Situasi ini pasti ramai ibu bapa pernah alami. Anak kecil meragam, tak mahu makan. Demi elak tangisan dan kekecohan, kita pun hulurkan telefon atau iPad, buka kartun kegemaran mereka. Ajaibnya, anak jadi tenang dan mula makan dengan mudah.
Namun, di sebalik kemudahan itu, ramai tidak sedar akan risiko yang datang perlahan-lahan. Makan sambil skrin bukan sekadar ‘jalan pintas’ untuk memudahkan proses makan, tetapi boleh menjadi tabiat yang menjejaskan kesihatan dan perkembangan anak dalam jangka panjang.
Kenapa Ia Berlaku?
Ada beberapa sebab kenapa penggunaan skrin ketika makan menjadi semakin biasa dalam kalangan ibu bapa dan penjaga:
1. Mahu cepat dan senang Dengan kehidupan yang sibuk, ibu bapa cenderung mencari penyelesaian pantas. Skrin dilihat sebagai alat yang ‘menenangkan’ anak agar makan lebih mudah.
2. Tekanan dan keletihan Mengurus anak yang meragam ketika makan memerlukan tenaga dan kesabaran. Skrin menjadi alat bantu untuk mengurangkan tekanan.
3. Pengaruh sekeliling Apabila melihat ibu bapa lain melakukan perkara sama, ia kelihatan seperti norma yang diterima masyarakat.
4. Kurang pendedahan tentang kesan jangka panjang Ramai tidak menyedari bahawa tindakan kecil ini boleh membawa kepada kebiasaan yang sukar diubah dan memberi kesan negatif kepada perkembangan anak.
Apa Keburukan Makan Sambil Skrin?
Perkara ini bukan sekadar tentang adab di meja makan, tetapi melibatkan aspek perkembangan emosi, sosial dan fizikal anak.
Ads
Mengganggu tumpuan terhadap makanan Anak makan tanpa menyedari apa yang mereka makan. Rasa, bau dan rupa makanan tidak dihargai. Mereka hanya makan kerana ‘disuap’ sambil menonton.
Otak tidak menerima isyarat kenyang dengan betul Apabila terlalu fokus pada skrin, otak anak tidak sedar bila perut sudah kenyang. Ini boleh membawa kepada pengambilan makanan berlebihan dan risiko obesiti.
Kehilangan peluang untuk interaksi sosial Waktu makan sepatutnya menjadi masa berkualiti bersama keluarga. Ia waktu terbaik untuk bersembang, bercerita dan membina hubungan. Jika skrin menguasai meja makan, peluang itu hilang.
Mewujudkan kebergantungan Anak akan terbiasa makan hanya jika ada skrin. Jika tidak diberi, mereka mungkin menolak makan, meragam atau enggan duduk di meja makan.
Menjejaskan kesihatan mata dan fokus Merenung skrin terlalu dekat dan terlalu lama boleh memberi kesan kepada mata anak serta kemampuan mereka untuk fokus dalam aktiviti lain.
Ads
Apa Yang Boleh Kita Buat Sebagai Ibu Bapa?
Mengubah tabiat ini tidak mudah, tetapi tidak mustahil. Ia perlukan kesabaran, konsistensi dan kreativiti.
1. Wujudkan zon bebas skrin ketika makan Tetapkan peraturan di rumah seperti “tiada telefon atau iPad di meja makan”. Biarlah semua ahli keluarga terlibat, bukan anak sahaja.
2. Libatkan anak dalam penyediaan makanan Bila anak tolong sediakan lauk, susun pinggan atau pilih buah, mereka akan lebih teruja untuk makan.
3. Jadikan waktu makan sebagai aktiviti menyeronokkan Bercerita, menyanyi bersama, atau main permainan ringkas seperti teka warna makanan. Ini bantu tarik minat anak tanpa perlu skrin.
Ads
4. Bina rutin tetap untuk waktu makan Anak-anak suka kepada struktur. Bila mereka tahu waktu makan adalah waktu bebas skrin, mereka akan terbiasa.
5. Beri penerangan ikut umur anak Terangkan dengan lembut kenapa makan sambil tengok skrin tak elok. Gunakan bahasa mudah dan pendekatan kasih sayang.
Peranan Kita: Cermin Kepada Anak
Ibu bapa adalah cermin kepada anak. Kalau kita sendiri makan sambil tengok telefon, bagaimana kita mahu anak lakukan sebaliknya? Oleh itu, ubahlah bermula dengan diri kita dahulu. Letakkan telefon ke tepi, beri perhatian penuh kepada anak semasa makan.
Anak belajar bukan hanya melalui arahan, tapi lebih banyak melalui pemerhatian.
Mulakan Hari Ini, Demi Esok Yang Lebih Baik
Tiada ibu bapa yang sempurna, dan tiada pendekatan yang seragam untuk semua anak. Tetapi langkah kecil hari ini, jika dilakukan secara konsisten, mampu mengubah banyak perkara dalam kehidupan anak kita.
Makan bersama, tanpa skrin, mungkin nampak remeh tetapi di situlah nilai, kasih sayang, dan kepercayaan dibina.
Mulakan perlahan-lahan. Mungkin tidak semua waktu makan, tetapi cukup satu sesi sehari yang bebas skrin. Dari situlah perubahan bermula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah jangan ambil mudah bab gigi anak. Bawa mereka buat pemeriksaan bila tiba masanya untuk elak masalah gigi rosak.
Kecuaian ibu ayah boleh menyebabkan mereka tidak mampu untuk makan/ mengunyah berkhasiat dengan baik dan keluar masuk hospital sebab sakit gigi.
Menjadi kewajipan ibu ayah untuk menunaikan hak anak-anak yang masih kecil. Mereka masih belum tahu melakukannya sendiri terutama sekali pemeriksaan gigi, Banyak kita lihat masalah berkaitan gigi anak, belum pun usia dua tahun gigi dah mula rongak gara-gara kurangnya kepekaan ibu bapa kepada pemeriksaan gigi anak. Sepatutnya sebelum usia 4 tahun, gigi anak sudah diperiksa 3 kali!
PEMERIKSAAN GIGI MENGIKUT TAHAP USIA
Banyak perkara berkenaan gigi anak yang akan diperiksa mengikut tahap usia. Ia telah tertulis di dalam buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak (0-6 tahun) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti;
Pada usia 0-9 bulan, bayi akan diperiksa sama ada menghisap susu botol, menghisap puting tiruan atau bayi tidur dengan menghisap botol susu atau susu ibu.
Pada usia 10 hingga 23 bulan pula, antara soalan yang ditanya semasa pemeriksaan ialah adakah anak dibiar tertidur dengan botol sus di mulut atau ketika menyusu badan, ibu bapa pernah mendengar tentang karies gigi dan sebagainya.
Manakala pada usia 2-4 tahun pula, antara perkara yang diselidiki ialah ibu bapa/ penjaga menyelia anak semasa memberus gigi, anak memberus gigi sebelum tidur, menggunakan ubat gigi berflourida semasa memberus gigi dan lain-lain.
Keperihatinan ibu bapa boleh membantu si manja mengelakkan masalah berkaitan gigi sepanjang proses pembesarannya. Amalan baik seperti memberus gigi sebelum tidur juga boleh diterapkan sejak awal lagi sebenarnya.
Hak untuk mendapatkan pemeriksaan gigi mengikut waktu yang sewajarnya.
Ramai ibu bapa yang tidak peka mengenai pemeriksaan pergigian bagi anak-anak di bawah umur 4 tahun.
Belek-belek sedikit buku kesihatan anak anda itu..
Cuba lihat muka surat 68,96 & 115. Jarang sekali dilihat lengkap semuanya. Tahniah buat yang peka.
SEBELUM 4 TAHUN GIGI ANAK KENA DIPERIKSA SEKURANG-KURANGNYA 3 KALI
Untuk makluman ibu bapa sekalian, anak berumur bawah 4 tahun giginya perlu diperiksa sekurangnya 3 kali :
0 – 9 bulan
10 – 23 bulan
2 – 4 tahun
GIGI SUSU SAMA PENTINGNYA DENGAN GIGI KEKAL
Kesihatan pergigian perlu seiring dengan kesihatan tubuh badan yang lain.Jangan di anggap remeh walaupun hanya gigi susu yang ada. Gigi susu sama pentingnya seperti gigi kekal.
Sumber gambar: Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor
KESILAPAN IBU AYAH BOLEH BUAT IBU AYAH MERANA
Mahukah anda lihat anak kecil itu tak lena tidurnya kerana kesakitan gigi?
Sanggup anda lihat anak kecil itu kekurangan zat kerana tak mampu mengunyah makanan dgn baik?
Ada juga anak kecil terpaksa keluar masuk hospital kerana jangkitan kuman akibat kerosakan gigi susu.
BAWA ANAK KE KLINIK PERGIGIAN SEAWAL BOLEH
Bawa anak anda ke klinik pergigian seawal yang boleh. Pasti ada nasihat dan celoteh dari doktor atau nurse yang merawat nanti.
Perasan tak bila kita bawa anak ke kedai, pantang dia nampak sticker mesti minta kita belikan. Pelik juga kan, suka sangat dengan sticker. Main tampal sana-sini, buat bersepah rumah saja. Sebab itulah, kita ‘liat’ nak belikan bila anak minta sticker.
Kalau dapat main sticker, habis satu rumah dihiasnya! Jangan pula kita marahkan anak, kerana rupa-rupanya banyak manfaat apabila anak bermain tampal-tampal sticker.
Ikuti perkongsian dari seorang ibu, Wan Nur Syakira akan kebaikan aktiviti ini;
AKTIVITI ANAK-ANAK MENGGUNAKAN STICKER
Hari tu , ke kedai buku, belikan sedikit bahan nak buat aktiviti dengan anak-anak. Sticker antara favourite item bila buat aktiviti. Banyak boleh dibuat.
Ini antara aktiviti yang kami buat minggu ini.
1. Belajar bentuk dengan sticker.
Lukis bentuk dan ajak anak lekatkan sticker pada garisan bentuk itu. Adam suka sangat main yang ni. Boleh fokus lama.
2.Cabut sticker dan letak dalam bentuk yang dilukis.
Untuk Yusuf, yang umur 20 bulan, saya ajak dia main letak sticker dalam bulatan.
Nak latih kemahiran motor halus, bukan senang bagi kanak-kanak nak cabut sticker dari kertasnya. Perlukan fokus dan kemahiran motor halus yang baik.
3. Cabut sticker yang diletak pada anggota badan.
Adam dan Yusuf teruja dapat main ini. Main cabut-cabut sticker dekat badan.
4. Belajar nombor.
Buat kepala ulat. Minta anak lekatkan sticker untuk bentukkan badan ulat . Lekatkan sticker mengikut nombor.
Kalau pergi kedai, bolehlah borong sticker banyak-banyak. Nak lebih mudah, beli saja di SINI
Selamat beraktiviti dengan anak!
Jom tengok aktiviti tampal sticker ibu ini dan anaknya!
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Kehadiran bayi baru mungkin mengujakan semua ahli keluarga lain, tetapi JANGAN LUPA mempersiapkan anak untuk penerimaan adik baru. Rasa cemburu dan terpinggir pastinya mampu mengganggu mood anak kecil kita yang sebelum ini sentiasa diberikan keutamaan.
Menurut perkongsian di Public Health Malaysia, reaksi anak adalah berbeza mengikut peringkat umur mereka. Untuk anak kurang 2 tahun mungkin agak kelam kabut untuk anda kerana mereka juga masih kecil dan memerlukan perhatian.
Cabaran terbesar adalah anak peringkat umur 2-5 tahun. Usia ini mereka memang sangat manja dan bergantung dengan anda. Tahap cemburu mungkin agak serius sekiranya anda tidak mempersiapkan mereka dari awal.
Bagi anak yang lebih besar, banyak libatkan mereka dalam persiapan. Beri tugasan yang lebih besar supaya mereka “rasa” lebih dewasa dan perlu bertanggungjawab.
Rasa cemburu itu pasti tetap ada. Pastikan anda meluangkan masa dan beri perhatian kepada kehendak mereka. Jangan sampai ada yang rasa terpinggir.
Ini antara yang mak ayah boleh lakukan untuk bakal ‘abang’ dan ‘kakak’:
Anak bawah 2 tahun ke bawah * Semasa hamil, tunjukkanlah gambar bayi dan beritahu ‘ini adik’, ‘ini baby” bagi membiasakan mereka dengan ahli baru kelak.
* Pastikan juga masa diluangkan bersama sebaiknya dengan berkualiti sebelum adik baru dilahirkan.
Anak 2-5 tahun Peringkat umur ini paling sensitif kerana sangat rapat dan bergantung kepada mak ayah.
Apa yang mak ayah boleh lakukan adalah dengan:
* Membawa mereka semasa temujanji kehamilan supaya anak melihat sendiri perkembangan adik mereka.
* Sebolehnya libatkan mereka dalam segala persiapan termasuklah membeli kelengkapan bayi dan sebagainya.
* Ambil masa untuk ubah rutin harian supaya anak lebih berdikari.
* Peruntukkan masa khas untuk melayan mereka seperti ketika adik tidur atau sebagainya.
* Jika anda tidak dapat memberi tumpuan seketika, minta bantuan pasangan atau keluarga untuk menjaga mereka seketika agar mereka tidak terasa terasing.
* Walau dalam apa jua keadaan, sentiasalah puji mereka dengan berkata, “kakak/abang dah besar” dan sentiasalah positif dengan anak.
* Latih dan beri mereka tanggungjawab seperti ambilkan botol susu atau lampin supaya mereka rasa mereka adalah sebahagian daripada adik baru yang sentiasa diberikan perhatian.
Jangan sekali-kali membiarkan anak bermain sendiri dan memberi tumpuan kepada bayi baru anda. Cuba sebaiknya untuk menjaga hati mereka setiap masa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.