Buat sendiri mainan anak baru puas hati. Anak pun mesti suka sebab ibu ayah yang buat. Boleh jimat belanja!
Membuat mainan anak sendiri dengan cara DIY memang menjimatkan. Lebih istimewa, ada sentuhan sendiri daripada ibu bapa. Ibu ini, Puan Nur Basirah berkongsikan projek DIY dapur memasak mainan yang dibuat bersama suaminya sebagai hadiah ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-2.
DAPUR KOTAK
Demi memberi sesuatu kelainan untuk anak dara ciqya ini ciqya terfikir untuk buat kan dapur kotak ini untuk dia !
Sempena birthday dia yang dah cukup 2 tahun.
Bukan senang wey nak buat kena sabar.
Ads
Nota tangan : terima kasih kat ketua kelas waktu sekolah dulu. Kalau tak bukan dia kerja 99. susah nak dapat kotak elok dan takde la dapur kotak untuk fatima. Minta 3 kotak je di bagi nya 10
HASIL KEGIGIHAN SELAMA 3 HARI
Puan Nur Basirah yang dihubungi Pa&Ma juga menyatakan yang sebenarnya projek ini boleh siap dalam masa sehari tetapi disebabkan dia tidak boleh menumpukan 100% masa dan hanya boleh buat selepas anak kecilnya tidur, ia memakan masa 3 hari. Katanya lagi, dia jadi bersemangat apabila suaminya juga turut membantu.
Ads
ANAK GEMBIRA TERIMA HADIAH ISTIMEWA HASIL TANGAN IBU & AYAH
Si kecil, Nur Fatima Az’zahra yang menyambut ulangtahun hari lahirnya pada 3 Oktober yang lalu.
“Kali pertama masa dalam proses nak siap tu dia nampak mmg reaksi dia teruja sangat. Siap cakap “wahh” sambil senyum2 malu. Anak saya baru 2 tahun,” kata Nur Basirah.
Bahaya bayi perempuan pakai ‘headband,’ ini tip mak ayah perlu tahu kalau nak pakaikan juga. Memakaikan bayi perempuan dengan aksesori kepala memang menarik. Nampak comel.
Tapi tahukah anda yang bayi boleh berisiko mengalami keadaan leher terjerut dan lemas!
Headband sebagai aksesori kepala membuatkan si kecil nampak comel. Tapi kalau tidak dipantau boleh jadi bahaya pula, silap-silap boleh menyebabkan kes kematian pula!
Trend ibu-ibu sekarang amat suka menggayakan bayi perempuan dengan pelbagi aksesori hiasan kepala. Pelik sangat kalau siapa yang ada bayi perempuan tapi tak menghias kepalanya.
Sebelum anda berasa pelik dengan sesetengah ibu yang jarang menghias kepala bayi perempuan mereka dengan ‘headband’ berbunga besar sekuntum atau reben merah menyala berlabuci berkelipan, sebaiknya anda pertimbangkan beberapa aspek dalam pemilihan aksesori kepala yang boleh mengundang risiko bahaya kepada perkembangan tumbesaran bayi dan keselamatannya.
Menurut Perunding Pediatrik Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun seperti dipetik dalam utusan online, pemakaian aksesori kepala tidak salah jika ibu bapa bijak memilih kesesuaian aksesori untuk bayi mereka.
Beberapa faktor berikut perlu dipertimbangkan sebelum memakaikan bayi anda aksesori kepala.
1. Jenis fabrik aksesori
Tulang bayi ketika usia selepas lahir sehingga 18 bulan amat sensitif, lembut dan masih dalam proses pertumbuhan menyebabkan tulang mereka mudah tercedera.
Jadi, risiko perkembangan tulang bayi terganggu boleh berlaku bergantung kepada jenis aksesori yang dipakaikan sama ada selamat atau tidak.
2. Tahap fleksibiliti regangan aksesori
TULANG DAN OTAK BAYI AKAN MEMBESAR SETIAP HARI DAN JIKA DIPAKAIKAN AKSESORI SEPANJANG MASA, DIBIMBANGKAN AKAN MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN TULANG BAYI SECARA TIDAK LANGSUNG WALAUPUN IA BUKAN PUNCA UTAMA.
3. Saiz aksesori
Headband bayi mesti ditukar setiap bulan kerana otak dan tulang bayi akan membesar dan ukur lilit kepala mereka juga berbeza setiap bulan.
Kalau anda masih memakaikan bayi aksesori kepala yang sama ketika dia baru lahir semasa bayi sudah berusia setahun, kemungkinan tumbesaran tulang kepalanya akan mempunyai masalah.
4. Tempoh masa pemakaian
Pemakaian aksesori terlalu lama atau kerap boleh mengganggu tumbesaran fizikal bayi dan dibimbangkan turut memberi kesan kepada bahagian dalaman.
Sebaiknya aksesori kepala hanya boleh dipakai selama satu hingga dua jam dan sebaiknya dimulakan selepas bayi berusia 18 bulan.
Comel memang comel tapi jangan sampai menyiksa si kecil
5. Kesan kepada kulit bayi
Penggunaan fabrik yang tidak sesuai untuk kulit bayi yang sensitif seperti bulu, renda berbiku dan tajam, mungkin boleh melukakan kulit bayi serta menyebabkan masalah alahan seperti ruam dan kegatalan.
Bahkan penggunaan manik dan labuci juga berisiko menyebabkan bayi yang sudah besar memasukkan ia ke dalam mulut atau hidung.
6. Risiko terbelit
Ibu bapa hendaklah mengawasi bayi semasa memakai aksesori kepala kerana bimbang boleh menutup hidung hingga menyebabkan sukar bernafas atau terjatuh sehingga ke leher lalu menyebabkan leher bayi terbelit dan tak boleh bernafas.
Maka terpulanglah kepada ibu bapa sama ada hendak meneruskan minat untuk memakaikan bayi mereka aksesori kepala atau tidak.
Jangan terlalu teruja dengan pujian rakan-rakan tentang kecomelan anak anda apabila memakai aksesori kepala.
Sebenarnya apa yang lebih penting adalah keselamatan nyawa dan keselesaan si manja berbanding penampilannya apabila dipakaikan aksesori kepala.
Bagi kebanyakan kanak-kanak, memori biasanya bermula dengan peristiwa peribadi tertentu seperti kelahiran adik -beradik yang lebih muda atau percutian istimewa. Sebagai ibu bapa, kita pastinya berharap anak-anak mendapat pelbagai pengalaman positif semasa alam kanak-kanak mereka.
Usia memori
Kebanyakan daripada kita tidak boleh mengingat sebarang kejadian yang berlaku sebelum ulang tahun ketiga atau keempat kita. Dan, kadangkala, kita hanya mampu untuk mengingat beberapa kenangan atau memori sekali-sekala. Meskipun kanak-kanak boleh dan mampu membentuk memori pada usia muda, namun ia akan pudar dari semasa ke semasa. Memori-memori ini akan digantikan dengan memori ‘pertama’ yang lebih baru sehinggalah kanak-kanak itu berusia antara umur 7 dan 10 tahun. Pada ketika ini, memori awal mula terbentuk. Pakar merujuk kepada kitaran mengingat dan memadam ini sebagai amnesia di alam kanak-kanak. Kejadian amnesia kanak-kanak ini adalah normal sepenuhnya dan cenderung mempunyai kesan sampingan pada perkembangan tipikal otak yang kanak-kanak alami.
Pakar juga percaya bahawa bayi tidak mempunyai binaan saraf canggih yang diperlukan untuk membentuk dan menahan pembentukan memori yang lebih kompleks. Otak bayi dan anak kecil seolah-olah seperti kolander dengan lubang besar yang cuba untuk mengekalkan cebisan-cebisan kecil memori. Skil bahasa yang lebih banyak boleh membantu kanak-kanak menghuraikan ingatan mereka dengan lebih baik, seterusnya terpahat dalam fikiran mereka.
Bila kanak-kanak mula mengingat sesuatu perkara?
Meskipun baru masuk dua bulan pertama, bayi akan mengenali wajah dan suara yang biasa mereka lihat/ dengar setiap hari. Bayi baru lahir boleh mengenal suara ibu mereka semasa lahir. Bayi yang menyusu badan pula mampu mengenali bau ibu kereka selepas usia seminggu. Jenis pengenalan ini adalah petunjuk pertama memori, walaupun ia berbeza daripada mengingat perincian episod yang berlaku.
Pengenalan memori bayi – kemampuan untuk mengenal individu dan objek yang mereka pernah lihat sebelumnya selepas beberapa waktu – akan semakin meningkat semasa tahun pertama mereka.
Menjelang 9 bulan, bayi boleh mengingat maklumat dengan lebih spesifik seperti di mana letaknya mainan mereka di rumah. Bayi juga boleh meniru perbuatan yang mereka lihat seminggu sebelumnya. Kemahiran ini menunjukkan bahawa kanak-kanak pada usia ini boleh mengingat semula memori. Ini adalah kemampuan untuk mengingat beberapa perincian pada pengalaman tertentu untuk jangka pendek, meskipun mereka tidak mampu untuk mengingat keseluruhan pengalaman. Memori untuk peristiwa tertentu tidak akan berkembang sehinggalah bayi berusia antara 14 dan 18 tahun.
Pengaruh memori kanak-kanak
Perbualan adalah salah satu cara bagaimana ibu bapa boleh memberikan impak yang besar pada memori kanak-kanak, dan bagaimana mereka boleh menyokong perkembangan anak dengan lebih awal dan menguatkan memori. Pakar memberitahu bahawa kanak-kanak yang bercakap lebih kerap mengenai diri mereka mempunyai lebih peluang untuk menajamkan ingatan memori mereka.
Sebagai ibu bapa, anda boleh bertanyakan bayi anda beberapa soalan terbuka untuk mereka menghuraikan pengalaman peribadi seperti, “Cerita lagi pada ibu,” dan “Apa jadi selepas itu?” Ini akan menyediakan anak anda peluang untuk lebih faham akan perasan dan konsep yang berkait dengan peristiwa, seterusnya meningkatkan kebarangkalian untuk mereka mengingatinya. Diharapkan bahawa aktiviti ini boleh meningkatkan peluang memori pertama mereka sebagai perkara yang menyeronokkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak kebanyakkanya lebih rapat dengan ibunya kerana ayah sibuk mencari rezeki. Masa anak-anak bersama si ibu lebih banyak berbanding bersama dengan ayah. Kadang-kadang anak tak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan yang memerlukan si ayah bekerja lebih masa sehingga lewat malam.
Doktor Taufiq Razif telah berkongsi tentang fakta anak menjadi hebat dan kurang bermasalah dengan adanya bapa yang cakna tentang keperluan dan emosi anak. Ikuti perkongsian ringkas ini.
Nak Anak Kita Hebat dan Kurang Bermasalah?
Cuba la sesekali tu pujuk dan ajar suami kita supaya cakna dan sensitif dengan keperluan dan emosi anak-anak
Bapa yang cakna, sensitif, ambil berat dan terlibat secara langsung membesarkan anak ni dipanggil sebagai INVOLVED FATHER
Anak yang membesar dengan INVOLVED FATHER ni:
– 39% akan skor semua A di sekolah
– 60% lebih rendah kebarangkalian untuk dibuang sekolah
– 75% lebih rendah kemungkinan untuk hamil ketika remaja
– 80% lebih rendah kemungkinan untuk meringkuk di penjara
– 2x ganda kemungkinan untuk dapat kerja yang stabil dan memuaskan di masa hadapan
Kalau nak anak hebat dan berjaya, kita sebagai ibu bapa harus bersama-sama untuk involve dengan emosi dan keperluan anak. Jangan biarkan anak melakukan semua perkara tanpa kita disisi. Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang prihatin dan cakna.
Nampak sahaja objek depan mata, bayi terus menggapaikan tangannya untuk mengambil barang tersebut depan mata. Ini perkembangan yang cukup positif untuk perkembangan bayi di bawah usia enam bulan.