
Gambar Hiasan AI
Seorang wanita muda dari Russia menjadi tular di media sosial selepas mendakwa dirinya menukar warna mata ketika hamil semata-mata kerana mahu anak yang bakal dilahirkan mewarisi mata berwarna biru.
Wanita berkenaan, yang bekerja sebagai pakar kosmetologi, membuat kenyataan mengejutkan itu ketika menjadi tetamu dalam satu rancangan audio siar perubatan popular di Russia. Katanya, dia menjalani prosedur pertukaran warna mata menggunakan teknologi laser sebelum bersalin kerana percaya DNA akan berubah secara automatik, sekali gus memberi kesan kepada warna mata bayi.
“Saya tukar warna mata sebelum bersalin supaya anak saya lahir bermata biru. DNA akan susun semula dengan sendirinya,” katanya yakin.
Menurut laporan Utusan, walaupun hos rancangan itu kekal tenang mendengar pengakuan berani wanita tersebut, ramai netizen di media sosial tidak dapat menahan gelak. Mereka menganggap kenyataan itu tidak logik dan mengelirukan.
Antara komen lucu yang ditinggalkan:
Lucu tetapi dalam masa yang sama, ramai juga yang bimbang dengan penyebaran maklumat tidak berasas seperti ini yang boleh mengelirukan wanita lain, khususnya bakal ibu yang mudah terpengaruh dengan trend kecantikan pelik di media sosial.
Menurut pakar perubatan, memang wujud beberapa prosedur moden untuk menukar warna mata seseorang seperti:
Namun semua ini hanyalah rawatan kosmetik sementara dan langsung tidak mengubah struktur genetik atau DNA seseorang. Ini bermakna, warna mata bayi tidak boleh dipengaruhi oleh prosedur kosmetik yang dilakukan ibu.
“Perubahan kosmetik tidak pernah diwarisi oleh anak. Warna mata bayi hanya ditentukan oleh gabungan gen ibu dan ayah,” jelas pakar genetik.
Hakikatnya, warna mata bayi ditentukan oleh jumlah pigmen melanin dalam iris — yang diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa.
Jika kedua-duanya mempunyai mata cerah, peluang bayi bermata biru memang lebih tinggi. Tetapi jika salah seorang memiliki gen mata gelap, warna itu akan menjadi dominan.
Selain itu, ramai bayi dilahirkan dengan mata kelabu atau biru pucat, dan warna itu akan berubah secara semula jadi dalam masa 6 hingga 12 bulan pertama kehidupan apabila sel pigmen berkembang sepenuhnya.
Sebagai ibu, kita memang ingin anak lahir dengan rupa yang comel, kulit cerah, mata cantik tapi percayalah, kecantikan anak tidak datang daripada warna mata bayi, tetapi daripada kasih sayang yang kita curahkan setiap hari.
Trend seperti ini mungkin kelihatan menarik di media sosial, tapi kesihatan ibu dan bayi jauh lebih penting. Nikmatilah setiap detik kehamilan dengan penuh syukur kerana setiap anak itu unik dan sempurna dengan caranya sendiri.
BACA LAGI : Mata Bayi Asyik Meliar? Ini Cara Mak Ayah Nak Tahu Perkembangan Penglihatan Si Manja