“Walid Lelaki Pertama Akan Sayang Kakak Sampai Hujung Nyawa.” Ainul Dah Genap 3 Tahun!

Share

Allah sebaik-baik perancang. Siapa sangka buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang dilahirkan awal dari usia kandungannya dan mengalami pula pelbagai komplikasi penyakit  kini dah membesar dengan sihat dengan izin Allah.

Ainul ketika menerima rawatan di London

Pejam celik, pejam celik dah genap tiga tahun usia Ainul Mardhiah. Bukan saja aktif dan semakin sihat tetapi Ainul dah banyak belajar semua perkara. Walaupun perkembangan anak sulung daripada dua beradik ini tak sama seperti kanak-kanak seusianya, tapi perubahan yang ditunjukkan benar-benar membuatkan walid dan mamanya rasa bersyukur sangat.

Keadaan Ainul selepas berjaya menjalani pembedahan di London.

Dari seorang anak yang terlantar dengan ketumbuhan yang besar dalam mulut, berkat doa orang ramai, Ainul selamat menjalani pembedahan di London dan kini dia begitu lincah sekali.

Sempena tarikh kelahiran Ainul Mardhiah 13 Ogos, walidnya, Ahmad Safiuddin menitipkan ucapan dan doa buat buat hati pertamanya dan isteri.

Kehadiran Ainul mengubah segalanya

Tarikh hari ini, pada 3 tahun lepas telah mengubah banyak perkara dalam hidup saya dan isteri. Isteri melahirkan puteri sulung ketika kandungannya, bayi di dalam perut sihat walafiat. Tapi apabila anak ini keluar melihat dunia (hari pertama), kami terima satu tamparan yang sangat hebat.

Dilahirkan pada usia kandungan 31 minggu, berat hanya 1.3kg dan memiliki ujian kesihatan setelah keluar dari rahim mamanya.

Alhamdulillah, perjalanan dan pengalaman yang mematangkan kami. Dibantu pula oleh doktor-doktor yang sangat hebat menyelamatkan nyawa anak kami ketika itu. Alhamdulillah.

“Terus membesar dengan sihat sayang..”

Hari ini, 13 Ogos 2021 anak ini sudah membesar bak juara. Walaupun perkembangannya tidak sama seperti rakan-rakannya yang lain, tapi kami sangat berbangga dengan progressnya pada hari ini.

Terima kasih Ainul Mardhiah. Walid, Mama, dan semua orang sayang kakak. Happy birthday permata hati walid! Walid lelaki pertama yang akan sentiasa lindungi dan sayangi kakak sampai hujung nyawa.

Minat dengan aktiviti pasang memasang

Sementara itu, dalam perkongsian walid Ainul juga, di usia Ainul yang dah mencecah usia 3 tahun, kecenderungan Ainul lebih suka pada pasang memasang.

Kita bagi dia mainan ni, tapi lain pula yang dia main. Dia minta screwdriver, lepas tu nak buka sendiri selepas Ainul tengok saya tukar bateri tadi.

Saya nampak, Ainul suka pasang memasang macam ni. Dulu masa beli meja di shopee, saya pasang sendiri di rumah, Ainul di sebelah tekun tengok saya pasang.

Apa pun, Happy Birthday Kakak yang ketiga tahun. Walid doakan kakak sentiasa sihat dan ceria. Jadi anak yang solehah dan menyenangkan hati ibu bapa dan orang sekeliling.

Kredit: Ahmad Safiuddin

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN