Walau pun ibu ini mengalami scoliosis atau tulang belakang berbentuk S, Allah Maha Adil. Proses kehamilan dipermudahkan & kelahiran dipermudahkan walau pun ibu tidak merasai kontraksi ketika meneran.

Walaupun Tulang Belakang Berbentuk S (Scoliosis), Kehamilan Lancar. Ibu Kongsi Pengalaman Dalam Pa&Ma TV

Puan Hanis Alia berkongsi pengalaman kehamilannya dalam rancangan TV Pa&Ma episod keempat yang bertajuk Check Up Kali Pertama yang ke udara pada 2 April 2019 di Astro Prima & Astro Prima HD.

Walaupun Tulang Belakang Berbentuk S (Scoliosis), Kehamilan Lancar. Ibu Kongsi Pengalaman Dalam Pa&Ma TV

KEPUTUSAN POSITIF & ULTRASOUND MENGESAHKAN KEHAMILAN

Mengimbau kembali saat awal kehamilan, Hanis teruja apabila haidnya terlewat sebaik selepas berkahwin

“Saya perasan bulan tu haid saya lewat. Dah hampir sebulan tak datang bulan lagi. Then saya beli kit pregnancy test. And alhamdulillah result positive. Just to confirm everything saya pergi buat ultrasound dekat klinik swasta,” kata Hanis.

IKLAN

Namun apa yang merunsingkan ibu ini ialah untuk melalui kehamilan seorang diri memandangkan suaminya bertugas di bidang perkapalan dan hanya pulang setiap 6 bulan.

BUKA BUKU PINK

Setelah mendapat pengesahan, Hanis membuat pendaftaran untuk rutin pranatal di klinik atau membuka buku pink. Hanis yang merancang untuk bersalin di rumah ibunya di Nilai ambil keputusan untuk membuka buku pink di sana.

Walaupun Tulang Belakang Berbentuk S (Scoliosis), Kehamilan Lancar. Ibu Kongsi Pengalaman Dalam Pa&Ma TV

IKLAN

 

“Saya bekerja di Petaling Jaya. Tapi saya buka buka pink di Nilai sebab saya fikir nanti nak bersalin dan berpantang di sana (rumah ibu saya). Saya telefon dulu klinik kesihatan ibu dan anak  untuk tanya prosedur membuka buku pink dan dokumen apa yang patut saya bawa memandangkan suami saya tiada sewaktu saya nak buka buku pink,” kata Hanis.

Dia turut menyediakan dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dia dan suami, sijil nikah, salinan fotostat saringan HIV suami. “Selalunya kalau suami ikut, klinik akan mintak suami buat HIV test sekali lagi. Dan penting juga untuk isteri tahu health history suami sebab nurse akan tanya. Alhamdulillah proses saya buka buku pink mudah sebab dah ada semua yang perlu,” kata ibu ini.

IKLAN

Walaupun Tulang Belakang Berbentuk S (Scoliosis), Kehamilan Lancar. Ibu Kongsi Pengalaman Dalam Pa&Ma TV

ALAMI SCOLIOSIS 

Hanis yang sememangnya mengalami scoliosis sebelum hamil bersyukur keadaan tulang belakangnya itu tidak memberikan impak yang sangat teruk sepanjang kehamilan. Cuma apabila dalam posisi duduk lama, Hanis akan mengalami sakit belakang.

Hanis turut berkongsi proses kelahiran anak sulungnya mengalami sedikit masalah di mana dia tidak merasai kontraksi semasa proses meneran. Bagaimana pun dengan bantuan daripada doktor dan jururawat, si kecil selamai dilahirkan dan hanya mengambil masa 5 hingga 6 jam di dewan bersalin.

Anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman kehamilan Hanis boleh saksikannya dalam rancangan TV Pa&Ma 9 malam ini di Astro Prima & Astro Prima HD.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI