Jika anda sedang cuba untuk hamil (TTC – trying to conceive), pasti sudah biasa dengan pelbagai suplemen, diet dan cara kira waktu subur. Namun satu perkara yang sering terlepas pandang adalah masa tidur.

Menurut Dr. Raihana Ismail, pakar kesihatan wanita, waktu tidur yang betul sangat penting untuk kestabilan hormon wanita, termasuk hormon yang berkait rapat dengan kesuburan dan kitaran haid.

Waktu ‘Emas’ Hormon Subur Bekerja – Pakar Saran Waktu Tidur Terbaik Untuk Wanita TTC
Dr. Raihana Ismail, pakar kesihatan wanita

“Kalau mula tidur pukul 9 malam versus pukul 1 pagi, kesannya pada hormon tak sama langsung,” kata beliau dalam satu video edukasi ringkas di Instagram.

Waktu Tidur Penting Untuk Kesuburan

Tubuh wanita bekerja secara semula jadi mengikut ritma harian atau circadian rhythm. Hormon penting seperti melatonin, progesteron, estrogen dan kortisol dihasilkan dan dikawal oleh waktu tidur kita.

Jika kita tidur lewat, pengeluaran hormon ini terganggu. Akibatnya:

  • Kitaran haid jadi tak teratur

  • Ovulasi terganggu

  • Kesuburan merosot

  • Emosi tidak stabil

  • Risiko jerawat hormon & berat badan meningkat

Waktu ‘Emas’ Hormon Subur Bekerja – Pakar Saran Waktu Tidur Terbaik Untuk Wanita TTC

Waktu Tidur & Kesan Pada Hormon Wanita TTC

Berikut ialah penjelasan Dr. Raihana mengenai waktu tidur dan kesannya kepada kesihatan hormon wanita:

🕘 Jam 9 Malam – Zon Emas Hormon

✅ Tidur paling optimum untuk kesuburan
✅ Melatonin dilepaskan sepenuhnya
✅ Hormon progesteron stabil
✅ Badan sempat detox, kulit glowing

Ads

“Inilah waktu hormon subur bekerja paling aktif,” jelas Dr. Raihana.

🕙 Jam 10 Malam – Tidur Ideal

✅ Sesuai untuk wanita bekerja
✅ Masih sempat capai deep sleep
✅ Kortisol terkawal, mood stabil
✅ Bangun pagi rasa segar

🕚 Jam 11 Malam – Permulaan Gangguan Hormon

⚠️ Melatonin delay
⚠️ Deep sleep terganggu
⚠️ Period mula tidak konsisten
⚠️ Badan rasa letih walaupun cukup jam tidur

🕛 Jam 12 Malam – Tubuh Masuk Mod Bertahan

❌ Hati tidak sempat detox
❌ Kortisol mula meningkat
❌ Bangun pagi moody, muka kusam
❌ Hormon kesuburan menurun

Ads

🕐 Jam 1 Pagi – Rest Rosak, Hormon ‘Menangis’

🚨 Risiko PCOS meningkat
🚨 Period delay, TTC makin mencabar
🚨 Otak & rahim tak sempat pulih
🚨 Berat badan susah turun

Tip Untuk Tidur Awal & Berkualiti (Khas Untuk Wanita TTC)

🌙 Tetapkan waktu tidur & bangun yang konsisten
📴 Elakkan skrin telefon 1 jam sebelum tidur
🛏️ Cipta suasana bilik tidur yang gelap & nyaman
🥛 Ambil minuman suam seperti susu atau teh chamomile
📿 Amalkan zikir dan doa sebelum tidur

Tidur Awal, Hormon Stabil, Mudah Hamil

Tidur bukan sekadar rehat fizikal. Ia adalah waktu pemulihan hormon dalaman yang sangat penting untuk wanita, terutamanya yang sedang berusaha untuk hamil (TTC).

“Tidur awal adalah hadiah paling mudah untuk stabilkan hormon, naikkan kesuburan dan cantikkan kulit,” pesan Dr. Raihana.

Ads

Dengan disiplin waktu tidur yang betul – antara 9 hingga 10 malam – hormon wanita dapat bekerja dengan optimum. Kitaran haid lebih stabil, ovulasi lebih teratur dan emosi juga lebih tenang. Inilah waktu ‘emas’ yang ramai tidak sedar memberi impak besar kepada perjalanan TTC anda.

FAQ: Soalan Lazim Tentang Tidur & Kesuburan

1. Adakah tidur lewat menyebabkan haid tidak teratur?
Ya, tidur lewat boleh menjejaskan hormon yang mengawal kitaran haid seperti FSH dan LH.

2. Adakah tidur siang boleh ganti tidur malam?
Tidak. Tidur malam adalah waktu utama untuk pembaikan hormon dan sel.

3. Berapa jam tidur yang ideal untuk wanita TTC?
Antara 7–8 jam setiap malam, bermula selewat-lewatnya jam 10 malam.

Pa&Ma mendoakan semua wanita TTC dikurniakan rezeki zuriat yang dinanti. Mulakan dengan langkah kecil – jaga waktu tidur anda malam ini. 🌙💖

Sumber: Instagram @drraihanaismail

BACA LAGI : Susahnya Anak Nak Tidur, Mak Ayah Cuba Amalkan Bacakan Surah Ni!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads