Nak tidurkan anak memang ada kesukarannya. Lebih-lebih lagi anak yang aktif bermain, semakin sukar nak tidurkan mereka di waktu malam. Ibu yang berdepan dengan masalah ini memang stress. Penat bekerja sepanjang hari, anak pula tidak mahu tidur awal. Penat mama makin bertambah.

Ragam anak berbeza-beza, ada yang mudah tidur lebih awal, ada pula yang boleh tidur dengan sendirinya tanpa didodoi dan sebagainya. Namun bagi blogger Irine Nadia, dia punya cara sendiri bagi membuatkan keempat-empat anaknya tidur awal.

“Walaupun Tidur Siang 15 Minit Je, Sudahnya Malam Dia Jadi Burung Hantu,” Irine Nadia Kongsi Tip Mudah Tidurkan Anak!

Kata Irine menerusi instagram peribadi miliknya, anak keduanya, Hasya Tasnim, atau nama gelarannya Tacanim yang kini sudah pun berusia 4 tahun sememangnya sukar untuk tidur awal berbanding kakak dan adik-adiknya. Namun ada cara yang dikongsikan Irine bagi membolehkan anak comelnya ini sentiasa tidur awal.


Aktiviti bebas waktu petang. Selalunya time ni anak-anak berkumpul main sama-sama. Petang nanti time untuk mengaji pulak.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Tacanim pulak memang tak boleh bagi dia tidur petang walaupun hanya nap sekejap 15 minit. Memang dia akan berjaga macam burung hantu waktu malam dan akan tido 1-2 pagi. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀

IKLAN

“Walaupun Tidur Siang 15 Minit Je, Sudahnya Malam Dia Jadi Burung Hantu,” Irine Nadia Kongsi Tip Mudah Tidurkan Anak!
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Kadang memang nampak dia sikit lagi nak tumpas terlelap (selalunya pukul 5-6pm) tapi cepat-cepat ibu lalaikan dia dengan ajak main dekat luar taman walaupun mata dia terkebil-kebil tahan mengantuk. Ada jugak time terlepas bagi dia tidur, dan hasilnya malam nanti, ibu pandang ayah, ayah pandang ibu sebab nak teman sampai dia tidur. Zzzzz! ⠀

Kak Nina, Umar & baby Hud, bab tidur memang takde hal setakat ni.

“Walaupun Tidur Siang 15 Minit Je, Sudahnya Malam Dia Jadi Burung Hantu,” Irine Nadia Kongsi Tip Mudah Tidurkan Anak!

IKLAN

Dah tahu caranya, memang senanglah untuk dikawal. Ada sesetengah anak akan menangis dan mula buat perangai apabila sudah terlalu mengantuk. Ibu kenalah kenal pasti rentak dan perangai anak masing-masing. Namun cara mudah yang dikongsikan Irine dengan luangkan masa di taman memang menjadi. Bolehlah kita tiru gaya ringkas Irine.

View this post on Instagram

Aktiviti bebas waktu petang. Selalunya time ni anak-anak berkumpul main sama-sama. Petang nanti time untuk mengaji pulak ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Tacanim pulak memang tak boleh bagi dia tido petang walaupun hanya nap sekejap 15 minit. Memang dia akan berjaga macam burung hantu waktu malam dan akan tido 1-2 pagi. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Kadang memang nampak dia sikit lagi nak tumpas terlelap (selalunya pukul 5-6pm) tp cepat-cepat ibu lalaikan dia dengan ajak main dekat luar taman walaupun mata dia terkebil-kebil? Ada jugak time terlepas bg dia tido, and hasilnya malam nanti, ibu pandang ayah, ayah pandang ibu sebab nk teman sampai dia tido. Zzzzz! ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Kak Nina, Umar & baby bab tido takde hal setakat ni.@medinahasyaumarhud ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ?by @irinenadiabeauty

A post shared by irine_nadia (@irine_nadia) on

IKLAN

Bukan itu sahaja, malah kongsi Irine melalui pengkongsiannya yang lain, Tacanim merupakan anak yang sering menghiburkan mereka sekeluarga. Ada sahaja gelagat comelnya menghiburkan semua.

Tacanim boleh bertukar character dalam masa 2-3 saat. Kadang ada masa, tiba-tiba tengah mood seronok dia boleh menangis tiba-tiba. Itulah Tacanim anak ibu ayah ni. Sukar dijangka tapi dia lah meriahkan dalam family. Ratu buat memek muka macam-macam, dia boleh menang (swipe sampai habis gambar).

Kredit foto: @irine_nadia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI