Berapa ramaikah antara kita yang memiliki beberapa papan pemotong dengan tujuan khusus di rumah? Kami yakin bahawa hampir kesemua daripada kita menggunakan papan yang sama untuk pelbagai tujuan. Tetapi tahukah anda bahawa, tabiat seperti ini menyebabkan papan anda berada dalam keadaan yang tidak bersih dan merisikokan kesihatan anda?
Dua papan pemotong?
Dalam satu tinjauan yang dijalankan di United Kingdom, 40% daripada lebih 2,000 individu menggunakan papan pemotong yang sama untuk tujuan memotong daging dan juga sayur. Jumlah ini mungkin berbeza dan jauh lebih tinggi bagi penduduk di Malaysia kerana kita juga memiliki tabiat seperti itu. Mulai hari ini, anda disarankan untuk memiliki sekurang-kurangnya dua papan khas; satu untuk bahan basah dan satu lagi untuk bahan kering dan makanan dimasak.
Mengapa perlu begini? Untuk pengetahuan anda, daging atau ayam mentah boleh meninggalkan bakteria salmonella dan campylobacter pada papan pemotong dan boleh menyebabkan keracunan makanan. Bayangkan jika anda menggunakan papan yang sama untuk memotong murtabak yang dibeli di pasar malam atau mengupas buah epal. Bakteria penyebab keracunan makanan ini boleh berpindah ke makanan yang sedia dimakan dan mencemarkannya dengan lebih mudah.
Dalam satu kajian lain juga menyatakan, papan ini memiliki kekotoran sebanyak 200 kali ganda berbanding tempat duduk tandas. Ingin tahu sebanyak mana kekotoran tersebut? Papan pemotong memiliki jumlah bakteria sebanyak 24,250 bagi setiap sentimeter persegi.
Ads
5 tip mudah pastikan kebersihan papan pemotong anda
#1. Basuh sebelum guna
Anda mungkin tidak pasti apa yang telah berada pada permukaan papan pemotong sebelum anda menggunakannya. Oleh itu, cuci dahulu dan lap dengan kering sebelum menggunakannya terutama jika anda memotong sesuatu yang sedia dimakan seperti roti, sandwic dan murtabak.
#2. Jangan lap sahaja, basuh
Ada sesetengah individu yang gemar untuk mengelapa sahaja permukaan papan tersebut tanpa membasuhnya untuk kegunaan lain. Ini sangat membahayakan kesihatan anda. Kajian menyatakan kain lap dapur merupakan antara objek yang paling kotor di dalam rumah anda. Oleh itu, elakkan daripada mengelap tanpa membasuh terlebih dahulu.
Ads
#3. Gunakan sabun pencuci
Tidak cukup dengan hanya siraman air, anda juga perlu mencuci dengan menggunakan sabun pencuci. Sabun pencuci membantu membasmi kuman yang terdapat pada papan pemotong anda.
#4. Gunakan papan pemotong berasingan
Ini mungkin langkah yang paling penting. Sediakan papan yang berlainan untuk tujuan berbeza. Satu papan untuk pemotongan bahan mentah seperti ikan, ayam dan daging. Satu papan lain digunakan untuk memotong sayur dan buah. Manakala satu papan lain pula untuk tujuan pemotongan bahan makanan bermasak.
Ads
#5. Tukar papan pemotong anda
Ini mungkin antara yang paling sukar untuk dibuat, dengan alasan untuk tidak membazir. Tahukah anda, papan pemotong yang telah mempunyai rekahan atau calar lebih mudah dicemari dengan bakteria. Bakteria bersembunyi didalam rekahan dan calar yang ada pada papan tersebut. Oleh itu, tukar papan anda sekiranya sudah mula bertukar warna atau bercalar dengan banyak.
Jangan tunggu sehingga papan anda berwarna hitam atau merekah untuk anda mula menukarnya dengan yang lain. Ada yang lebih dahsyat, mereka masih tidak menukar papan pemotong walaupun ia telah terbelah dua. Hebat bukan?
Bukan mudah untuk ibu yang bekerjaya mencari pengasuh untuk anak-anak mereka. Dilema yang terbesar yang terpaksa dilalui dalam hidup apabila terpaksa meninggalkan anak dalam jagaan orang lain. Tersilap memilih padah akibatnya, hanya mampu berdoa semoga anak-anak dibawah jagaan mereka dilindungi.
Hak sebagai ibu untuk memilih yang terbaik untuk anak mereka. Namun, ibu ini dikecam hebat oleh netizen dengan ayat-ayat yang melampau apabila beliau memuatnaik status berkenaan ciri-ciri pengasuh yang dicari, tetapi ada juga yang menyokong kerana memahami apa yang ibu ini inginkan. Ikuti perkongsian ibu ini;
I’ve been thinking a lot before decided to write about this.. it is time for me to say something about this matter…
Inilah dilema terbesar seorang wanita bergelar ibu yang mempunyai kerjaya… Antara ANAK dan KERJAYA yang mana menjadi pilihan dan keutamaannya… Tolonglah faham semua ibu memang akan memilih anak berbanding kerjaya tapi dalam keadaan ekonomi sekarang ni, i need to do something too for my family especially my baby..
Suami mampu sediakan semuanya cukup untuk kami sekeluarga but i have spent 24k to get my degree so that one day i can work and help him to build our family lagi2 dengan hidup di bandar yang sersa serbi nya mahal… semua ibu juga mahu dan mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka so i know i have to do something for her future…and trust me it is not an easy decision.. pergi kerja otak asyik pikirkan anak… Mesej pengasuh dia berkali2 tanya update pasal anak.. nasib baiklah pengasuh memahami.
Kadang otak memang sampai tak boleh focus kerja asyik fikir anak kena tengok gambar and video anak lepaskan rindu dulu baru boleh sambung kerja.. baru beberapa jam anak tak ada depan mata dan rindu…. First week hantar anak ke pengasuh she rejected bottle… Tghari during lunch hour berkejar ke tempat pengasuh susukan anak.. balik office menangis2 fikirkan anak.. syukur sangat dapat pengasuh yang sangat baik dan memahami yg sentiasa pujuk dan ikhtiar bg sofea minum susu.. lastly dia minum juga walaupun ambil masa.
Bila hantar anak ke pengasuh setiap hari i will apology to her.. ” sorry sofea mummy kena pergi kerja.. please be a nice girl “… Balik kerja sharp on time pukul 6 ptg (before this sgt jarang balik on time kadang sampai 8 malam baru balik) terus balik rumah sebab nak ambil anak.. kadang kerja tak habis lagi so balik rumah malam on lappy sambung kerja semula lepas anak tidur.. tak kisah asalkan anak dah depan mata…
Pernah terfikir untuk berhenti kerja dan jadi fulltime housewife.. tapi kami tak akan mampu sediakan yang terbaik untuk anak kami.. dari rumah aparment kos sederhana kami berpindah ke rumah teres to give her a better environment for her development.. we have so many plans for her future and we have to prepare her for the ‘WAR’ that might come after she graduated one day.. the competition will be very high so in order to have something extra we need to work extra too so that we can give her the best education, the best environment, the best in everything… SEBAB KAMI SAYANG ANAK KAMI… Janganlah anggap yang ibu2 bekerja ni hanya fikirkan kerjaya supaya ada duit sendiri untuk shopping etc because in our mind cuma anak dan keluarga kami…. ada lebih baru fikir diri sendiri…
Cabaran terbesar bila bekerja ialah mencari pengasuh untuk menjaga anak kita… Dengan macam2 kes yang berlaku sekarang… Tiap hari lepas solat akan minta ” Ya Allah lindungilah anakku.. lindungilah anakku.. lindungilah anakku…” Mencari orang yang ikhlas menjaga anak kita bukan atas dasar duit semata-mata trust me it is not easy.. sebulan mencari akhirnya dapat juga.. Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan… Tapi sebelum dapat pengasuh ni banyak yang berlaku.. sedih dengan mentaliti sesetengah masyarakat yang MATA DUITAN… Sorry to say tapi sebab inilah orang2 macam ini tak maju… I didn’t mention how much i am going to pay to take care of my baby.. dah tertulis harga boleh dirunding asalkan memenuhi kriteria diberikan.. tapi lihatlah sendiri reaksi yang diberikan.. andai kata diletakkan bayaran RM 1.5k di post pasti semua komen murni2 aje.
Dari sini kita dah boleh nilai bezanya orang yang ikhlas akan menjaga anak kita atau hanya kerana duit semata2… I post it here supaya boleh menjadi pengajaran buat yang lain juga bukan niat nak memburukkan sesiapa.
1) bebas rokok Keluarga saya dan keluarga mentua tiada yang merokok.. kami tidak dibesarkan dalam suasana ada orang merokok jadi kami sangat sensitif dengan rokok.. dan kami mahu besarkan anak kami dalam keadaan yang sama demi kesihatannya..
2) bebas kucing I am a cat lover… But i am allergic to cat.. same goes to my husband.. kami berdua allergic kucing..
3) menjaga anak kami seorang atau MAX 2 orang only Hanya yang menjadi ibu atau yang pernah mengasuh tahu dan paham penatnya melayan ragam budak2 ini.. sebab itu ada pengasuh yang hanya menjaga seorang anak asuhan atau Max 2 orang dan orang inilah yang kami cari.. mereka menjaga sikit budak bukan atas dasar duit tapi atas dasar rindu kemeriahan rumah dengan budak2.. anak2 dah besar masing2 dah keluar rumah sunyi tak ada peneman jadi ada yang menjadi pengasuh supaya ada anak2 kecil sebagai peneman di rumah untuk mengisi kesunyian di hati… dan alhamdulillah kami berjaya dapat seorang yang memenuhi semua kriteria diminta…. Syukur tak terhingga…
” Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami dalam menjaga amanahmu ini.. Kau lindungilah anakku dari orang2 yang zalim.. Kau limpahkanlah anakku dengan kasih sayang di dalam hidupnya.. Semoga anakku membesar menjadi seorang yang mendengar kata dan sentiasa mentaati perintahmu.. Amin…”
Dear my precious daughter one day if you ever read this i want you to know that what ever mummy and daddy do it is for you and your future so thay we can provide the best for you.
Antara kecaman yang beliau terima
Namun, ada antara netizen yang memahami apa yang ibu ini perlukan, mereka turut mencadangkan nama pengasuh yang bagus untuk ibu ini.
Anak-anak zaman sekarang memang cukup liat kalau disuruh tidur. Kebanyakkannya ralit mengadap gajet. Cukup masa ibu-ibu akan ajak masuk tidur tapi mungkin ramai yang tak tahu bila ditinggalkan mata mereka masih membuntang segar.
Bila tak dipantau memang lambat tidur anak-anak. Maka kesannya juga pada ibu-ibu yang juga akan lewat tidurnya. Sudahlah perlu bangun seawal pagi menguruskan urusan anak-anak dan rumahtangga yang lain. Pastinya ia akan memenatkan dan waktu tidur yang berkualiti juga tiada.
Perkongsian oleh Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan dan Tidur Bayi tentang pengalamannya sendiri dalam membentuk rutin tidur anak-anak cukup menarik.
Bermula daripada pemerhatian seterusnya ia dijadikan amalan buat ibu kepada 2 orang anak ini yang mana hasilnya membuatkan anak-anaknya cukup teruja bila tiba waktu untuk tidur.
Sebelum saya berkahwin dan berkeluarga, saya sangat tertarik melihat ritual tidur kakak saya bernama anaknya. Setiap kali tiba waktu tidur, kakak saya akan berbaring di sebelah anaknya dan mereka akan membaca buku bersama-sama.
Kakak saya merupakan seorang penjawat awam. Ia bermaksud, ritual tidur tersebut hanya dapat mereka lakukan sebelum waktu tidur malam dan pada hujung minggu sahaja. Maka di mata saya pada ketika itu, ritual tersebut bagai satu momen bonding ibu-anak yang istimewa. Saya teringat suka mengintai gelagat mereka: anak saudara saya tergelak mendengar suara kakak saya meniru karektor watak dan sekali-sekala sempat kakak menyelitkan nasihat atau moral cerita kepada anaknya.
Saya berazam untuk mempunyai ritual yang sama jika punya anak nanti.
*** Masa berlalu. Saya akhirnya menjadi seorang ibu berkerjaya dengan 2 orang anak kecil dengan jarak usia tak sampai 2 tahun.
Kemuncak huru-hara hidup saya ialah ketika anak 1 & 3 tahun masing-masing. Anak-anak yang sedang lasak, tekanan kerja, urusan rumah dan ‘nature’ kerja suami yang kerap balik lewat malam…
Saya terpaksa memikul kebanyakkan tugas menjaga anak secara sendirian
Seringkali saya tiba di rumah seorang diri bersama 2 anak kecil selepas waktu Maghrib, berkejar untuk solat, menyiapkan makanan, menyuap anak-anak dan mengemas dapur yang menyaksikan seringkali saya masih berbaju kerja ketika jam menginjak 10 malam.
Ketika saya sudah sangat keletihan dan mahu tidur, drama menidurkan anak-anak yang masih berlari-lari, bergusti sesama sendiri, bermain ipad, menonton TV atau melompat di katil akan berlanjutan sehingga jam 12 malam atau lebih. Bagai ‘tak nak tidur’ gayanya. Penat memarahi dan mengarahkan keduanya berbaring, itu pun mereka masih akan tergelak-gelak mengusik sesama sendiri di atas katil.
Saya tidur hanya beberapa jam pada setiap malam sebelum perlu bangun selewatnya pada jam 5.15 pagi setiap pagi, membawa anak-anak yang masih tidur meredah lebuh raya untuk di hantar ke rumah ibu saya.
Saya sangat terdesak mahu drama ‘tak nak tidur anak’ berakhir. Saya membuat kira- kira, jika anak-anak masuk tidur selewatnya jam 10.30 – 11 malam , maka saya bakal menikmati tidur 6-7 jam berbanding situasi semasa yang hanya sekitar 5 jam tidur malam. Mujur isu mengempeng anak sulung telah lama selesai. Jika tidak, pasti keadaan saya lebih parah.
Saya mula mencari ilmu mengenai tidur anak kecil. Dipendekkan cerita, saya sedar saya tidak mengamalkan 2 perkara penting ini kepada anak- anak:
1. Tiada disiplin jadual tidur:
Pada ketika itu, saya adalah ibu yang SALAH meletakkan keutamaan tugas. Saya mensasarkan untuk selesaikan kerja rumah terlebih dahulu, sebelum tugas menidurkan anak. Tambah ‘buruk’, saya membiarkan sikap ‘nak buat sampai siap’ menguasai diri. Misalnya, mesti nak cuci semua pinggan mangkuk dan kuali sehingga sink kosong, baru puas hati nak masuk tidur.
Maka, jika jam 10 malam selesai kemas, jam 10 lah baru nak tidurkan anak. Jika jam 11 malam baru selesai, maka jam 11 malam lah baru nak panggil anak masuk tidur..
Langsung tiada disiplin jadual tidur. Saya hanya guna kaedah ‘ kerja rumah dah selesai, barulah boleh masuk bilik tidurkan anak’.
Ini sangat silap. Dan sebenarnya, ia membuat saya makin sukar mahu menyelesaikan kerja rumah dengan cepat kerana dalam masa yang sama, asyik di ganggu kerenah anak-anak.
2. Tidak amalkan sleep routine.
Saya dahulu, seperti ramai ibubapa lain, hanya tahu: jika nak suruh anak tidur, suruh sajalah mereka masuk bilik. Bagi susu dan tutup lampu sajalah.
Sekali lagi saya silap.
Susu sudah habis. Lampu dah tutup, anak-anak tetap tergelak-gelak lari keluar -masuk bilik. Sudahnya, hampir setiap malam mereka di marahi oleh saya kerana ‘tak tidur- tidur’.
Anak kecil bukan macam orang dewasa. Mereka tak tahu bila perlu masuk tidur.
Mereka tak tahu bila perlu berhenti bermain.
Mereka tak tahu macam mana nak ‘paksa’ diri atau disiplinkan diri untuk masuk tidur pada jam sepatutnya……Anak kecil tidak tahu jadual, peraturan, batasan, kawalan diri dan had. Mereka mahu main, main, main, main, main dan main…
Ibubapa lah yang perlu BERITAHU, AJAR DAN INGATKAN tentang jadual dan peraturan.
⁉❓⁉❓ MAKA, BAGAIMANA SAYA SELESAIKAN MASALAH TAK NAK TIDUR ANAK-ANAK SAYA ❓⁉❓⁉
🔜🔜 Saya mulakan dengan UBAH SILAP DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU.
Walaupun SANGAT SUSAH pada awalnya untuk SAYA DISIPLINKAN DIRI SENDIRI agar BERHENTI dari membuat sebarang kerja dan tidurkan anak pada waktu yang sepatutnya, SAYA PAKSA DIRI SAYA.
Saya berlatih untuk ‘tutup mata’ dengan dapur yang berkecah dan sink yang penuh dengan pinggan kotor.
Pada hari pertama saya bertekad untuk berubah, tepat jam 9.45 malam, saya berhenti buat sebarang kerja dan mula panggil anak-anak masuk bilik untuk tidur.
DAN, saya beritahu mereka tentang sleep routine yang bakal saya jalankan.
” Ini susu Aydan dan Aydin. Mama bacakan book (saya tunjuk buku) sambil Aydan Aydin minum susu ok. Then kita brush teeth sama- sama. Lepas tu kita sleep “.
Anak-anak menjerit ; ” Yeayyyyy baca book! “.
SEJUJURNYA saya sangat terkejut dengan reaksi mereka. Saya TAK PERNAH TAHU DAN TAK PERNAH SANGKA yang mereka akan suka bila saya sebut ‘nak baca book’. Kasihan mereka!
Saya terus teringat janji saya pada diri sendiri untuk mempunyai ritual membaca buku sebelum tidur bersama anak seperti kakak saya. Anak sulung sudah pun 2 tahun…
Bagaimana saya boleh lupa dengan janji tersebut selama 2 tahun???
Maka kami bertiga baring bersama. Saya di tengah-tengah. Bersemangat saya membacakan buku dengan pelbagai intonasi. Kedua-dua anak baring elok di sebelah kiri dan kanan saya, minum susu sambil mendengar saya bercerita. Tak lama. Cuma 2 buku nipis yang selesai sekitar 10 minit.
Kemudian, saya ajak keduanya masuk ke tandas untuk memberus gigi. Saya minta mereka main ‘rock paper scissors’ untuk mendapat giliran berus gigi. Tergelak-gelak mereka.
Saya menyanyi lagu ” 1- 2 Buckle My Shoes, 3-4 Shut the Door, 5-6 Pick up Sticks, 7-8 Lay them Straight, 9-10 A Big Fat Hen! ” ketika memberuskan gigi setiap seorang. Lagi suka mereka.
“Jom baring! “.. Patuh keduanya panjat katil dan baring di kiri dan kanan saya. Terkejut saya. Mungkin kerana hati mereka gembira, mungkin kerana emosi mereka puas dapat ber ‘Me Time’ dengan mama mereka, maka mereka lebih mudah berkerjasama mendengar kata…?
Saya bacakan doa tidur dan nyanyi perlahan lagu tidur sambil menepuk lembut punggung kedua mereka.
Puff! Mereka terlelap begitu sahaja! Tiada drama. Tiada sebarang aksi hyper. Jumlah masa yang di ambil sejak masuk bilik ialah 30 minit! .
Saya sangka, saya mungkin cuma bernasib baik sahaja pada kali pertama. Namun hari-hari seterusnya ternyata ia berkesan bagai magik.
Oh tentulah sekali -sekala ada cabarannya. Maklumlah, anak kecil memang ‘nature’ nya sebagai ‘explorer’ akan sentiasa mencari jalan untuk mencuba pelbagai perkara baru yang menguji ibubapa.
Namun saya banyak belajar tip menggendali anak kecil untuk memperbaiki diri. Misalnya:
Jika anak tiba-tiba enggan berhenti bermain untuk mulakan sleep routine , maka ➡
Saya akan cadangkan agar kami bermain 1 atau 2 game ringkas sebelum tidur di atas katil sebagai bonus aktiviti sleep routine.
Misalnya, ‘ pillow fight’ atau ‘lawan gusti tangan’. Laju saja mereka bersetuju.
Jika anak-anak nampak berlengah-lengah nak masuk tidur, maka ➡ saya minta setiap seorang pilih buku cerita yang mereka mahu saya bacakan. Meminta anak kecil memilih buku cerita membuat mereka rasa penting kerana di benarkan terlibat dalam pembikinan sesuatu keputusan.
Jika anak mula saja nak uji kesabaran saya misalnya asyik meminta saya membaca buku lagi dan lagi dan lagi, maka saya akan mengambil jalan tengah. Saya ikut kemahuan mereka namun saya letakkan had. Misalnya,
” Ok fine. 1 more extra book then kita tidur. Dah lewat ni. Janji? ” Sambil buat isyarat jari. TEGAS namun lembut.
….Apa pun, sleep routine telah menjadi resipi rahsia saya ‘menarik hati ‘ anak suka masuk tidur sejak bertahun lamanya. Malah, ketika musim cuti sekolah di mana saya mengambil tugas ‘babysit’ anak saudara lelaki saya, saya TIDAK PERNAH GAGAL MEMBUAT KESEMUA TIGA ORANG KANAK-KANAK LELAKI ini tidur bila saya mahukan mereka tidur!
Rumah yang bising dengan kanak-kanak perlukan sedikit suasana tenang dan aman. Ibu yang keletihan mengurus rumah dan anak – anak juga perlu berehat walau sekejap.
Bagaimana ini boleh di capai jika anak-anak terus berkeliaran tanpa had, kawalan dan peraturan orang dewasa?
Doktor selebriti, Dr. Izzar Anwar berkongsi beberapa pesanan berkenaan penjagaan kesihatan buat semua masyarakat memandangkan sekarang ini merupakan musim hujan dan banjir.
Menurutnya, jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan jika terdapat sebarang gejala atau masalah kesihatan ketika musim banjir.
BANJIR & KESIHATAN
Mari doakan keselamatan dan kesihatan semua orang di Malaysia terutamanya yang sedang menghadapi musibah banjir sekarang. Banjir ni bukan sahaja merosakkan harta benda, tetapi ia juga memberi impak kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang. Tambah-tambah lagi kita tengah menghadapi cabaran COVID-19 sekarang ni.
Buat masa sekarang, tiada bukti lagi C-19 dapat merebak melalui air termasuk air banjir. Tetapi, terdapat penyakit-penyakit yang merbahaya semasa banjir yang disebabkan oleh air tercemar seperti demam typhoid, cholera, salmonella, e. coli dan macam-macam lagi. Ini kerana air banjir ni telah dicemari oleh najis/ kotoran dari pembentungan, loji kumbahan, dll. Makanan/minuman pun boleh tercemar kalau tak bersihkan betul-betul.
Antara gejala-gejala dari penyakit makanan /air tercemar adalah cirit-birit, demam muntah, demam, dan sakit kepala.
Oleh itu:
❌ Jangan biarkan anak-anak bermain dengan air banjir
🟢 Lindungi/utamakan golongan tua, kanak-kanak, & ibu mengandung
🟢 Makan makanan yang baru dimasak semasa masih panas. Minum air yang telah dimasak/ air botol. Elak makan makanan mentah.
🟢 Jaga kebersihan diri & persekitaran.Cuci tangan sentiasa, buang sampah dengan betul.
🟢 Jumpa doktor jika bergejala demam, cirit, muntah, sakit perut etc
🟢 Jaga kesihatan fizikal & mental diri serta keluarga.
🟢 Teruskan mengambil ubat sedia ada seperti ubat kencing manis, darah tinggi, dll (jika ada). Simpan dokumen perubatan (buku ubat, buku mengandung, buku vaksinasi anak)
🟢 Patuhi SOP
Semoga kita semua tapat mengharungi dugaan banjir serta COVID-19 ini dengan selamat. Allah selamatkan kita semua. Aminn
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!