dan memainkan peranan dalam kawalan awal. Anak yang kelihatan lesu, batuk, atau demam seharusnya tidak dibenarkan masuk ke kelas, sebaliknya dirujuk kepada klinik dan berehat di rumah.

Langkah Kawalan Awal di Tadika

Terkini: Wabak Influenza A Makin Menular Di Sekolah & Tadika, Ini Nasihat Menteri Kesihatan

Ads

Dr. Dzulkefly turut menasihatkan supaya setiap tadika melaporkan segera sebarang kes jangkitan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) supaya tindakan pencegahan boleh dilakukan dengan pantas.

“Jika penularan terhad kepada kumpulan tertentu, langkah kawalan hendaklah difokuskan kepada kumpulan tersebut. Tapi jika merebak luas, tadika boleh menimbang penutupan sementara dengan nasihat PKD,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa dua kes kematian kanak-kanak positif Influenza A sedang disiasat untuk menentukan punca sebenar.

Ads

“Kedua-dua kes melibatkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Samarahan dan seorang lagi berusia 11 tahun di Terengganu. Namun, punca kematian sebenar masih disemak bagi menentukan sama ada Influenza A penyebab utama atau sebaliknya,” tambah beliau.

Langkah Pencegahan Influenza A di Rumah dan Tadika

  • Pastikan anak yang demam, batuk atau selesema tidak dihantar ke sekolah atau tadika.
  • Galakkan anak mencuci tangan dengan sabun atau sanitizer dengan kerap.
  • Bersihkan peralatan dan mainan yang digunakan bersama secara rutin.
  • Pastikan anak mendapat rehat dan nutrisi mencukupi untuk tingkatkan imuniti.
  • Segera bawa anak berjumpa doktor jika gejala berpanjangan atau demam tinggi.

Bila dengar berita begini, hati mana yang tak risau? Anak kecil yang baru belajar pegang pensel, baru pandai sebut nama kawan, tiba-tiba diserang demam tinggi dan batuk tak berhenti.

Sebab itu, ibu ayah kena jadi benteng pertama  kalau anak tak sihat, rehatkan di rumah dulu. Lindungi bukan saja anak sendiri, tapi juga anak-anak lain di tadika.

Sumber: Astro Awani

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads