Webinar Aku Tak Takut Beranak yang dianjurkan oleh Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari pada Ahad (27 Jun 2021) lepas dapat sambutan 3000 orang peserta yang berdaftar.
Webinar keibubapaan ini berjaya mencapai matlamatnya untuk menyebarkan ilmu keibubapaan kepada bakal papa mama dan mereka yang sudah pun mempuyai anak.
Webinar yang bermula seawal 8 pagi ini mengumpulkan peserta berdaftar untuk menonton live webinar dalam Facebook Close Group Aku Tak Takut Beranak.
Acara awal pagi dimulakan dengan hos Nazira Nazir, penulis buku 9 bulan 10 hari bercerita tentang perjalanan webinar ini serta cabutan bertuah pusingan pertama yang menawarkan sembilan hadiah daripada para penaja.
Sesi pagi dimulakan dengan Tazkirah Suami Isteri Bahagi, Kunci Anak-Anak Berjaya oleh penceramah bebas yang digemari ramai iaitu Dato’ Ustaz Kazim Elias.
Ternyata ceramah di awal pagi mendapat sambutan hangat daripada ramai ibu ayah yang menonton kerana ramai memberikan komen tanda seronok & berterima kasih dengan ilmu yang dikongsi.
Bagi mengelakkan kebosanan peserta yang menyaksikan live webinar dari rumah masing-masing, maka cabutan bertuah dilakukan pada setiap kali selesai panel berceramah.
Tajuk utama Aku Tak Takut Beranak yang dinanti-nantikan oleh peserta dalam kalangan ibu hamil disampaikan secara santai oleh Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Dr Maiza Tusimin yang live dari kliniknya di Prince Court Medical Centre.
Sesi ini yang diacarakan oleh hos Pa&Ma iaitu Nik Nurul Fatin yang turut bertindak membacakan banyak soalan tentang topik kehamilan dan kelahiran yang ditanya oleh para peserta.
Ads
Selain itu pada hari webinar Pa&Ma membuat tawaran bagi yang mendaftar sebagai Moms To Be Vip Member di toko.ideaktiv.com akan berpeluang menyertai Virtual Doktor Online secara eksklusif dan tertutup bersama Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Dr Maiza Tusimin.
Selesai sesi bersama Dr Maiza, ibu hamil sekali lagi berpeluang bertanyakan soalan mengenai persediaan ibu ketika hendak bersalin dan berpantang di bawah tajuk Labour To Pantang yang dikupas oleh Dr Afida Sohana, Pegawai Perubatan Perbidanan dan Sakit Puan di salah sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Perkongsian daripada Broku iaitu salah seorang panel webinar mengenai pengalaman hidupnya membesarkan anak istimewa memberi inspirasi kepada para ibu bapa lain untuk sentiasa reda dan kuat demi menjadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak.
Di sebelah petang, selesai para peserta webinar berehat dan bersolat, mereka berpeluang mendengar perkongsian daripada selebriti papa yang sentiasa memberi inspirasi dalam membesarkan anak-anaknya iaitu Dato’ Fazley Yaakob.
Positive Parenting yang dikongsi oleh beliau ternyata memberi motivasi kepada peserta untuk mencontohi cara Fazley membesarkan anak-anaknya.
Ads
Rata-rata peserta meninggalkan komen positif dan kekaguman mereka dengan cara papa selebriti ini melayan dan mendidik anak-anaknya secara lembut tetapi tegas.
Penceramah terkenal, Ustaz Don Daniyal menambahkan lagi keseronokan peserta mendengar perkongsian ilmu keibubapaan apabila beliau mengupas tajuk Peranan Suami Dari Awal Kahwin Sampai Mendidik Anak-Anak.
Ustaz Don yang terkenal dengan gaya penyampaian santai dan gemar membuat jenaka ternyata membuatkan ramai peserta rasa terhibur namun dalam masa yang sama mendapat ilmu bermanfaat.
Sebelum webinar berhenti berehat, Dr Rizal Abu Bakar, Presiden Neuroversiti yang terkenal di media sosial sering berkongsi ilmu mengenai otak manusia menyampaikan ceramah tajuk Rangsang Otak Anak Dari Dalam Kandungan.
Ads
Ternyata perkongsian Dr Rizal memberi manfaat kepada peserta yang sedang hamil kerana rata-rata mereka teruja belajar tentang jenis-jenis makanan yang elok diamalkan makan ketika hamil untuk membentuk otak anak bijak apabila lahir kelak.
Selesai solat maghrib, peserta webinar mendengar perkongsian ilmu lebih santai oleh Nazira Nazir yang berkongsi tentang tip penyusuan susu ibu, kepentingan ibu bapa membuat amalan-amalan baik supaya dipermudahkan mendidik anak.
Sesi sebelah malam lebih santai apabila Dr Deena daripada Dr Shah Hair Clinic mengupas tajuk Penjagaan Rambut Dan Kesihatan Selepas Bersalin. Ternyata topik ini mendapat sambutan daripada peserta wanita yang rata-rata mempunyai masalah keguguran rambut selepas bersalin.
Sesi yang paling dinanti-nantikan oleh peserta iaitu cabutan bertuah hadiah utama yang menawarkan sebuah handphone, tiket penginapan di hotel, pam susu, bantal zikir Moors & Co, Lazz Susu Kambing, Prenatal Set Tanamera dan hamper butik TATEH.
Lain-lain penaja hadiah cabutan bertuah termasuk Stretchmark soap & lotion FieGlow dan Set Anggun Setsuri.
Webinar keibubapaan terbesar ini melabuhkan tirai tepat jam 10 malam. Rata-rata peserta yang setia menanti dari pagi sampai malam berpuas hati dengan ilmu yang dikongsi oleh semua panel terlibat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketua Pegawai Eksekutif Nufiya Empire Sdn. Bhd dan juga Pengasas, Yaya Suhaimi hari ini melancarkan produk baharu keluaran Nufiya Empire Sdn Bhd, King Kaffe yang diadakan di Port Dickson.
King Kaffe, dihasilkan dari gabungan bahan khas seperti Kopi Arabica, Ekstrak Tongkat Ali, Ekstrak Ubi Jaga, Ektsrak Butea Superba, Ekstrak Catuaba, Ekstrak Maca, dan Ekstrak Guarana khas untuk lelaki. Menurut Pengasas, Yaya Suhaimi, produk ini lulus KKM dan dikilangkan di kilang bertaraf GMP.
“Antara kelebihan King Kaffe adalah untuk membantu masalah kesihatan kaum lelaki. Meskipun produk ini baharu sahaja dilancarkan, tetapi sebanyak 5000 set telah terjual, di mana mereka membuat pembelian lebih awal. Doakan agar King Kaffe terus mendapat tempat di hati pengguna,” jelas Yaya Suhaimi.
Dalam pada itu, Yaya Suhaimi turut mengajak orang ramai terutama suri rumah untuk menjana pendapatan sendiri dengan menyertai #avengersnufiya. “Setiap individu berpeluang menjadi usahawan dengan modal hanya serendah RM300 sahaja. Sistem kami memberikan kelebihan dimana setiap dropship, agen, stokis, senior stokis dan leader dapat mengumpul mata ganjaran dan tebus. Jadi semua akan dapat merasa ganjaran ataupun reward.
“Leader Nufiya setakat ini berjaya capai RM100,000 sales sebulan. Dan kita mahu membantu ramai lagi suri rumah untuk mendapatkan pendapatan seperti itu,” jelasnya.
Lebih membanggakan, di dalam majlis itu juga turut menyaksikan upacara penyampaian sijil Jenama Pilihan Pa&Ma 2020 kepada Nufiya. Editor Pa&Ma, Emy Haznida Hazairul Sham telah menyampaikan sijil tersebut sebagai tanda penghargaan kerana jenama Nufiya telah dipilih sebagai Minuman Tambahan Ibu Pilihan.
Sempena pelancaran ini, Nufiya Empire Sdn.Bhd turut mengambil kesempatan untuk menghargai team yang hadir dan akan menyerahkan penghargaan khas buat mereka seperti hadiah, trofi, dan juga sijil penghargaan.
Majlis bertemakan Glitter and Glamour ini telah dihadiri seramai 95 orang yang terdiri daripada team Nufiya HQ, stokis, dan #avangersnufiya dan turut menampilkan Najib Assaddok serta isteri sebagai tetamu khas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Timbalan Menteri pengangkutan, YB Dato’ Hj. Kamaruddin di pelancaran kempem Malaysia Save Our Future yang digerakkan oleh Tateh telah mengumukan cadangan bahawa orang ramai diwajibkan memasang kerusi keselamatan kanak-kanak pada setiap kenderaan peribadi mereka yang akan berkuat kuasa pada tahun 2020.
Ini bagi memastikan setiap kanak-kanak berada dalam keadaan yang selamat jika berlaku sebarang kemalangan. Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) 73% kanak-kanak yang terlibat dengan kemalangan maut di jalan raya adalah disebabkan pengabaian ciri keselamatan oleh ibu bapa.
Melalui sidang media, Dato’ Hj. Kamaruddin menyatakan bahawa mengikut statistik kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta pada tahun 2017, seramai 35 orang kanak-kanak dibawah umur 5 tahun kebawah maut. Ini amat menyedihkan dan pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk melakukan kempen sepanjang 2019 untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi.
Badan bukan kerajaan juga turut mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai. Tateh bersama Child Passenger Safety Malaysia (CPSM), telah bergerak aktif dalam memberikan latihan dan kelas kepada hospital-hospital kerajaan mahupun swasta.
Kempen Malaysia Save Our Future, akan diteruskan dengan berkolaberasi bersama Plus Malaysia Berhad. Pemilihan 4 lokasi perhentian lebuhraya R&R ialah Dengkil Utara, Gunung Semanggul, Seremban dan Tapah.
Program seperti ini bertujuan untuk melihat dan membantu orang ramai tentang pemasangan Child Safety Seat dengan betul dan selamat kerana terdapat ramai ibu bapa yang tidak tahu cara pemasangan kerusi ini dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memandangkan teknologi dan pengaruh media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada penggunaan teknologi. myFirst kini dilancarkan di Malaysia dengan menawarkan peranti ekosistem teknologi selamat yang pertama di dunia.
Aplikasi myFirst Circle pula merupakan alternatif media sosial terbaik untuk kanak-kanak. Jam pintar myFirst Fone R1s dicipta khas untuk kanak-kanak menerokai teknologi dan berhubung dengan selamat dengan kawalan ibu bapa.
myFirst Fone R1s ini dilengkapi dengan panggilan suara dan video, mesej teks, pemain muzik, kamera, jam, GPS serta penjejak kecergasan. Ia turut dilengkapi dengan pemantauan kadar degupan jantung malah pengguna boleh mengumpul lencana menarik sambil mengetahui jumlah langkah mereka setiap hari.
Jam pintar ini juga boleh digunakan untuk melatih kanak-kanak untuk menggunakan tetapan yang terdapat pada jam penggera dan peringatan. Kanak-kanak atau ibu bapa boleh merakam suara untuk digunakan sebagai peringatan. Selain itu, muka jam pintar R1s ini boleh disesuaikan mengikut pemilihan wallpaper beranimasi dan swafoto yang sedia ada!
Jam pintar R1s ini direka oleh G-Jay Yong bersama anak perempuannya, RuFaye Yong – pengurus produk termuda yang hanya berusia 8 tahun! Jam ini merupakan perintis digital terbaharu untuk keselamatan kanak-kanak.
Syarikat ini menyedari keperluan kanak-kanak menggunakan teknologi untuk membantu perkembangan sosioemosi mereka. Pada masa yang sama, penggunaannya perlu dipantau untuk memastikan interaksi bersama orang tersayang dalam keadaan yang selamat.
“myFirst dicipta sebagai pengalaman teknologi selamat pertama buat kanak-kanak. Pengunaan teknologi myFirst membantu proses perkembangan kanak-kanak melalui pengalaman menggunakan peranti yang inovatif dan menyeronokkan.
Kami cuba menzahirkan semula cara kanak-kanak bermain sambil belajar dengan harapan agar ciptaan ini mampu melahirkan komuniti yang membesar dengan pendedahan terhadap teknologi selamat sebelum mereka berhadapan dengan dunia teknologi yang lebih mencabar.
Demi merealisasikan usaha ini, kami telah mencipta aplikasi lingkaran sosial yang selamat buat pengguna peranti myFirst yang dipanggil myFirst Circle,” kata G-Jay Yong, Pengasas myFirst.
Aplikasi myFirst Circle, turut dikenali sebagai “lingkaran sosial kanak-kanak yang pertama di dunia”, menghubungkan aplikasi telefon ibu bapa kepada jam tangan pintar R1s anak mereka selain menawarkan pengalaman yang menyeronokkan. Aplikasi lingkaran sosial ini dilengkapi dengan panggilan suara dan video, mesej, lokasi serta perkongsian sosial yang digunakan oleh kanak-kanak, ibu bapa mahupun rakan-rakan.
Akses ini hanya terhad kepada kenalan rapat untuk berhubung antara satu sama lain melalui myFirst Circle demi memastikan keselamatan pengguna kanak-kanak. Sebarang pengiklanan juga tidak dibenarkan dalam aplikasi ini.
Selain jam pintar R1s, myFirst turut mencipta beberapa produk lain seperti fon kepala aliran tulang, myFirst Headphones BC, Wireless atau Lite. Teknologi pengaliran tulang itu membenarkan kanak-kanak mendengar muzik tanpa menghalang pendengaran mereka agar kekal peka dengan bunyi persekitaran. Selain menawarkan ciri-ciri pilihan teknologi selamat, myFirst turut mempunyai rangkaian produk yang boleh menggalakkan aktiviti seni kreatif untuk kanak-kanak.
Kanak-kanak yang berjiwa seni boleh melukis dengan menggunakan myFirst Sketch, iaitu buku lakaran digital yang membolehkan lukisan disimpan secara digital. Di samping itu, myFirst 3dPen juga membolehkan kanak-kanak untuk mencipta kraf dalam bentuk model 3D. Kanak-kanak yang meminati fotografi pasti akan menyukai myFirst Camera.
Memandangkan teknologi semakin maju, kanak-kanak juga harus didedahkan dengan teknologi lebih awal untuk mengikuti keupayaan pembelajaran secara kognitif. myFirst menawarkan pelbagai pilihan produk supaya kanak-kanak boleh bermain sambil belajar dengan selamat dan mudah diakses oleh ibu bapa.
myFirst dilancarkan secara rasmi di my.myfirst.tech. Ibu bapa boleh membeli produk-produk ini di cawangan yang terpilih [https://my.myfirst.tech/locate-store]
Untuk maklumat lanjut mengenai myFirst dan rangkaian produk, layari www.myfirst.tech
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.