Sekeping gambar baby walker lama, kotor, berhabuk dan jelas lusuh dimamah masa tiba-tiba jadi punca gelak ketawa satu Malaysia.
Itulah yang berlaku apabila seorang isteri memuat naik prank terhadap suaminya di Threads, memaparkan gambar sebuah baby walker yang boleh dikatakan… “veteran”.
“Nak tak ni? Ada orang nak bagi je”
Isteri tersebut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp mereka. Dalam mesej, si isteri bertanya dengan nada biasa:
“Nak tak ni? Ada org nak bagi je.”
Disertakan sekali gambar baby walker yang jelas berlumut, kusam, roda berkarat dan kusyen sudah kehitaman.
Reaksi suami? Terus buat ramai tak kering gusi.
”Biarlah anak aku merangkak sampai tua..”
Ads
Lantaran perkongsian itu, telah menjadi trending di kalangan ibu-ibu.
Apa yang menarik, isu ini tak berhenti setakat lawak suami isteri.
Ads
PELBAGAI REAKSI JUJUR SUAMI MENCUIT HATI
Di Threads, posting ini mencetuskan lebih 4.6K komen dan lebih 12,000 perkongsian, dengan pelbagai reaksi.
Ayat spontan itu terus jadi highlight dan dikongsi ribuan kali.
“Ouh. Kalau ada org nak bagi saja okay je.”
“Boleh buat bakar-bakar nanti.”
“Nanti nak gi camping boleh buat unggun api.”
Pedas, jujur dan sangat husband
Ads
Apabila si isteri berseloroh mahu ambil sahaja walker itu, jawapan suami makin ‘keras’:
“Guane hitam gitu…
Kena azab api neraka ke ganu.”
“Dulu anak kita pakai walker macam ni jugak, tapi zaman tu lain…”
INFO TAMBAHAN PA&MA
Apa yang pasti, walau niat asal hanyalah gurauan, ramai ibu bapa harus ambil peduli keselamatan penggunaan walker ini.
• Baby walker tidak disarankan oleh ramai pakar perkembangan kanak-kanak
• Risiko jatuh, terbalik dan kecederaan agak tinggi
• Bayi sebenarnya tak belajar berjalan dengan betul melalui walker
“Maafkan saya cikgu, saya pakai selipar kerana kasut saya hilang dibawa arus banjir,” luah Nasrin Mukmin Nasir kepada salah seorang guru yang menanti di hadapan pagar sekolah.
Nasrin adalah salah seorang murid yang tetap bersemangat untuk hadir ke Sekolah kebangsaan (SK) Gual To’Deh, Rantau Panjang, Kelantan walaupun hanya berselipar sahaja, selepas kasutnya hilang kerana hanyut dibawa banjir, baru-baru ini.
Risau dimarahi guru
Dia yang pada awalnya dilihat dalam kerisauan akhirnya tersenyum gembira apabila guru bertugas tidak memarahi sebaliknya terus memberi semangat dan mengucapkan syabas kerana tetap hadir walaupun baru sahaja ditimpa musibah.
“Saya sudah tiada kasut lain untuk dipakai, selain tidak mahu menyusahkan ibu untuk membeli yang baharu. Oleh itu, saya cekalkan hati untuk datang juga ke sekolah dengan berselipar getah sahaja.
“Abah saya hanya mengambil upah sebagai buruh dan ibu pula tidak bekerja, sudah pasti mereka sukar untuk mencari wang memandangkan kediaman kami juga teruk ditenggelami banjir.
“Sejujurnya, saya cemburu melihat rakan lain mampu ke sekolah hari ini dengan lengkap berkasut baharu, tetapi saya cekalkan hati kerana mengingatkan pesan ibu untuk terus belajar walau dalam keadaan apa sekali pun,” katanya ketika ditemui di SK Gual To’Deh pada hari pertama persekolahan.
Kasut tak hilang, tapi penuh lumpur
Sementara itu, bagi Mohd Anas Ashraf, 9, dia tidak malu untuk datang ke sekolah dengan berselipar getah kerana teruja untuk berjumpa rakan-rakan dan memulakan sesi pembelajaran di dalam kelas bersama guru.
“Kasut saya ada, tidak hilang dibawa arus banjir tetapi disaluti lumpur yang teruk. Ibu saya dah cuba mencucinya berkali-kali namun lumpur tetap tidak hilang jadi ia perlu dibeli baru.
“Saya datang dahulu ke sekolah dengan berselipar hari ini, kerana ibu dan ayah berjanji untuk membelinya dalam masa terdekat selepas mereka boleh kembali bekerja.
“Sebenarnya saya takut juga dimarahi guru kerana tidak berpakaian lengkap, namun berasa lega kerana cikgu membenarkan kerana faham akan situasi kami yang menjadi mangsa banjir,” katanya.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nahas jalan raya pelajar UiTM Dungun, Muhammad Ammar Danish sebak terkenang saat manis bersama rakan. Muhammad Ammar Danish juga mengakui tidak begitu ingat bagaimana kemalangan itu berlaku.
“Saya tak ingat sepenuhnya kejadian yang berlaku itu, sedar-sedar sudah berada dalam longkang,” kata pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang terselamat dalam kemalangan mengakibatkan tiga rakannya maut akibat dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Pantai Sura dekat sini pada Rabu.
MUHAMMAD AMMAR DANISH MOHAMMAD RIDWAN, 20, BERKATA, KEJADIAN BERLAKU KETIKA DIA MENUNGGANG MOTOSIKAL BERSAMA ALLAHYARHAM KHAIRIL ANWAR JAMALUDIN, 20, SETELAH PULANG DARI MEMBELI BARANG DI BANDAR DUNGUN.
Menurutnya, dua rakannya iaitu Allahyarham Muhammad Akmal Md Tukirin, 25 dan Allahyarham Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, turut serta bersama mereka dengan menaiki sebuah lagi motosikal.
“Pada awalnya, hanya saya dan Khairil nak pergi beli barang selepas melakukan aktiviti kokorikulum di kampus namun ketika itu Akmal dan Adib turut sama nyatakan hasrat nak ikut kami membeli barang.
“Jadi kami berempat pergi bersama-sama. Saya masih ingat lagi kami sempat bergurau sebelum bergerak balik dan itulah kenangan terakhir saya ingat bersama mereka.
“SAYA TAK INGAT SEPENUHNYA KEJADIAN ITU NAMUN SAKSI MENYATAKAN KAMI DILANGGAR DARI BELAKANG,” KATANYA.
Mengulas lanjut, Muhammad Ammar Danish berkata, dia terkesan dengan pemergian tiga sahabat baiknya itu namun reda dengan perkara yang menimpa mereka.
“Memang sangat sedih sebab tidak sangka kejadian keluar membeli barang bersama merupakan kenangan terakhir saya bersama dengan mereka.
“SAYA DOAKAN SEMOGA ROH KETIGA-TIGA SAHABAT BAIK SAYA ITU DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA GOLONGAN ORANG-ORANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH,” KATANYA DENGAN NADA SEBAK.
“Setakat ini saya tak boleh berjalan dengan laju sebab kaki kiri dan kanan berjahit.
“Kepala pun rasa sakit, doktor kata kesan jatuh. Doakan supaya saya kuat dan kembali sembuh sedia kala,” ujarnya.
Dalam pada itu, Muhammad Ammar Danish memberitahu keadaan kesihatannya semakin beransur pulih. Terbaharu Muhammad Amar Danish dibenarkan pulang pada Ahad.
Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, Pelajar Tahun Dua Sarjana Muda Perakaunan UiTM kampus Dungun, Muhammad Ammar Danish bersama keluarganya akan dihantar pulang ke Keramat, Kuala Lumpur menggunakan ambulans universiti tersebut.
Menurutnya, pelajar berkenaan dilaporkan semakin pulih dan stabil, namun masih memerlukan penjagaan dari sudut mental dan emosi.
“Kita nampak dia sudah tidak begitu trauma cuma proses penjagaan dari sudut kaunseling akan terus berjalan supaya tidak berlaku perkara-perkara yang mengganggu emosi ketika belajar kerana kejadian yang berlaku itu memberi kesan yang sangat besar kepada dirinya dan semua yang terlibat.
“UiTM dengan kerjasama pihak hospital akan terus beri perhatian bagi penyediaan kaunseling bagi rawatan emosi pelajar berkenaan,” katanya.
Dalam pada itu, Maliaman turut merakam ucapan takziah atas kejadian menimpa semua mangsa.
Katanya, kerajaan negeri sentiasa bersedia membantu sekiranya memerlukan sebarang keperluan.
Dalam kejadian pada 7.35 malam itu, tiga pelajar UiTM Kampus Dungun maut manakala seorang lagi rakan mereka parah selepas dua motosikal yang dinaiki mereka dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Pantai, berhadapan UiTM Dungun.
Nahas berlaku ketika kesemua pelajar itu dalam perjalanan pulang ke kampus mereka selepas menyertai aktiviti kokurikulum dan makan malam.
Tiga mangsa yang maut ialah dua penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan.