Setelah mengalami keguguran, anda kini perlu memulihkan diri. Ambil masa supaya diri bersedia dan mempersiapkan diri untuk hamil semula. Bagaimana dan bila masa yang sesuai untuk anda hamil? Ikuti informasi yang disediakan Dr Lilian George, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, KPJ Klang Specialist Hospital mengenai rawatan diri dalam tempoh selepas keguguran (berpantang) dan hamil semula.

Waktu Selamat Untuk Hamil Semula Ialah Selepas 3 Kali Haid! Ikuti Cara Berpantang Selepas Keguguran

Keguguran akan menyebabkan berlakunya pendarahan dan tempoh pengaliran keluar bergantung pada usia kehamilan sebelum terjadinya keguguran dan jenis keguguran.

Pantang

Proses berpantang dilakukan mengikut budaya dan adat resam kaum masing-masing. Bergantung pada usia kandungan ketika keguguran berlaku. Sekiranya kandungan ketika itu berusia lebih daripada 22 minggu, anda disarankan untuk berpantang seperti wanita bersalin.

IKLAN

Lazimnya berpantang akan mengambil kira faktor pemakanan, rehat dan pemulihan tubuh badan. Jika mengikut petua orang tua-tua, ada bermacam pantang larang termasuk bab pemakanan dan aktiviti seharian. Perkara ini tidak boleh dipandang mudah kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Apakah yang cara-cara yang perlu saya lakukan jika berpantang keguguran?

  • Pakai pakaian tebal untuk mengelakkan angin masuk.
  • Ikat tocang rambut ketat-ketat.
  • Bertungku seluruh badan setiap hari terutamanya selepas mandi.
  • Urut seluruh badan dengan minyak herba.
  • Mandi herba membantu memberikan kesan aromaterapi yang menenangkan.
  • Elakkan duduk bawah kipas atau dalam bilik berpendingin hawa.
  • Jika selalu rasa sakit kepala dan pening, boleh memakai pilis pada dahi.
  • Rehat dan tidur secukupnya.
  • Elakkan memakan makanan yang gatal, berangin dan makanan laut yang berbisa.
  • Amalkan pemakanan seimbang.

Ibu selepas keguguran  perlu tahu bahawa:

IKLAN
  • Haid kembali seperti biasa selepas tiga hingga enam minggu.
  • Jangan berendam atau berenang dalam sauna panas.
  • Elakkan hubungan intim sebaik sahaja keguguran.
  • Hubungan intim selepas habis pendarahan perlu menggunakan kondom untuk mengelakkan hamil sebelum tempoh tiga hingga enam bulan.
  • Anda mungkin mengalami kesakitan pada bahagian bawah ari-ari sama seperti rasa sakit yang dialami semasa haid. Ia mungkin berpanjangan selama dua hari selepas keguguran. Segera berjumpa doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.

Masa untuk hamil semula

Waktu selamat untuk hamil semula selepas keguguran ialah selepas tiga bulan atau tiga kali haid. Hal ini penting untuk memastikan lapisan dalam rahim atau endometrium pulih seperti sedia kala selepas keguguran sebelum ini.

IKLAN

Ada sesetengah wanita yang gusar keguguran menyebabkan ketidaksuburan hingga secepat mungkin ingin hamil semula dalam tempoh yang singkat. Sebenarnya keguguran yang berlaku secara semula jadi tidak akan menimbulkan masalah berkaitan kesuburan. Andai kitaran haid anda normal selepas keguguran, maka tidak perlu risau dengan hamil lagi selepas ini.

Masalah ketidaksuburan biasanya berpunca daripada parut luar biasa pada rahim selepas melalui prosedur Dilatation & Curettage (D&C). Walaupunun begitu, ada kajian menyatakan bahawa kehamilan selepas keguguran akan lebih sihat. Kurangkan tekanan, sentiasa positif dan yakin dapat menjayakan kehamilan yang diimpikan.

Hamil semula lebih awal?

Ada yang hamil semula sebelum masa yang disarankan oleh doktor. Namun, tidak perlu bimbang. Dapatkan segera rundingan daripada doktor pakar untuk memastikan rawatan sokongan bagi mengelakkan keguguran berulang. Ubat sokongan seperti hormon progesteron dan pemantauan rapi terutamanya bagi yang pernah keguguran lebih dari sekali dan mempunyai masalah ketidaksuburan sebelum itu.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI