Kesan asap rokok sangat bahaya terutama kepada ibu mengandung dan bayi. Walaupun mungkin ada yang merokok jauh dari rumah atau bayi, kesan asap tersebut masih ada dan masih boleh membahayakan nyawa si kecil dan orang sekeliling. Lebih bahaya kepada bayi kerana sistem imun bayi tidak sekuat orang dewasa.
SAYANG ANAK, BERHENTILAH
Semalam Mama bawa muhammad rayyan repeat blood test… muhammad demam batuk selsema on off sejak raya haji. kira2 hampir 3 minggu.
Ads
masuk bilik, soalan pertama doktor “ayahnya merokok ke?” “ye doktor” mama da tak keruan masa ni “kuman dalam darah anak puan masih tinggi, jadi dia memang akan on off demam batuk selsema selagi mana ayahnya merokok”
Allah, mama rasa nak nages time ni. Terbayang muhammad tak lena tidur malam batuk-batuk kadang sampai termuntah-muntah.
Ads
“jika sayangkan anak minta ayah berhenti merokok ye” meruntun hati ibu, salah orang lain tetapi orang lain yang menangung
Ya, ramai orang keliling muhammad merokok. bukan sekadar ayahnya. atoknya, pakcik-pakciknya. apa pilihan mama ada? jauhkan muhammad dari mereka yang merokok?
ya, mama tahu mungkin ada faktor lain selain asap rokok, tapi salah satu sebab adalah asap rokok. asap rokok yang melekat di tubuh perokok akan hilang dalam masa 3 hari.
Ads
sayang kan muhammad berhentilah!
Disclaimer : suami dan family member yang smoker merokok diluar rumah, dan ada yang hanya merokok dimamak sahaja. tapi the fact is, asap rokok melekat dibaju2 selama 3 hari.
Untuk anak bawah dua tahun, kasih sayang bukan diukur pada banyak mana kita beli barang, atau mahal mana jenama yang kita pilih.
Mereka langsung tak faham harga, tak kenal brand, malah bila kita ucap “I love you” pun, mereka belum mengerti maksudnya. Jadi kalau bukan dengan kata-kata dan hadiah, macam mana sebenarnya cara paling berkesan untuk anak kecil rasa disayangi ?
Ikuti perkongsian ini puan Maryam Jamadi supaya menjadi panduan buat mereka yang baru sahaja menjadi ibu ayah buat kali pertama.
1. Masa berkualiti.
Masa di mana tumpuan 100% pada anak, tanpa sambil berbalas whatsapp atau komen di facebook. Layankan mereka bermain, anak yang dalam fasa meniarap mak ayah pun join meniarap macam komando. Anak yang dalam fasa merangkak, mak ayah pun main kejar-kejar sambil merangkak. Tak jatuh pun maruah kan?
Kalau mak ayah yang bekerja, mainlah bersama anak sekurang-kurangnya 1 jam. Tutup tv, biarkan hanya suara kita dan suara anak sahaja ada. Dapatkan “trust” suara kita dalam perkembangan emosi anak bawah 18 bulan. Pastikan suara kita nombor 1, macam mana nak test? Kita bisik atau dari jauh anak dah kenal suara mak ayah ataupun dalam keadaan bising pun anak boleh kenal suara kita.
Kalau kenal, tahniah! Encik puan dah memang tempat pertama “Carta Suara” dalam hati anak.
2. Pelukan dan sentuhan
Perkembangan emosi anak akan berkembang dengan pesat dan stabil jika kita selalu memeluk anak terutamanya semasa umur bawah 2 tahun. Pelukan umpama “makanan” minda anak, terlalu banyak kebaikan pelukan dalam perkembangan otak yang sihat.
Peluk, belai kepala anak seterusnya cium dahi anak. Alangkan kucing yang garang pun jadi jinak dan manja bila kita usap kepala mereka, apatah lagi anak.
3. Urutan
Badan anak dari selepas lahir ini umpama orang bina badan terutamanya semasa bawah 1 tahun, dari tak ada otot lembik sahaja selepas lahir. Mereka setiap hari “bina badan” untuk ke posisi meniarap, merangkak, dan berjalan. Jadi, urutan memang diperlukan untuk melegakan otot-otot halus mereka yang tegang terutamanya di kawasan betis di samping memberi rangsangan deria sentuhan pada anak.
Kalau anak merangkak cepat atau jalan cepat, caranya bukan beri walker ya. Tetapi salah satu cara yang berkesan adalah dengan urutan.
Berapa kali sehari? Pendapat saya, sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan waktu yang paling sesuai adalah selepas mandi. Penting sangat urutan bagi anak bawah 1 tahun. Jangan abaikan part ini!
Ada 1 kajian lain tentang kasih sayang dan perkembangan otak anak berumur 2 tahun. Terbukti perkembangan otak anak yang cukup kasih sayang mempunyai struktur yang berbeza dengan otak anak yang kekurangan kasih sayang semasa umur bawah 2 tahun.
Fakta: 80% perkembangan otak adalah bergantung kepada rangsangan persekitaran semasa bawah 2 tahun.
Takut kan? Besar sangat amanah mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun untuk memastikan perkembangan yang baik dari segala aspek.
Asap rokok boleh berikan impak teruk kepada sistem pernafasan bayi. Pendedahan kepada asap ini boleh menyebabkan batuk dan kahak menebal yang tentu membahayakan.
Semoga perkongsian daripada Puan Faziera Tarmizhi ini boleh dijadikan pengajaran dan agar mengelakkan ia berlaku kepada bayi anda.
Catatan 3 Hari 2 Malam 12/01/2018
Harini babah dah pergi kerja kul 9am tapi terpaksa balik pukul 11am sebab Aira batuk berkahak sampai muntah. Mommy risau sangat time ni. sebab Aira memang dah lama batuk hampir sebulan. bukan mommy biarkan aje. macam macam cara tradisional amik daun sireh layor kat api then letak Vicks letak kat dada sebelum tido. Klinik jangan cakap la berapa klinik dah Mommy pergi, buat sonotron lagi. Tapi tu la batuk still sama takde perubahan. Doktor kata paru-paru Aira okay. Mommy pun ok jela sebab doktor kata gitu.
Bila malam, Mommy tak senang hati nak tidur sebab kesian sgt tengok Aira tido tak lena, batuk sampai merah merah muka, yela baru 3 bulan. Nak buang kahak memang tak reti la. So Mommy and baba amik keputusan pergi jumpa pakar di KPJ Ipoh Specialist. Masa ni doktor suruh amik neb (nebulizer) je untuk cairkan kahak, sebab kahak Aira banyak tapi Mommy cakap kat doktor untuk dapatkan rawatan lebih sebab kesiankan Aira.
Petang tu baru dpt bed sebab ramai yang belum discharge lagi. Lepas masuk je wad, doktor order suction daily and nebulizer 4 hoursly. Masa Aira kena sedut tu, Mommy tak boleh tengok sebab kesian Aira kena masuk tiub dalam tekak untuk sedut kahak yang tersumbat. Tok Rambo pulak menangis tengok Aira meronta ronta. Tapi hati Mommy redha la demi kesihatan aira. Walaupun sakit sekejap ia bermakna, Aira boleh sihat dengan cepat. Kahak Aira tebal sangat patut la Aira batuk batuk sampai muntah?
13/01/2018
Aira dah boleh tidur nyenyak malam tu sebab kahak dah berkurangan dalam tekak. And the best part, Aira tak menangis pun bila amik neb. Good girl anak Mommy ni?
Harini hari kedua nak buat suction kat Aira, macam biasa..bila buat percussion Aira langsung tak nangis. Siap boleh tidur lagi. Bila dah bedung badan and nak suction, mula la dia meronta ronta nak dibebaskan. Trauma semalam belum hilang lagi, kesian anak Mommy? Kali ni kahak Aira dah mula cair sikit. So doktor kata tunggu lagi semalam, tengok mcm mana and then ok, dah boleh balik.
14/01/2018
Harini hari ketiga, Alhamdulillah Aira tido dengan sangat-sangat lena malam tadi. Mommy sangat happy tengok Aira tidur dengan nyenyak. Bunyi kahak dah takde.
Doktor datang review Aira, and Doktor kata boleh proceed discharge. Sebelum tu kena suction dulu, macam biasa Aira mesti akan menangis. Tapi takpelah, untuk kesihatan anak Mommy. Alhamdulillah bila buat suction, cuma ada kahak yg cair saje. Aira dah beransur pulih.
Sebelum ni Tok Rambo ada suggest untuk buat suction. Cuma Mommy taknak sebab tak sanggup tengok anak Mommy kena jolok macamtu, sebab Mommy dah biasa tengok patient kena suction, orang tua pun sakit apatah lagi baby?
Thanks to doctor and nurses in KPJ Ipoh Specialist Hospital?
PUNCA KAHAK TEBAL DALAM TEKAK AIRA
ASAP ROKOK!Yes asap rokok buat baby berkahak sebab terhidu asap. So korang please please please jangan hisap rokok kalau ada baby,kalau boleh cuci mulut, mandi, basuh tangan baru pegang baby.
Baba, pak-pak sedara Aira and Atok semua dah kena ceramah dengan Mommy. Jangan hisap rokok depan budak, sila cuci tangan sebelum pegang anak Mommy. Yang susah jaga anak sakit bukan engkorang, tapi Mommy dia ye. Bersengkang mata jaga anak takut anak tersedak muntah tengah tidur. So hargai la, ingat orang yang tersayang.
Last but not least, mengandung dan bersalin bukan la sesuatu yang senang.
Dilema kebanyakan ibu ayah sama ada nak biarkan anak meraung dalam carseat atau mengangkatnya bila berada dalam kereta? Akibat tak tahan atau mudah kasihan melihat si kecil menangis tanpa henti ada ibu atau ayah yang sanggup memangku anak sambil memandu.
Tahukah anda perbuatan tersebut amat berisiko membahayakan nyawa anak? Ramai yang tahu tapi selalunya mereka akan bagi alasan hanya dalam jarak pemanduan yang dekat atau tak sanggup tengok anak meraung dalam carseat keseorangan di tempat duduk belakang, ibu susah nak fokus memandu bila anak menangis atau pun tak cukup ruang untuk pasang carseat kerana anak ramai.
Jadi sanggupkah anda membiarkan si kecil tercampak hingga boleh mencederakan atau lebih malang meragut nyawanya sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang tak dijangkakan? Kita selalu dengar kejadian kemalangan yang melibatkan kematian atau kecederaan di kalangan bayi dan kanak-kanak.
Biasanya punca utama adalah disebabkan si kecil tidak didudukkan dalam kerusi keselamatan khas iaitu carseat. Mereka selalunya dipangku oleh ibu yang duduk di tempat duduk depan bersebelahan penumpang.
Memanglah kita tidak mampu menolak takdir yang berlaku tetapi kita masih boleh berusaha mengelakkannya dengan cara menyediakan aspek keselamatan kepada si kecil semasa berada di dalam kereta.
Kalau di luar negara, memang ada peruntukan undang-undang ke atas ibu bapa yang tidak menyediakan carseat kepada anak mereka semasa berada di dalam kenderaan. Mereka sangat mementingkan keselamatan si kecil.
Kepada ibu ayah yang ada anak kecil atau yang sedang menanti kelahiran si kecil pastikan anda masukkan bajet membeli carseat dalam senarai utama. Sebab-sebab berikut ini perlu diberi perhatian oleh ibu bapa yang sayangkan anak.
1. Elak risiko bayi tercampak
Faktor keselamatan di dalam kereta mestilah diberi keutamaan sekiranya anda mempunyai anak kecil terutama yang masih bayi. Kita memang sentiasa mengelakkan daripada terlibat dengan kemalangan tetapi malang tak berbau. Sekuranya-kurangnya jika berlaku kemalangan dan memaksa kita menekan brek kecemasan, bayi tidak berisiko tercampak atau terjatuh daripada pangkuan sekiranya dia duduk dalam carseat.
2. Memudahkan tugas ibu atau ayah memandu
Hari ini ramai ibu yang memandu kereta bersendirian untuk pelbagai urusan dan dalam masa yang sama perlu membawa bayi sekali. Tak kanlah nak biarkan bayi dibaringkan sahaja di tempat duduk penumpang. Dengan adanya carseat yang mementingkan ciri keselamatan si kecil, anda boleh memandu seorang diri dan membawa bayi bersama tanpa rasa risau.
3. Disiplinkan anak tentang rutin dalam kereta
Melentur buluh biar dari rebungnya. Ajar bayi duduk dalam carseat sejak kecil lagi. Bayi mudah untuk diajar disiplin sekiranya anda biasakan ia dengan rutin tersebut. Untuk membiasakan anak disiplin duduk di dalam carseat, mulakan rutin ini sejak bayi lagi. Biasakan dia duduk dalam carseat setiap kali anda naik kereta. Dengan cara ini tiada masalah anak akan meraung atau mengamuk setiap kali masuk dalam carseat.
4. Bayi boleh tidur dengan selesa dan selamat
Dalam perjalanan jauh bayi biasanya akan mudah letih dan memerlukan tidur yang lama. Kalau kita pangku atau riba sudah tentu dia letih dan tak selesa nak tidur. Lagi risau bila ibu pun tertidur sama dan terlepas pegangan pada bayi. Dah tentu tak selamat. Bila duduk dalam carseat, anak boleh tidur lena dengan selesa dan yang pastinya selamat.
5. Elakkan anak rasa bosan dalam perjalanan
Sebenarnya bila anak sudah biasa duduk dalam carseat semasa perjalanan jauh dalam kereta ia dapat mengelakkan mereka mudah bosan. Caranya sediakan permainan yang bersesuaian, snek makanan, air minuman, menonton kartun dari tablet/mobile TV, pasang lagu kanak-kanak atau alunan zikir. Tips ini semua boleh melekakan anak dan memudahkan mereka bertenang atau mudah tertidur sepanjang perjalanan.
6. Memudahkan ibu bapa memandu jauh
Bila si kecil duduk di dalam carseat maka mudahlah tugas memandu kereta tanpa jerit pekik atau raungan si kecil yang meragam. Ibu juga tak penat nak pangku anak sepanjang perjalanan. Percayalah selalunya anak yang sudah biasa duduk dalam carseat akan cepat tertidur sepanjang perjalanan kerana mereka leka melihat pemandangan di luar atau kereta.
Jika anda ibu bapa yang prihatin dan mementingkan keselamatan anak, pilihan di tangan anda. Anak meraung atau menangis bukan alasan untuk ibu ayah cepat kalah mendisiplinkan mereka duduk di dalam carseat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajar anak puasa perlu dilakukan secara berperingkat mengikut umur. Pakar pediatrik Dr Nisa Khalil kongsikan panduan umur sesuai dan cara terbaik melatih anak berpuasa tanpa tekanan.