
Bermain adalah perbuatan sukarela dan menyeronokkan bagi kanak-kanak. Bermain adalah sebahagian daripada aktiviti yang penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari bahasa dan pertuturan.
Kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan fikiran mereka sewaktu bermain. Kemahiran bermain merupakan sebahagian daripada kemahiran pra-pertuturan kanak-kanak.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah bermain:
- Kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental
- Kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal
- Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan
- Kanak-kanak yang mempunyai masalah persepsi
- Kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku
- Kanak-kanak yang kurang mendapat peluang untuk bermain
- Kanak-kanak yang mempunyai kelambatan pertuturan dan bahasa
Terdapat 3 jenis permainan:
- Permainan berfungsi
- Permainan membina
- Permainan olok-olok
Permainan Berfungsi
Kanak-kanak bermain permainan berfungsi dengan eksplorasi sesuatu objek. Antara contoh permainan berfungsi adalah seperti menarik, menggoyang atau mengetuk objek, memanjat dan berlari.
Permainan Membina
Kanak-kanak membina sesuatu dengan merancang menggunakan minda. Contoh permainan membina seperti membina istana pasir atau menyusun blok secara bertingkat. Kanak-kanak akan menggunakan minda mereka untuk bermain permainan ini.
Permainan Olok-olok
Bermain menggunakan imaginasi seperti memberikan anak patung makan dan minum atau bermain secara olok-olok seperti menjadi seorang doktor. Keupayaan untuk meniru, penggunaan motor sensori dan kemahiran kognitif adalah penting dalam permainan olok-olok.
Tips bermain bagi meransang pertuturan anak
Sewaktu bermain dengan anak anda, bercakaplah dengan mereka. Komunikasi sewaktu bermain dapat merangsang pertuturan dan bahasa anak anda. Gunakan bahasa yang mudah, intonasi suara yang menarik serta pilih permainan yang bersesuaian dengan umur mereka. Gunakan ruang yang sesuai untuk anda dan anak anda bermain. Anda juga boleh menarik minat mereka dengan mengajak mereka berbual semasa bermain.
Aktiviti bermain mestilah sesuai dengan perkembangan anak anda. Pilih permainan yang bersesuai dengan perkembangan anak. Permainan perlu diubahsuai jika perlu bagi kanak-kanak yang mengalami kelainan upaya.
Mainan atau barang-barang yang digunakan mestilah bersesuaian dengan umur mereka. Kenal pasti minat anak anda dan gunakan minat tersebut untuk menarik perhatian mereka bermain.
Arahan secara lisan mestilah sesuai dengan tahap pemahaman anak anda. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Proses mengajar dimulakan dengan perkara asas dan kemahiran yang baru perlu diperkenalkan secara berperingkat.
Model perbuatan yang hendak anda ajar. Jika anak anda mempunyai masalah untuk meniru perbuatan tersebut, beri bantuan secara fizikal. Sebagai contoh; pegang tangan mereka dan melambai ‘bye-bye’
Anak anda mungkin berasa kecewa jika waktu bermain terlalu singkat atau tempoh bermain yang terlalu lama juga boleh menyebabkan mereka berasa bosan. Rancang tempoh bermain yang sesuai dengan anak anda.
Kanak-kanak yang tidak mahu bermain akan ikut bermain jika mereka lihat anda seronok dengan aktiviti yang sedang anda lakukan. Beri ganjaran seperti pujian jika anak anda bermain sehingga habis sesuatu permainan.
Tunjukkan yang anda juga suka apabila anak anda bermain. Sewaktu bermain, galakkan anak anda bercakap tentang apa yang sedang anda berdua lakukan
Apabila kanak-kanak bosan dengan mainan mereka, anda boleh bermain mainan tersebut dengan cara yang lain seperti menyembunyikan mainan tersebut di dalam kotak untuk mendapatkan semula perhatian mereka.
Ingat, anak anda juga perlukan masa untuk bermain sendiri
Keselamatan sewaktu bermain adalah sangat penting. Pastikan kanak-kanak mendapat pengawasan semasa bermain, ruang bermain yang mencukupi dan peralatan yang selamat
Permainan yang sesuai mengikut umur
Sewaktu bermain dengan anak anda, pastikan mainan tersebut sesuai dengan umur mereka Berikut adalah cadangan permainan yang sesuai mengikut peringkat umur mereka.
UMUR JENIS-JENIS MAINAN
0-3 bulan – Mainan yang lembut, buku yang lembut, rattles lembut
3-6 bulan – Rattles yang ringan, buku kulit keras, mainan untuk menggigit, play mat
6-9 bulan – Buku, anak patung yang lembut, bola, blok berkayu atau blok lembut, mainan perkakas rumah
2-4 tahun – Permainan yang boleh ditarik atau ditolak, permaian yang boleh ditunggang, permainan aksi seperti buaian, terowong and gelongsor (taman permainan mini)
5-8 tahun – Permainan yang boleh dimanipulasi seperti permainan potong (cut game), mainan seni dan kraf tangan
Rujukan
Babycentre. 2011. Age-appropriate toys. Retrieved September 4, 2012 from http://www.babycenter.com/0_age-appropriate-toys_5.bc
Cooke, J & William, D. 1985. Working with Children’s Language. Bicester. Winslow Press
Pepper, J & Weitzman, E. 2004. It Takes Two to Talk. Canada. A Hanen Centre Publication
Kredit: MyHealth Portal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





Ramai ibu bapa menyalahkan gula setiap kali anak alami gigi berlubang. Tapi menurut Dr. Hafiz, bukan gula sahaja puncanya – malah nasi, roti dan biskut pun boleh menjadi penyebab jika ia melekat lama di gigi. Ajar anak untuk faham jenis makanan yang “melekat” dan bantu mereka faham kenapa perlu berkumur atau gosok gigi selepas makan. Didikan secara visual – tunjuk kesan makanan pada gigi menggunakan cermin atau kartun – boleh jadi sangat efektif.
Waktu malam ialah saat paling kritikal untuk anak berus gigi. Ibu bapa perlu pastikan gigi anak dibersihkan sebelum tidur kerana bakteria lebih aktif semasa mulut kering di waktu malam. Gunakan lagu pendek semasa berus gigi sebagai penanda waktu (contohnya “Twinkle Twinkle” atau cipta lagu sendiri!), dan wujudkan ‘ritual’ berus gigi bersama sebelum tidur supaya ia jadi kebiasaan positif yang menyeronokkan.
Dr. Hafiz menekankan pentingnya teknik memberus yang betul – bukan sekadar ‘sapu-sapu’ saja. Ibu bapa perlu tunjukkan cara betul kepada anak, termasuk berus permukaan lidah, gusi dan celah-celah gigi. Pilih berus gigi bersaiz sesuai dengan tangan dan mulut anak, serta ubat gigi dengan kandungan fluorida rendah. Tukar berus setiap tiga bulan dan jadikan ia momen seronok, contohnya dengan hadiah berus bergambar kartun kegemaran mereka!
Ramai ibu bapa risau bila nampak gigi anak agak kekuningan. Dr. Hafiz jelaskan, gigi yang sedikit kuning masih boleh dianggap sihat jika ia bersih dan tak berlubang. Yang penting ialah kebersihan, bukan warna semata-mata. Elakkan anak dari produk pemutih yang tak sesuai dan fokuskan pada rutin penjagaan gigi yang konsisten. Tanamkan dalam diri anak bahawa gigi bersih itu lebih penting dari gigi ‘putih macam iklan’.
