“Ya Allah Anak Rezeki Kita..” Menangis Ibu Ini Ebit Lew Bagi Kereta Untuknya & Anak OKU

Share

Tak sampai 24 jam kisah ibu tunggal, Azimah Abd Rahim, 37, tular setelah terpaksa membawa anaknya, Nurainul Zahirah Rashidi, 6 yang merupakan Orang Kelainan Upaya buta kekal ketika bekerja sebagai penghantar pesanan makanan, Ebit Lew antara individu terawal pergi berjumpa Azimah.

Menerusi perkongsian di Facebook Ebit Lew, beliau telah pergi berjumpa sendiri dengan Azimah untuk bertanya khabar dan mengetahui secara terperinci keperluan yang diperlukan untuk dua beranak ini.  

Kredit: Kosmo (Fariz Rusadio)

Difahamkan, Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah kereta Viva buat Azimah setelah ramai bersimpati melihat kesungguhannya mengendong anak perempuan ketika menghantar makanan sama ada dalam keadaan cuaca panas atau hujan.

Azimah kelihatan menangis dalam kereta yang dihadiahkan Ebit Lew kerana sangat terharu sambil memeluk anaknya dan kata, “Ya Allah, anak rezeki kita. Tak sangka dapat rezeki begini.”

Pernah bantu carikan rumah dan bayarkan sewa

Ebit juga turut mengakui dia sebak dan sayu melihat kekuatan Azimah untuk mencari nafkah demi diri dan anaknya.

“Sayu hati bila ziarah akak ni tadi. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan dengan mengendong anaknya.

“Syukur pada Allah, 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah akak ini dan anak kecilnya sehingga kini. Kami cuba bantu nak carikan pengasuh tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana dia perlu perhatian 24 jam oleh ibunya.

“Menangis bila jumpa akak ni. Katanya dari arwah maknya ingin jumpa saya. Setiap hari doakan saya,” kongsi Ebit.

Hadiahkan kereta untuk mudahkan pergerakan

Hari ini kami hadiahkan sebuah kereta supaya akak ni boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta.

Kadang mengambil tempahan membuat mee kari dengan laksa untuk rumah yang inginkan. Beliau pandai masak juga.

Ya Allah semoga Allah beri kekuatan buat kakak ini bersama anak kecilnya.

Kredit: FB Ebit Lew                                                   

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

IKLAN