Percaturan Allah sangat hebat! Dalam keadaan ibunya yang koma, perlu ambil pelbagai jenis ubat dan bergantung susu semata-mata, ternyata Allah sayang baby Jihady Nasywan sehingga lahir sihat sempurna.

Siapa sangka walaupun ibunya, Jahidah Nordin koma sejak kandungan berusia 6 minggu sampailah sekarang ini, tapi kehadiran bayi dalam perut itulah penguat semangat. Ternyata ia satu keajaiban yang tiada siapa pun mengetahuinya.

BACA [“Kak Jahidah Stabil, Baby Sihat.” Wanita Koma Dipukul Suami, Selamat Bersalin]

“Welcome Home Baby J. Ibu Koma Masa Hamil, Kamu Tetap Kuat Sayang!”

Terkini, menerusi perkongsian di Facebook Baby J, nampaknya kepulangan si comel Jihady Nasywan membawa kegembiraan buat seluruh ahli keluarga.

BACA JUGA [Simbolik Kekuatan Kakak, Keluarga Jahidah Pilih Nama Baby, Jihady Nasywan]

Selepas dilahirkan secara emergency czer pada malam 30 November kerana air ketuban ibunya dah pecah awal, kelahiran itu berjalan lancar. Jika ikutkan perancangan doktor,  baby Jihady perlu dilahirkan 1 Disember dan ibunya perlu dibius satu badan tapi Allah lebih mengetahui segalanya.

“Welcome Home Baby J. Ibu Koma Masa Hamil, Kamu Tetap Kuat Sayang!”

IKLAN

Selepas berada di wad selama dua hari, akhirnya baby Jihady dah dibenarkan pulang ke rumah cuma ibu masih lagi dalam pemantauan doktor.

Syukur Ya Allah..Engkau berikan kami Si Comel ini dalam keluarga kami…Selamat Datang Sayang baby J.

Auntie Uncle Grandpa & seluruh rakyat Malaysia sayangkan awak. Kuatnya awak sayang..Auntie tau awak akan jadi insan yang soleh, berjaya dunia akhirat.. Amin.

“Welcome Home Baby J. Ibu Koma Masa Hamil, Kamu Tetap Kuat Sayang!”

IKLAN

Menerusi laporan media sebelum, baby Jihady dilahirkan dengan berat 2 kilogram dan ketika keluar terus menangis seolah-olah memberi petunjuk yang dia sihat walaupun tak mendapat nutrisi yang sepatutnya seperti bayi normal lain.

“Welcome Home Baby J. Ibu Koma Masa Hamil, Kamu Tetap Kuat Sayang!”

Besarnya kuasa-Mu Ya Allah!

“Welcome Home Baby J. Ibu Koma Masa Hamil, Kamu Tetap Kuat Sayang!”“Membesar dengan sihat ya sayang..”

IKLAN

“Welcome Home Baby J. Ibu Koma Masa Hamil, Kamu Tetap Kuat Sayang!”

Namun inilah yang dikatakan Allah Itu Maha Berkuasa. Kun Fayakun! Moga baby Jihady terus membesar dengan sihat, kuat dan menjadi pelindung buat ibunya bila dah besar nanti. Insyaallah!

Kredit: FB Baby J

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

“Welcome Home Baby J. Ibu Koma Masa Hamil, Kamu Tetap Kuat Sayang!”

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI