Watie Hanifiah, isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal Shuib, kembali menjadi perhatian selepas timbul dakwaan bahawa dirinya kini sedang hamil. Namun, Watie memilih untuk tidak mengesahkan mahupun menafikan berita tersebut, sebaliknya memohon agar semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Watie Hanifiah Mohon Doa, Enggan Sahkan Kehamilan
Watie atau pemilik nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, menjelaskan bahawa dia masih berhati-hati untuk berkongsi sebarang berita gembira selepas melalui pengalaman pahit keguguran pada Mei lalu.
“Saya mohon semua pihak untuk mendoakan yang terbaik. Selepas melalui fasa yang menyayat hati sebelum ini, saya mohon semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat saya.
Apa sahaja yang anda nampak pada tubuh saya ini, doakanlah saya sihat. Saya tidak menidakkan apa-apa dan jika mengiyakan pun, doakanlah yang baik-baik,” katanya ketika ditemui portal OhBulan!.
Trauma Keguguran Buat Watie Lebih Berhati-Hati
Menurut Watie Hanifiah, pengalaman kehilangan kandungan beberapa bulan lalu memberi kesan emosi yang mendalam dan membuatkannya lebih berhati-hati serta trauma untuk mengumumkan sesuatu terlalu awal.
Ads
“Ia sentiasa membuatkan saya teringat dan trauma setiap hari. Ada kalanya saya tertanya-tanya, ada ke rezeki saya lagi selepas ini? Sebab itu saya berasa takut untuk berkongsi ketika ini.
Saya juga tidak mahu menidakkan kerana kata-kata itu juga satu doa. Kalau kita cakap tiada, takut Allah betul-betul ambil nanti,” luahnya dengan penuh sebak.
Watie Hanifiah Simpan Harapan Bergelar Ibu
Namun, di sebalik ketakutan itu, Watie tetap menyimpan harapan besar untuk bergelar seorang ibu.
Ads
“Jika kandungan ini menjadi, saya harap dapat menjadi ibu yang lebih baik, sama ada untuk anak kandung mahupun anak-anak tiri,” ujarnya penuh harapan.
Sebelum ini, spekulasi mengenai kehamilan Watie semakin hangat apabila Shuib memuat naik gambar isterinya yang sedang tidur dengan perut kelihatan sedikit menonjol, hingga ramai peminat mengucapkan tahniah dan doa buat pasangan ini.
Ads
Perjalanan Cinta Watie dan Shuib
Untuk rekod, Shuib dan Watie Hanifiah mendirikan rumah tangga pada Jun 2023, selepas dua tahun Shuib bergelar duda susulan pemergian isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin, pada tahun 2021.
Kini, ramai peminat dan pengikut media sosial pasangan ini tidak putus-putus menitipkan doa agar Watie dikurniakan kesihatan yang baik serta rezeki zuriat yang dinanti-nantikan.
✨ “Jika benar ada rezeki kali ini, semoga segalanya dipermudahkan dan Watie menjadi ibu yang penyayang buat semua anak-anaknya.”
Nota Pa&Ma: Kekuatan Ibu Selepas Keguguran
Buat ibu yang pernah melalui pengalaman keguguran, ketahuilah bahawa anda tidak berseorangan. Ambil masa untuk pulih secara fizikal dan emosi, dan teruslah berdoa kerana setiap ujian itu datang bersama harapan baharu. Allah tidak pernah menutup pintu rezeki bagi hamba-Nya yang sabar dan terus percaya. ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas ramai peminat tak sabar nak tahu jantina anak sulung pelakon Mia Ahmad dan suaminya, Izham Tarmizi.
Heroin drama bersiri Hati Perempuan ini mendedahkan yang dia hamil semula selepas sebulan mengalami keguguran kandungan pertamanya akhir tahun lalu.
Baru-baru ini dalam akaun Instagramnya, Mia telah berkongsi cara penjagaan pantang yang diamalkan selepas keguguran memandangkan ramai pengikutnya yang meminta dia berkongsi tip.
Menurut Mia apa yang penting adalah berpantang betul-betul selepas keguguran.
Selain daripada itu ada beberapa tip yang dikongsi oleh bakal ibu ini termasuklah:
1. Kena tahu tahap kesuburan diri sendiri.
2. Ambil vitamin yang bersesuaian (seeloknya dapatkan nasihat daripada doktor dulu).
3. Amalkan makan makanan yang berkhasiat.
Mia bersyukur kerana dikurniakan rezeki hamil selepas melalui fasa keguguran.
Selain mengamalkan tips-tips berikut, Mia percaya perkara paling utama sekali adalah doa yang tidak putus-putus memohon pada Allah supaya dikurniakan cahaya mata.
Dia turut meminta peminatnya terus mendoakan kandungannya berjalan lancar dan dipermudahkan melahirkan anaknya tidak lama lagi.
Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan bola Johor Darul Takzim (JDT), pada 13 Januari 2017.
Majoriti masalah keguguran berlaku secara spontan dan rawak. Dianggarkan satu dalam lima wanita hamil akan mengalami keguguran. Kebanyakan keguguran berlaku tanpa disedari. Misalnya, haid datang lewat dan tiba-tiba seketul darah keluar (tanpa janin). Wanita itu kemudiannya didatangi haid seperti biasa. Ini dinamakan chemical miscarriage.
Kebanyakan keguguran berlaku dalam trimester pertama di mana usia janin kurang daripada 14 minggu. Sebab-sebab keguguran berlaku kurang diketahui. Namun, kajian menunjukkan kebanyakan keguguran di trimester pertama adalah disebabkan masalah genetik janin tersebut.
Genetik janin bergantung kepada DNA dalam sperma dan ovum serta proses tumbesaran sel-sel yang membentuk janin tersebut.
Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keguguran adalah:
Masalah hormon di dalam tubuh ibu.
Masalah jangkitan kuman atau virus.
Ibu ada masalah perubatan.
Cara hidup tidak sihat seperti merokok dan penyalahgunaan dadah
Usia ibu melebihi 35 tahun.
Ibu mempunyai masalah struktur rahim.
Faktor-faktor yang belum dibuktikan penyebab keguguran pula termasuklah:
Stres hidup (sama ada di rumah atau di tempat kerja).
Hubungan intim suami isteri.
Perkara yang menyebabkan ibu terkejut.
Mengangkat barang-barang.
Wanita yang pernah mengalami keguguran mudah risau atau takut untuk hamil sekali lagi. Namun, bandingkan statistik berikut.
Peluang untuk wanita hamil setelah mencuba selama setahun adalah 80%.
Peluang untuk wanita hamil setelah mengalami keguguran sekali lagi adalah sekitar 77%.
Peluang untuk wanita hamil setelah melalui keguguran TIGA kali berturut-turut adalah 60%.
Peluang untuk wanita hamil selepas keguguran adalah amat baik. Oleh itu jangan takut untuk mencuba lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada yang lebih menggembirakan untuk setiap pasangan suami isteri selain daripada berita kehamilan sang isteri. Walaupun bukan kehamilan yang pertama, keterujaan hati tetap sama tatkala dimaklumkan isteri hamil lagi.
Pelakon Idzham Ismail ada berkongsi berita gembira tentang isterinya, Siti Nur Abilah atau mesra disapa Bella yang kini sedang berbadan dua.
Berita tersebut dikongsi oleh pelakon Bukan Gadis Biasa ini melalui akaun Instagramnya.
Menerusi perkongsian yang dibuat, Idzham dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan artis.
Idzham dan Bella yang bekerja sebagai pramugari MAS diijabkabul pada Ogos 2016. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Nur Sofea Inara yang kini sudah berusia 3 tahun.
Tahniah diucapkan kepada Idzham dan Bella dengan kehamilan anak kedua ini. Pasti kaka Sofea juga tak sabar nak tunggu kelahiran bayi yang bakal dilahirkan oleh ibunya kelak. Semoga semuanya dipermudahkan!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.