Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru dua bulan menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan puteri sulung mengaku sejak menggalas tugas sebagai ibu, dirinya sudah menjadi seperti ‘zombie’ terutama untuk beberapa bulan pertama ini.
“Aafiyah sekarang suka berjaga waktu malam, siang dia tidur je. Malam dia bangun 3 kali untuk menyusu. Memang agak memenatkan, tapi bila tengok dia menyusu hilang segala penat lelah.”
“Tugas sebagai ibu rasa complete kerana dapat menyusukan dan menjaganya sendiri. Rasa puas dapat melihat tumbesaran Aafiyah di depan mata. Rasa tak sabar pula nak tengok Aafiyah membesar,” ujarnya yang merasakan kenangan paling indah sejak jadi ibu bila dapat lihat Aafiyah mula tersenyum dan tergelak dalam dunianya sendiri.
Sepertimana ibu lain, Siti turut berkongsi perasaan bahagia dan puas setiap kali melihat anaknya menyusu.
Biarpun kerap rasa dahaga, lapar, penat, mengantuk tetapi Siti tak kisah untuk melalui fasa tersebut dan sentiasa sediakan makanan yang berkhasiat untuk penghasilan susu badan.
“Bagi mengekalkan susu badan, Siti akan makan sarang burung, lobak putih, ikan salmon, jenahak dan lain-lain lagi,” ujarnya yang ada membuat stok susu yang dipam sebagai persediaan jika diperlukan namun tidak banyak.
Siti yang lebih kerap menyusukan Aafiyah secara ”direct” memberitahu mula membuat stok susu perahan selepas pulang dari hospital namun hanya mengikut permintaan sahaja.
Sambut Hari Ibu dengan gelaran Ibu
Sambutan hari ibu tahun ini paling bermakna bagi penyanyi nombor satu negara ini selepas bergelar ibu.
Ads
Menurut Siti, perasaan pertama kali dapat sambut hari ibu barulah dia benar-benar memahami erti pengorbanan seorang ibu bukanlah kecil tetapi besar.
“Daripada melahirkan anak, menjaganya siang dan malam, menyusukannya bukannya tugas yang mudah. Sebab itu kita wajib hormati dan sayangi ibu sampai bila-bila,” katanya ketika majlis pembukaan outlet baru butik CreacionBySitiNurhaliza di Melawati Mall Ahad lepas.
Justeru itu Siti tak lupa pesanan ibunya yang setiap wanita bila sudah bergelar ibu kena ada kesabaran yang tinggi.
“Sebenarnya Siti banyak melihat apa yang mak buat dan lakukan dan itu yang Siti pegang bila dah jadi ibu. Memang wanita ni sabarnya sangat tinggi. Dia boleh hadapi sebarang kesusahan dan kesakitan,”ujarnya yang memang mengakui tahap kesabaran dan tahan sakitnya jadi lebih tinggi sejak bergelar ibu.
Makan Beras Perang Ketika Pantang
Penampilan pertamanya sejak habis tempoh berpantang menyaksikan keanggunan seri seorang ibu terserlah di wajah Siti. Tampil dengan lebih menawan dan langsing membuatkan ramai nak tahu apa rahsiannya.
Ads
Menurut Siti sehingga kini dia sudah hilang hampir 22 kilogram berat badan berbanding berat di akhir kehamilan sebanyak 92 kilogram.
Selain faktor kerap berjaga malam dan menyusukan Aafiyah, Siti mengakui proses berpantang yang betul-betul diikut dengan berdisiplin seperti diatur oleh Natalis Mother Care.
“Siti memang ikut diet pemakanan sihat yang diatur oleh Natalis. Diet Siti makan semua makanan sihat yang di gril dan kukus sahaja. Nasi pula Siti ambil beras perang dalam kuantiti yang tak banyak.
Siti turut buat proses berpantang seperti bertungku, sauna dan berurut selama 44 hari. Bahkan Siti tambah lagi 30 hari tempoh penjagaan berpantangn oleh Natalis,” ujarnya yang berpuas hati dengan pakej penjagaan berpantang ini.
Siti mengakui walaupun sukar tetapi dia perlu berusaha untuk mencapai berat sasaran sehingga 59 kilogram kerana sebagai penyanyi dia perlu tampil menarik untuk keluar di kaca TV selain membuat persembahan pentas.
Untuk mengekalkan kecergasan dan sentiasa bertenaga, ibu Aafiyah ini mengamalkan pengambilan suplemen dan jamu yang mula diambil di akhir tempoh berpantang.
Sebagai ibu menyusu, Siti turut merancang untuk mereka koleksi baju kasual yang breastfeeding friendly di bawah jenama Creacion selain berkemungkinan mengeluarkan koleksi pakaian raya bersama Aafiyah pula di tahun hadapan.
Tak Sabar Tengok Aafiyah Membesar
Sepertimana ibu lain yang tak sabar nak melihat perubahan wajah bayi bila semakin membesar, Siti mengakui yang dia tak sabar nak tunggu Si Comel Pipi Merah berusia 5 bulan ke atas untuk melihat perkembangannya.
“Sekarang ni bila orang tengok Aafiyah ada yang cakap ikut muka saya, ada yang cakap ikut muka suami. Tapi memang sebenarnya masa mengandung, saya selalu cakap kat suami kalau boleh nak bulu mata anak panjang dan lebat macam dia. Alhamdulillah memang bulu mata Aafiyah ikut ayahnya,” cerita pemilik jenama alat solek Simplysiti ini.
Pempengaruh media sosial, Diana Nasir berkongsi keadaan kedua anak kembarnya, The Angguns yang sudah sembuh sepenuhnya dari penyakit berjangkit Chicken Pox.
Tambahnya lagi yang juga kakak kepada selebriti terkenal, Anzalna Nasir, Diana turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan anak-anaknya.
“Chickenpox (CP) quarantine dump! Alhamdullilah @the_angguns dah pulih sepenuhnya! Terima kasih semua sudi mendoakan. Jika anda atau anak-anak anda menghidap cacar air, berikut adalah beberapa petua yang boleh membantu anda atau anak anda berasa lebih baik. Ia menjadi pada Anggun saya dan berharap ia menjadi pada anda juga! InsyaAllah.”
Diana turut berkongsi beberapa petua yang dilakukan sepanjang tempoh anak terkena jangkitan Chicken Pox.
1. Mandi soda bikarbonat
Ketika di Kanada dulu, doktor kami mencadangkan kami untuk mandi dengan Soda bikarbonat kerana ia boleh menenangkan dan melegakan gatal untuk CP! Sebagai alternatif, campurkan separuh atau satu cawan soda bikarbonat dalam air mandian suam anda dan berendam di dalamnya. Soda bikarbonat juga boleh mempercepatkan kecutan, it’s highly recommended.
2.Sapukan Losyen Calamine
Selepas mandi, saya akan menggunakan losyen Calamine. Losyen ini boleh menenangkan kulit. Menggunakan jari yang bersih hanya sapu atau oleskan losyen calamine pada kawasan kulit yang gatal.
3.Antiviral medication from Hospital
Thanks to antiviral medication! This medicine lessen the symptoms of CP. Sangat bagus!
4.Minum Air Kelapa Muda
Adalah penting untuk kekal terhidrat apabila anak terkena CP. Minum air sebanyak mungkin. Air kelapa juga bagus untuk menyejukan badan. Sebenarnya, hanya selepas bintik CP anda kering dan hilang, dan meninggalkan kesan di seluruh badan anda, minum air kelapa akan membantu anda membekalkan nutrien dan mineral penting yang akan membantu bintik anda berkurangan dengan lebih cepat. Pastikan tiada gula dan ais hanya air kelapa tulen!
5.Makan Secara Sihat
Elakkan makan berminyak, makanan laut, pedas, ayam & makanan ringan! My mother pesan kicap pon jgn nanti tinggal parut haha.
6.Pakai Pakaian Longgar dan Lapang & Kekal Dalam Penghawa Dingin atau Kipas
Hanya pakai seluar dalam je pada siang hari! Tapi yg dewasa tu jgn la pula ikut tip ni tau! 🤣Hidupkan kipas atau penghawa dingin untuk elakkan berpeluh, sebab panas dan peluh akan membuatkan anak lebih gatal!
7.Vaksin Cacar Air-Dengan mendapatkan vaksin CP anda boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit ini. Please make sure your kids tak miss it even yg dewasa pon masih boleh. Nasib baik Angguns kene mild CP tak seteruk mase my sisters and i kene dulu! Menangis nangis sebab gatal2! Angguns sikit pon tak scratch! Amazeballz!
Walaupun bergelar doktor perubatan, Dr.Izzar Anwari juga masih sama seperti bapa-bapa lain. Sebagai bapa dia mengakui dia menjadi lebih berjaga-jaga terhadap anak-anaknya sendiri.
Memenangi hati anak bukan mudah lebih-lebih lagi anak perempuan. Menjawab persoalan daripada Fizza, Hos Anugerah Pa&Ma Gala 2022, Dr. Izzar berkongsi nasihat tentang pembahagian masa bersama-sama anak.
“Anak lebih suka pada ibu bapa yang banyak luang masa. Bila ada masa terluang memang saya bagi 100% pada anak. Jangan menyesal bila anak dah besar anak dah tak nak pada kita.”
Suami kepada pelakon popular, Ummi Nazeera turut berkongsi bagaimana cara layanan terhadap dua puteri tercintanya itu.
“Selalu yang nampak baik ayah berbading mak yang selalu jadi singa kan, tapi pernah je tertengking anak, naik suara dan ugut-ugut anak. Tapi biasanya rasa bersalah dan minta maaf dengan anak. Kena jaga hati anak takut budak-budak ni pendam sebab dia tak pandai nak cakap dia sedih.”
Tidak hairanlah kenapa Dr. Izzar Anwari dianugerahkan dengan Anugerah Best Papa Millennial 2022. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian Dr. Izzar, ikuti perkongsian di bawah.
Selebriti, Dahlia Shazwan yang terkenal dengan iklan Trivago suatu ketika dahulu mengakui dirinya banyak berubah setelah menerima kehadiran cahaya mata sulung pertama beberapa tahun yang lalu.
Perkongsian tersebut dikongsi olehnya dalam Pa&Ma Gala Award 2023, sebagai penerima Anugerah Best Mama Millennial.
“Perubahan besar dalam hidup saya lebih ketara bila jadi seorang ibu, bila jadi isteri tak banyak perubahan..cuma perlu adabt nak hidup dengan suami sahaja”
“Bila ada anak, dia tak faham kita sebab dia bayi. Kesabaran yang saya tak pernah saya tahu saya ada. Bila dengan anak, sifat sabar tu tak tahu datang dari mana. Setiap kali kita ada konflik dengan anak kita, dia tak tahu apa yang logik sebab kamatangan dari segi emosi tu tak ada”
“Setiap fasa dia lalui, saya akan cuba letak diri saya ditempat dia”
“Untuk 6-8 bulan pertama, syndrom mak anak pertama kita pun tak confident orang nak jaga anak kita. Kita burn out, saya hilang siapa saya sebab hidup saya ketika itu hanya berkisar tentang anak”
“Sejak tu saya tahu, kalau saya not in a good shape, saya tak boleh berikan terbaik untuk anak. Sejak umur anak 8 bulan saya mula percaya orang lain jaga anak saya. Banyak saya spend time untuk diri sendiri. Alhamdulillah bila spend time diri sendiri, saya rasa saya good mother yang tak perlu paksa sebab tiada paksaan”
“Bila dengan anak, saya akan betul-betul penuhi keperluan emosi dia. Bila keperluan emosi anak dipenuhi anak pun akan okey.
Ikuti perkongsian penuh Dahlia Shazwan sebagai penerima Anugerah Pa&Ma Gala 2023 di bawah
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...