Dua hari lepas kita dikejutkan dengan pemergian arwah baby Nishka yang menghidap barah otak tahap empat. Pemergian baby Nishka di khabarkan melalui instagram yang ibunya, Puan Khairiah.
Arwah bayi comel itu menjadi perhatian selepas kisahnya tersebat di sosial media beberapa bulan ini. Antara yang turut membantu untuk rawatan baby Nishka termasuklah Mawar Fareeda, pengasas tudung berjenama yang terkenal.
Pada pagi tadi, ibu kepada arwah akhirnya menitipkan kata-kata terakhir di Instagram buat anak syurganya yang tercinta yang telah pergi menemui pencipta buat selamanya.
Nishka sayang… sukar utk kami menerima kepulanganmu nak..mungkin semua org npk mmy daddy Nishka kuat dan tabah..tp mereka tidak tahu kami rebah kehilanganmu..kami rindu kamu… kami rindu rutin harian kami di husm..rindu utk cium kamu tnpa henti..lap mulut kamu setiap masa..rindu bau kamu..rindu utk bisikan di telinga kamu,menyatakan kamu bby kuat..kamu boleh sembuh dan balik umah main dgn kak keisha dan kak kayla nti2…
tp kami redha..kamu hanya PINJAMAN Allah utk kami..pinjaman terindah dan paling manis utk kami berdua dan utk semua org yg mengenali kamu melalui wajah comelmu dan kisahmu…kamu disayangi oleh semua org..Wajahmu,kisahmu..buat semua org sayang pd kamu..
adik..mummy daddy rindu adik sangat..maafkan mummy amik masa utk update ttng kepulangan adik ke syurga..berat utk mmy menulis walaupun hanya secebis bingkisan ttng kepulangan mu sayang…bermainlah disyurga sana sayangku Nishka..adik tunggu mummy daddy disana ya sayang 😭…
A post shared by kheriy_khairiah (@kheriykhairiah_nishkaofficial) on
Berita Pemergian Nishka Di Sampaikan Oleh Mawar Karim (Mawar Fareeda)
Al- Fatihah…Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un… Baby Nishka berehat la di Syurga menanti awak di sana 😔😣. Setelah berjuang bertarung nyawa. Allah lebih sayang kan baby Nishka. Ibubapa baby Nishka akan tunggu di syurga ya anak… 😞 – Kami sayang baby Nishka 😣😔. Mari kita sedekah Al Fatihah n doa kan baby Nishka @kheriykhairiah_nishkaofficial – – (Menerima panggilan dari ibu baby Nishka mengatakan baby Nishka dah pergi tinggal dunia 😔) – (Sejujur nya memang tidak mampu utk sy melihat anak syurga ni tabah bertarung nyawa ) 😔😔
Secebis bingkisan kepulangan arwah baby Nishka mengundang sebak warga net. Rata-rata sedih dan mengucapkan takziah atas pemergian baby comel itu. Malah ada juga kenalan terdekat berkongsi pengalaman saat-saat akhir sebelum jenazah kecil itu dikebumikan.
Sebak dan tiada satu ungkapan pun mampu diucapkan apabila anak kesayangan yang baru 15 hari dilahirkan pergi buat selamanya.
Jasmine, 25 ibu kepada bayi tersebut pada hari yang sama baru sahaja mendaftarkan kelahiran anaknya yang diberi nama Freddie Heasman.
Namun, baby Freddie meninggal dunia di kediaman mereka di Cheltenham, England pada hari yang sama. Kejadian ini sekaligus menyebabkan Jasmine terpaksa mendaftarkan kematian bayi mereka pada hari yang sama.
Yang menghairankan, baby Freddie tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan punca kematian belum dikenalpasti.
“Semuanya berlaku terlalu pantas dan hanya sekejap sahaja masa dapat diluangkan bersama anak kesayangan kami.
“Dia seorang bayi yang ceria. Bayi yang comel namun semuanya pergi sekelip mata”tambah Jasmine
Malah katanya lagi, pembesaran dan perkembangan bayi itu juga agak lambat. Dia mengesyaki Freddie mempunyai masalah apabila dilahirkan dengan berat hanya 1.8 kilogram sahaja.
Namun hingga kini masih tiada jawapan yang dapat menjelaskan tentang punca sebenar kematian itu.
Sumber: Daily Star
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiga tapak kaki bersaiz kanak-kanak dianggar berusia dua hingga tiga tahun, ditemui di belakang sebuah bengkel di Pelabuhan Sepanggar di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata perkara itu disedari seorang pekerja bengkel itu apabila ternampak beberapa ekor anjing sedang bermain, sambil menggigit kaki-kaki yang telah mereput kira-kira jam 6 petang tadi.
“Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, sepasukan anggota yang menjalankan pemeriksaan menemui tiga tapak kaki tanpa anggota badan lain, di bahagian belakang sebuah bengkel lori.
“Pemeriksaan lanjut mendapati, tiada kesan potongan di tapak kaki berkenaan dan hanya ada kesan gigitan yang dipercayai gigitan binatang,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut berhampiran lokasi penemuan tapak kaki itu, juga tidak menemui anggota badan yang lain.
“Ia menjadi tanda tanya, sama ada ia milik kanak-kanak hilang atau kanak-kanak yang dikebumikan sebelum ini, yang dikhuatiri digali oleh anjing sebelum membawa tapak kaki itu ke kawasan berkenaan.
“Siasatan masih dijalankan oleh pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan dibantu pasukan Forensik, termasuk anjing K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah,” katanya.
Sehubungan itu, Habibi meminta orang ramai yang tinggal di lokasi berhampiran dan kehilangan anak atau sebelum ini pernah mengebumikan kanak-kanak, supaya memaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Polis akan melakukan siasatan daripada semua aspek, bagi mengenal pasti identiti pemilik tapak kaki itu,” katanya. – BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini tular sekeping gambar dimana seorang budak cedera apabila termakan umpan milik bapanya. Menurut sumber, kanak-kanak tersebut mungkin tidak dapat membezakan umpan dan makanan kerana mangsa masih kecil.
Rata-rata netizen termasuk kaki pancing menasihati agar meletakkan barang yang merbahaya di tempat yang tinggi dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
Memasukkan objek ke dalam mulut, bukanlah satu penyakit; ia perkara semula jadi dan cara bayi anda mempelajari dunia sekeliling mereka. Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita adalah untuk mengawasi mereka setiap masa dan seberapa yang boleh, memberi mereka persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.
Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa bayi berumur 6-18 bulan menghabiskan 30 minit sehari memasukkan pelbagai objek ke dalam mulut, menggigit, menghisap, dan meleleh air liur pada sebarang objek yang mereka dapat. Walaupun secara puratanya tempoh masa mereka memasukkan objek ke dalam mulut tidak begitu lama jika dibandingkan dengan tempoh bayi tidur, namun apa yang ibu bapa harus berwaspada adalah masa 30 minit ini terjadi sepanjang hari.
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh guna yang memberi manfaat sama menang kepada kecenderungan petatih anda untuk memasukkan sesuatu ke dalam mulut dan pada masa yang sama tidak membimbangkan anda:
1. Rumah yang selamat untuk bayi.
Jangan tinggalkan barangan peribadi anda bersepahsepah di atas lantai rumah.
Beli bekas yang selamat untuk bayi untuk menyimpan barang-barang yang anda suka letak merata-rata seperti kunci, telefon pintar, duit syiling dan butang-butang. Jauhkan bekas tersebut dari kanak-kanak (letakkan lebih dari 1.75 meter daripada aras lantai).
Jangan lupa bahawa produk-produk beracun seperti bahan pencuci, peluntur dan bahan mencuci yang lain hendaklah disimpan jauh daripada kanak-kanak. Jangan lupa juga untuk melabelnya.
Periksa di bawah kerusi dan di antara kusyen, meja dan permaidani agar tidak terdapat bahan-bahan berbahaya dan pastikan anda kerap melakukannya.
Wayar dan kabel-kabel tambahan hendaklah dipasang di dinding dengan kemas, diikat dengan sempurna dan diletakkan jauh dari penglihatan kanak-kanak dan tidak boleh dicapai. Tutup soket elektrik dengan palam keselamatan atau penutup keselamatan yang tertutup rapat apabila soket tidak digunakan.
Kunci barang-barang tajam dan berbahaya yang biasa terdapat di dalam laci di ruang tamu atau kabinet dapur.
