Wad Paediatrik Hospital Selayang Ditutup Sementara. Dua Kakitangan Positif COVID-19

Share

Barisan hadapan yang berkhidmat untuk memerangi virus COVID-19 juga manusia biasa. Sudah terdapat kes di mana mereka juga dijangkiti virus ini.

Terbaharu, dilaporkan dua kakitangan di wad paediatrik Hospital Selayang telah dijangkiti dan kini jabatan tersebut terpaksa ditutup.

Berikut laporan berita dari Astro Awani:

Semua wad Jabatan Paediatrik Hospital Selayang terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas dua kakitangan jabatan tersebut disahkan positif COVID-19.

Pengarah Hospital Selayang, Dr Sakinah Alwi dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baru ke semua wad Paediatrik.

“Dukacita dimaklumkan terdapat dua kakitangan dari Jabatan Paediatrik Hospital Selayang disahkan positif COVID-19 dan siasatan lanjut masih berjalan.

“Kami tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baru ke semua wad dan pesakit sedia ada tidak dibenarkan pulang sehingga siasatan lanjut dari pihak kami selesai.

“Pihak Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang juga diminta triaging away semua kes paediatrik ke hospital lain,” jelasnya.

IKLAN