Para ayah tahu ke tak? Ada ibu terdetik cemburu tatkala wajah si anak yang dikandungnya selama 9 bulan lebih menyamai ayahnya berbanding ibu. Percayalah.
Gambar Hiasan
Para ayah tahu ke tak? Anak-anak juga lebih cenderung mengikut perilaku ayahnya berbanding ibunya.
Inilah hakikat! Rapatlah mana pun dengan ibu, ayah juga yang akan dicontohinya, Maka:
Ads
1. Ayah perlihatkan, ajarkan, dedahkan. Nak beri duit pada isteri, beri depan anak, puji masakan isteri, puji depan anak, bila isteri minta tolong kemas rumah, ajak anak sekali. Menunjuk-nunjuklah perilaku baik bila dihadapan anak walaupun anda terpaksa berpura-pura.
Ads
2. Sorokkan, elakkan, jangan sesekali membiarkan anak-anak melihat perilaku negatif anda. Nak merokok, merokoklah diluar. Marahkan sesuatu, jangan bagi anak nampak. Soroklah selagi boleh sorok, tahanlah selagi boleh tahan, lepaskan yang negatif jauh daripada pengetahuan si anak.
Pelakon Datuk Fizz Fairuz enggan mengambil peduli kata-kata netizen mengenai bentuk badan isterinya, Datin Almy Nadia.
Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 39, berkata kalau Almy nak mengamalkan sebarang diet, biarlah dengan cara yang betul.
“Badan Almy memang naik sebab rangka dia besar. Sebelum kahwin berat dia dalam 52 kilogram dan masa pertama kali hamil berat dia jadi 98 kilogram.
“Bila nak turun tu ambil masa. Dia pernah mencuba kurus tapi saya kata tak payahlah. Kalau nak diet tu dengan cara yang betul.
“Kalau makan pil boleh kurus tapi nanti lemak berkumpul di jantung jadi bahaya. Biarlah macam ni, orang nak cakap apa pun janji dia sihat,” katanya.
Tak Desak Almy Turunkan Berat Badan
Tambah Fizz lagi, dia tidak akan mendesak Almy untuk menguruskan badannya kerana memahami wanita itu sibuk menguruskan anak-anak dan sedang hamil anak ketiga.
“Kalau kita desak, nanti dia pula tertekan. Nak jaga anak lagi, masa tak cukup. Saya nak mengambil pembantu rumah, dia tak nak.
“Takut orang pukul ke buat apa-apa ke. Dia nak jaga sendiri. Masa dia pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari menguruskan rumah. Selepas itu bersama anak-anak.
“Kalau dia nak turunkan berat badan, tunggu bayi ketiga lahir dahulu dan anak-anak dah besar sikit,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fizz memberitahu isterinya mengalami alahan kehamilan awal yang berbeza daripada sebelum ini.
Kata pelakon filem Ratu Kala Jengking ini, Almy menjadi seorang yang pemalas untuk berhias dan bersiap.
“Kehamilan kali ini memang berbeza daripada sebelum. Dia jadi malas nak bersiap dan berhias.
Pasangan ini bernikah pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3 dan Nur Aurora, 2.
Sumber: mstar online, Ig Almynadia & Fizz Fairuz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami isteri saling melengkapi dan sentiasa ingin yang menjadi yang terbaik buat pasangan. Tak perlu mengukur keikhlasan dengan material semata-mata, cukuplah perhatian dan pelukan membuatkan isteri rasa dihargai.
Perkongsian Yatt Hamzah ini menarik sekali. Aktres dan pengacara ini menerusi Instagram berkongsi tip yang boleh para suami lakukan. Kata Yatt, untuk menjadi suami yang romantik tidak semestinya memberikan hadiah mahal, bunga dan coklat, memadailah 5 perkara mudah ini. Nilainya melebihi hadiah yang mahal!
Antara tanda2 suami yg ROMANTIK ialah selalu buat isterinya tersenyum lebar sorang2 dan gelak besar hingga tutup mulut dan mata sepet mcm ni. Betulkan, isteri2 Solehah sekalian.. Haa meh lekas tag suami msg2. Bonda nak share ciri2 SUAMI ROMANTIK ni..
Wahai suami2 Soleh sekalian, SUAMI ROMANTIK x semestinya yg belikan hadiah mahal, bg bunga (walaupun kita mmg harap suami selalu bg bunga & coklat?), buat romantic dinner atau suprise utk kita.. ROMANTIK x DIUKUR DG MATERIAL SEMATA2.
NABI SAW adalah contoh LELAKI PLG ROMANTIK. Baginda tidak memewahkan isteri2 krn kehidupannya yg serba sederhana, tp sifat dan keperibadian baginda sbg suami amatlah disenangi dan membahagiakan isteri.❤️
Sebelum keluar rumah, biasakan peluk isteri at least 10 saat (lg lama lg bagus) dan beri ciuman ikhlas. Kuasa pelukan & ciuman membuat isteri rasa dicintai. Lakukan setiap hari sekerap mungkin.
Jgn masa bercinta je rajin wasap, dm, teks isteri. Lepas dah bertahun2 kahwin kena lbh rajin. Tak perlu ayat cinta berbunga. Cukup dg yg simple, Hi syg, I ❤️ U. I Miss U. Dah cukup buat hati isteri berbunga2. Selitkan juga ikon2 & grafik2 comel buat isteri tersenyum simpul..☺️
Jgnlah sekadar panggil I you je. Selain SAYANG, panggillah isteri dg gelaran2 yg lebih kreatif dan menarik hati isteri spt ADINDA, MY QUEEN, JANTUNG HATIKU, BIDADARI, MANJA CINTA HATI, etc.. Pasti isteri cair dan happy.. Nabi SAW panggil Aisyah dg panggilan HUMAIRA’ (Kemerah2an). ?
Ya mmg ada suami yg rajin bantu isteri. Tp lbh romantic jika sama2 bantu isteri bila dia memasak, cuci baju, cuci toilet, sidai baju, lipat kain.. Bisikkan kata2 cinta di telinganya dan selitkan lawak jenaka sikit. Mesti lg bersemangat dan hilang penat isteri buat kerja rumah.
Rajin2lah suap isteri bila makan bersama, x kiralah di dlm atau luar rumah. Lbh sweet kalau makan dr pinggan isteri dan minum dr cawannya spt yg Nabi SAW buat. ?
Biasanya dalam sesebuah keluarga, akan ada nama panggilan manja untuk anak perempuan dan lelaki seperti baby atau boy. Tetapi elok ke tidak sebenarnya penggunaan nama panggilan ini?
Ada apa dengan nama panggilan manja
Menariknya, asal perkataan nickname atau nama panggilan ini adalah an eke name, yang bermaksud ‘nama lain’. Lama-kelamaan huruf n daripada an telah ‘mengembara’ dan menjadi perkataan a neke name, yang akhirnya berubah kepada ejaan moden nickname.
Selalunya nama panggilan wujud berdasarkan ciri-ciri fizikal atau watak tertentu pada seseorang. Sebagai contoh, masa zaman sekolah dahulu, ada rakan sekolah yang mempunyai keadaan gigi rongak, sekali gus dipanggil sebagai ‘Ongak’
Bahkan, ia bukanlah sesuatu yang pelik untuk seseorang itu mempunyai beberapa nama panggilan. Ini kerana anda mungkin memanggil anak dengan nama tertentu, manakala dalam kalangan rakan-rakannya memanggilnya dengan panggilan yang lain.
Nama panggilan manja atau panggilan mengejek?
Nickname ini biasanya digunakan sebagai panggilan mesra. Pun begitu, ia juga boleh menjadi panggilan yang menyakitkan hati.
Umumnya, situasi tersebut berlaku melibatkan kanak-kanak yang menggunakan nama tertentu kepada mereka yang tidak disukai atau sekadar untuk mengusik – kadangkala tujuannya tidak begitu jelas.
Bergantung kepada usia, perangai dan situasi anak, anda mungkin menyarankan mereka untuk mengabaikan nama panggilan yang berunsur ejekan itu atau menganggap ia sebagai gurauan.
Namun, jika panggilan nama itu berulang dan jelas merupakan percubaan untuk membuatkan anak berasa tertekan, sudah tiba masanya untuk bersemuka dengan guru atau pengetua.
Panggilan nama berunsur ejekan, cemuhan dan cacian boleh mengakibatkan parut dalam secara emosi pada kanak-kanak.
Ini kerana jika kita dikatakan sebagai sesuatu yang buruk berulang kali, lama-kelamaan anda akan mula mempercayainya.
Dalam sesetengah keadaan, nama yang diberikan mungkin kedengaran seperti merendahkan individu tetapi jika anda tahu sejarahnya, ia boleh menjadi lambang kasih sayang daripada mereka yang memanggilnya.
Contohnya seperti situasi yang dialami penulis sendiri ketika zaman diploma; di dalam kelas terdapat 3 individu bernama Ashikin, Asikin dan Asyikin – walaupun berbeza ejaan tetapi sebutannya sama.
Jadi untuk mengatasi keadaan itu, salah seorang rakan penulis dipanggil sebagai ‘Kechik’ atau lebih tepat ‘Chik’ kerana saiznya yang paling kecil.
Dalam keadaan ini, nama panggilan manja ini bertindak seperti social glue – yang merapatkan hubungan antara individu.
Apabila kita mempunyai hubungan yang baik dan merasakan kasih sayang, nama panggilan itu akan lebih mengeratkan ikatan yang terjalin seperti antara ibu bapa dan anak-anak.
Nilai nama panggilan kepada anak-anak
Mungkin dengan 3 sebab berikut, anda akan mula memikirkan nama panggilan yang bersesuaian untuk anak-anak:
1. Lambang kasih sayang
Nama yang digunakan sebagai panggilan ini tidak semestinya perlu mempunyai kepentingan. Tetapi ia harus merupakan nama yang akan mendekatkan kalian dan membuatkan individu yang dipanggil itu berasa disayangi.
2. Lebih peribadi
Nama panggilan ini adalah lebih bersifat peribadi dan menunjukkan rasa sayang.
Seperti ketika bersama pasangan, kita akan memanggil mereka dengan panggilan ‘sayang’ atau ‘abang’ – menunjukkan individu tersebut istimewa buat diri kita.
Maka keadaannya sama untuk anak-anak. Nama panggilan membuatkan mereka berasa diutamakan dan eksklusif di mata anda.
Individu lain dalam hidup anak akan memanggil mereka dengan nama sebenar, tetapi panggilan manja daripada anda adalah lambang hubungan unik kalian.
Ia juga akan mengingatkan betapa diri mereka adalah bermakna dan sangat istimewa di mata ibu bapa.
3. Menjadi kenangan
Percaya atau tidak, apabila anak-anak semakin dewasa, nama panggilan yang diberikan akan menjadi satu memori yang menyeronokkan untuk dikenang. Lebih-lebih lagi jika nama tersebut diberikan berdasarkan peristiwa yang melucukan.
Misalnya, anak semasa kecil agak pelat. Jadi agak sukar dirinya menyebut nama Farhah, yang akhirnya berbunyi ‘Aah’.
Nama panggilan manja untuk anak perempuan & lelaki
Di bawah merupakan beberapa nama panggilan yang sesuai untuk diberikan kepada anak-anak, seperti:
Jadi apakah nama panggilan manja untuk anak perempuan dan lelaki anda? Ayuh, kongsikan bersama kami!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.