Webinar Penyusuan Terbesar Mama Tak Penat Susukan Anak, Banyak Perkongsian Ilmu BF Bermanfaat

Share

Hebat! Buat julung kalinya Pa&Ma akan menganjurkan webinar penyusuan terbesar Mama Tak Penat Susukan Anak yang akan mengumpulkan lebih daripada 1000 prang peserta pada 5 September 2021 nanti. Tambah menarik, webinar ini juga akan menampilkan barisan panel hebat dan berkredibiliti.

Para panel yang akan memeriahkan webinar terbesar ini adalah seperti Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki yang akan bercerita tentang Pengurusan Emosi Ibu & Amalan Doa Ketika Menyusu serta Kaunselor Laktasi yang dikenali ramai iaitu Pn Asiah Maharam yang mengupas topik Masalah Biasa Ibu Menyusu, Elakkan & Solusinya.

Bukan itu sahaja, webinar pada hari tersebut juga menampilan Dr Hairin Anisa yang merupakan Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Laktasi (IBCLC) dari Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak Adda yang akan mengupas topik istimewa iaitu Covid-19 : Vaksinkan Ibu, Melindungi Bayi. Selain itu, Dr Seri Suniza Sufian, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Prince Court Medical Centre juga akan bersama-sama dalam webinar ini untuk bercakap mengenai Mama Tak Penat Susukan Anak.

Suami dan bapa contoh, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar juga akan turut sama berkongsi pengalamannya dalam menjayakan perjalanan penyusuan isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos. Mengupas topik Sokongan Suami Bantu Kejayaan Penyusuan Susu Ibu, pasti banyak tip yang akan dikongsikan dan boleh menjadi panduan para suami.

Penampilan istimewa dari penyanyi nombor satu Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang akan bercerita tentang Kesibukan vs Tanggungjawab. Pasti ramai yang ingin tahu bagaimana selebriti kesayangan ramai ini membahagikan masa antara kesibukan karier serta tanggungjawab untuk menyusukan anak-anaknya.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyertai webinar ini kerana banyak perkongsian bermanfaat yang dapat membantu perjalanan penyusuan susu ibu anda. Selain perkongsian ilmu penyusuan, para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa cabutan bertuah. Menarik kan?

Webinar ini bukan hanya terhad kepada ibu menyusu sahaja bahkan bakal ibu ayah yang mahu menuntut ilmu penyusuan. Bagi yang mahu mendaftat, anda boleh klik SINI

**Sumber foto: www.shutterstock.com

IKLAN