Kabel-kabel telefon sentiasa menjadi ancaman penjerutan, gunalah telefon tanpa wayar buat seketika. Langsir dan kain penutup juga boleh menjadi ancaman – anda hanya perlu mengikatnya cukup tinggi agar tidak dicapai oleh kanak-kanak.
baby-putting-object-in-mouth
Barang-barang yang berbahaya bagi bayi dan petatih: Duit syiling, butang, permainan dengan bahagian-bahagian kecil, permainan yang keseluruhannya boleh dimasukkan ke dalam mulut bayi, guli, belon, pengikat rambut kecil, gelang getah, pen atau penutup marker, bateri kecil jenis butang, magnet peti ais dan ketulan makanan haiwan.
2. Jadi ibu bapa yang cerewet.
Pastikan anda memilih permainan yang sesuai untuk umur anak anda.
Lazimnya pengilang permainan akan melabelkan produk mereka dan ini dapat membantu anda mengenalpasti jenis permainan yang sesuai untuk bayi anda.
Pastikan permainan yang anda beli dibuat dengan sempurna dan tidak mudah rosak.
Kenalpasti dan ketahuilah mekanisma permainan yang anda beli. Perhatikan bahagian-bahagian kecil, komponen yang mudah tanggal dan bucu-bucu tajam.
Sentiasa awasi kanak-kanak kecil bermain. Jangan lupa juga untuk menyimpan semua permainan di dalam bekas selepas bermain.
Jangan membiarkan anak yang lebih dewasa berkongsi permainannya dengan bayi kerana permainan kanak-kanak yang lebih dewasa mungkin tidak sesuai untuk bayi anda. Begitu juga dengan makanan. Adakalanya, adik beradik suka berkongsi makanan atau gemar menyuap bayi makan. Ia adalah cara yang baik untuk mengajar mereka menjadi bertanggungjawab tetapi pastikan anda menerangkan kepada mereka apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan dan sentiasa awasi mereka!
3. Sentiasa selia.
Selia semasa waktu makan, pastikan anda dan pasangan anda atau pengasuh sentiasa ada untuk menyelia.
Seorang kanak-kanak harus duduk tegak semasa waktu makan, mereka tidak seharusnya makan sambil bermain, berlari atau berjalan, dan elak juga daripada memberi makan di dalam kereta.
Jika anda ingin memberi anak anda makanan pepejal, gigit sedikit untuk menjadikannya saiz kecil sebelum memberi kepada bayi anda atau potong menjadi saiz yang boleh digigit iaitu tidak melebihi ½ inci.
Masak makanan keras seperti karot atau brokoli sehingga lembut dan boleh dikunyah. Elakkan sama sekali kacang, bijian atau bertih jagung, tidak berbaloi mengambil risikonya.
Kerap menghidrasi anak anda apabila makan tetapi elak daripada minum sambil makan, sebaliknya beri minuman antara suapan.
Adalah penting untuk menghentikan pemberian makanan bayi dan memberi anak anda makanan yang lebih pejal – ia perlu dilakukan secara berperingkat dan dengan selamat.
Adalah lebih baik untuk memberitahu kepada mereka yang terlibat dalam penjagaan anak anda mengenai jenis makanan yang boleh dan tidak boleh diberi kepada bayi anda sehingga dia boleh mengunyah atau boleh menerima makanan pepejal dengan sempurna.
AAP telah menyenaraikan bahan-bahan makanan berikut sebagai bahaya tercekik bagi kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun: hot dog, gula-gula keras, gula-gula getah, kacang-kacang dan bijian, ketulan keju, anggur yang tidak dipotong, bertih jagung, ketulan mentega kacang tanah, sayur mentah, dan kismis.
Kemungkinan besar sepanjang tahun pertamanya, anak anda telah memasukkan pelbagai jenis objek ke dalam mulutnya. Tetapi ingatlah bahawa bukan semua perkara itu menyeronokkan dan satu permainan. Tercekik benar-benar mengancam anak anda dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, ambillah langkah berjaga-jaga, sentiasa menjaga keselamatan dan berwaspada, ketahui mengenai keputusan yang diambil berkenaan anak kesayangan anda. Juga tidak merugikan untuk mempelajari beberapa pengetahuan asas mengenai resusitasi kardiopulmonari (CPR) kanak-kanak dan teknik menyelamat atau pertolongan cemas kerana ia boleh membantu menyelamatkan nyawa anak anda jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.
Tidak kira samada bayi, petatih, atau kanak-kanak sekolah, rumah anda harus menjadi tempat di mana anak anda boleh menjelajah dengan selamat. Lagipun, menyentuh, memegang, memanjat, dan menjelajah merupakan aktiviti-aktiviti yang membantu tubuh dan minda anak anda berkembang, dan ia harus digalakkan.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.