“Walaupun Dipinjam 4 Bulan Sahaja, Anak Syurga Ini Sangat Bermakna” Isteri Chot Rindu Arwah Anak

Share

Isteri kepada Chot dari kumpulan XOXO, Maharajalawak mega, Siti Zafirul Azzah meluahkan rasa rindu pada arwah anaknya, Muhammad Sher Harraz.

Baca Selanjutnya:

Sherharraz anak sulung kepada Chot  dan Isteri, mengalami masalah jantung ketika dilahirkan. Beberapa pembedahan sudah dijalankan namun Allah lebih sayangkanya.

Assalamualaikum..

13 June 2019 2.58 pagi lahir lah anak bertuah kami.. Harini genap setahun umur anak syurga ku MUHAMAD SHER HARRAZ BIN HAZMEER .. SAYANG , selamat hari lahir yang ke setahun buat MUHAMMAD SHER HARRAZ..walaupun dia hanya pinjam kan anak syurga selama 4bulan tapi bagi kami itu sudah cukup bermakna dalam hati ni.. itu saat paling manis dan berharga pada kami selama anak syurga ada ..sekejap sungguh mase berlalu pergi meninggalkan kami.. Rindu nye tiada penghujungnya pada anak syurga mmy d..mmy dd tak kan lupakan anak syurga sampai akhir hayat kami.. semoga rohnya dicucuri rahmat allah swt.. AL FATIHAH

Terima kasih juga padamu ya allah berikan kami pengganti untuk anak syurga..
insyaallah same2 doakan nanti urusan saya dipermudahkan, aminn..

Netizen turut sebak membaca luahan dari isteri Chot. Rata-rata mengucapkan salam takziah dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah baby Sher Harraz.

Be Strong Ja

Adik Sher Selalu Dalam Ingatan

Al Fatihah Anak Syurga, Awak Akan Ada Adik Penganti Dirimu

Sumber: Siti Zafirul Azzah

 

IKLAN