Ads

Wanita 62 Tahun Hamil , Bukti Rezeki Anak Datang Tanpa Mengira Usia

Rezeki Menjadi Ibu Pada Usia Warga Emas

Siapa sangka, di usia warga emas pun masih ada rezeki untuk bergelar ibu. Kisah benar ini membuktikan bahawa takdir tuhan tidak pernah mengenal usia. Kita mungkin boleh merancang, tetapi akhirnya tuhan juga yang menentukan segalanya.

Secara semula jadi, tidak boleh, apabila seorang wanita dah menopause. Ini kerana ovari sudah berhenti mengeluarkan telur. Haid dah terhenti sepenuhnya (biasanya 12 bulan berturut-turut) dan hormon estrogen & progesterone menurun drastik. Tanpa telur, kehamilan secara natural memang mustahil. Kecuali wanita yang sudah menopause masih boleh hamil jika guna mendapatkan rawatan IVF (In Vitro Fertilization). Sebagaimana kisah benar kepada wanita berusia 62 tahun ini atau boleh digelar sebagai warga emas.

Biarpun kisah ini bukan berlaku di Malaysia ia memberikan kesedaran kepada kita bahawa usaha yang bersungguh untuk mendapatkan zuriat tanpa putus asa perlu ada bagi setiap pasangan yang inginkan anak.

Wanita ini pada usia  62 tahun hamil enam bulan di China kini menjadi perhatian ramai selepas kisah kehamilannya tular di media sosial. Wanita ini menganggap bayi yang dikandungnya sebagai “kepulangan semula” anak lelaki tunggalnya yang telah meninggal dunia.

Kisah Kehilangan Yang Mengubah Segalanya

Menurut laporan South China Morning Post, wanita dari wilayah Jilin di timur laut China ini kehilangan anak tunggalnya pada Januari 2025. Punca kematian dan usia anak tersebut tidak didedahkan, namun kehilangan itu jelas meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada si ibu.

Sebagai seorang ibu, kehilangan anak adalah ujian yang sangat berat. Kesedihan yang dialami bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan, apatah lagi apabila anak tersebut merupakan satu-satunya zuriat yang dimiliki sepanjang hidup.

Keputusan Menjalani IVF Pada Usia 62 Tahun

Wanita 62 Tahun Hamil , Bukti Rezeki Anak Datang Tanpa Mengira Usia
Gambar sekadar hiasan

Bagi mengubat duka, wanita berkenaan membuat keputusan berani dengan menjalani prosedur persenyawaan luar rahim atau IVF pada pertengahan tahun lalu. Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya pada usia lanjut yang penuh dengan risiko kesihatan.

Ads

Namun bagi wanita 62 tahun hamil ini, keinginan untuk kembali merasai naluri seorang ibu mengatasi segala ketakutan. Akhirnya, usaha tersebut membuahkan hasil apabila dia disahkan hamil beberapa bulan kemudian.

Perkongsian Detik Kehamilan Yang Menyentuh Hati

Dalam satu video yang dimuat naik pada hujung Disember, wanita tersebut berkongsi kegembiraannya apabila merasakan bayi dalam kandungannya sangat aktif.

“Saya rasa bayi ini akan lahir lebih awal daripada jangkaan. Dia sangat aktif dan kerap menendang perut saya,” katanya dalam rakaman tersebut.

Mengikut kepercayaan setempat, bayi dikatakan menjadi lebih aktif setiap kali ibunya mengambil makanan manis. Perkara ini sering dikaitkan dengan petanda jantina bayi, walaupun ia tidak mempunyai asas saintifik yang kukuh.

Kepercayaan Tentang Jantina Bayi

Di China, doktor dilarang mendedahkan jantina janin bagi mengelakkan pengguguran terpilih. Walaupun begitu, wanita ini percaya bayi yang dikandungnya adalah lelaki berdasarkan perubahan selera makannya sepanjang kehamilan.

Ads

Kepercayaan ini turut menguatkan keyakinannya bahawa bayi tersebut adalah “hadiah” dan pengganti kepada anak yang telah pergi, sekali gus memberi kekuatan emosi untuk terus melalui kehamilan yang mencabar.

Pemeriksaan Kesihatan Lebih Ketat

Disebabkan faktor usia, wanita 62 tahun hamil ini menjalani pemeriksaan pranatal lebih kerap berbanding ibu hamil biasa. Dia sering ditemani adiknya yang dikenali sebagai Xiao Wei di media sosial, yang juga aktif berkongsi perkembangan terkini kehamilan kakaknya.

Untuk pemeriksaan penting, mereka terpaksa menempuh perjalanan sejauh 170 kilometer ke Changchun bagi mendapatkan rawatan pakar. Perjalanan jauh ini dilakukan demi memastikan keselamatan ibu dan bayi berada dalam keadaan terbaik.

Ads

Pandangan Pakar Tentang Risiko Kehamilan Usia Lanjut

Menurut pakar obstetrik kanan Hospital No 1 Harbin, Dr. Chen Min, kehamilan pada usia lanjut adalah berisiko tinggi dan memerlukan pemantauan rapi.

“Risiko komplikasi meningkat berkali ganda, dan kebanyakan kes hanya boleh melalui pembedahan yang juga mempunyai risikonya tersendiri,” jelas beliau.

Faktor seperti tekanan darah tinggi, diabetes kehamilan dan komplikasi kelahiran antara risiko utama yang sering dikaitkan dengan kehamilan pada usia warga emas.

Perdebatan Netizen Dan Realiti Kehidupan

Keputusan wanita ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen. Ada yang mempersoalkan kemampuan fizikal pasangan tersebut untuk membesarkan anak, manakala ada juga yang bimbang bayi itu bakal membesar tanpa ibu bapa apabila mereka meningkat usia.

Namun begitu, ramai juga yang melihat kisah wanita 62 tahun hamil ini sebagai bukti bahawa rezeki, harapan dan kasih sayang seorang ibu tidak pernah mengenal batas usia. Ia menjadi peringatan bahawa setiap kehidupan mempunyai jalan cerita tersendiri yang telah ditentukan oleh Tuhan.

Sumber: Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

UPSR dan PT3 Dikaji Semula? Keputusan KPM Ini Jadi Harapan Baharu...

KPM mengkaji semula UPSR dan PT3 susulan kebimbangan ibu bapa terhadap sistem penilaian akademik. Keputusan akan dibentang ke Jemaah Menteri.