Pelakon dan pengarah terkenal, Yana Samsudin membuktikan semangat luar biasa seorang ibu apabila tetap menghadiri majlis konvokesyen di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) meskipun masih dalam tempoh berpantang hari ke-30 selepas melahirkan anak secara pembedahan caesarean.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok rasmi UMPSA, Yana atau nama sebenarnya Norzalina Samsudin berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang berharga untuk hadir ke majlis bersejarah itu walaupun baru sebulan menjalani pembedahan bersalin.
“Saya masuk pantang 30 hari ni, tapi semangat untuk datang konvo memang kuat. Ikutkan tarikh due saya sebenarnya sama dengan hari konvokesyen. Tapi sebab saya lahirkan awal, alhamdulillah dapat hadir juga hari ini. Ini semua rezeki Allah,” ujarnya penuh syukur.
Yana Samsudin Dua Kali Bersalin Sepanjang Pengajian
Yana berkongsi bahawa perjalanan menamatkan pengajian Sarjana dalam Pengurusan Korporat (Master in Corporate Management) bukan sesuatu yang mudah. Selama lebih dua tahun, dia terpaksa membahagikan masa antara kerjaya seni, tanggungjawab sebagai isteri, serta membesarkan dua cahaya mata kecil.
Ads
“Saya habiskan Master ni dengan dua kali bersalin. Memang susah, tak cukup tidur, tapi bila fikir anak-anak, saya nak mereka nampak usaha Mommy dia,” katanya yang tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi pengalaman itu.
Menurut Yana, kejayaan ini bukan miliknya seorang tetapi hasil dorongan daripada suami tersayang, Fadzil Zahari, dan ibunya yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dalam perjalanan akademik serta kerjaya seni.
Terinspirasi Dari Sokongan Suami dan Keluarga
“Saya nak ucap terima kasih kepada suami dan mak saya yang sentiasa mendorong untuk habiskan Master ni. Kalau rasa dah terlewat, SPM tak okay pun, tak apa, buat balik. Belajar dulu, kerja dulu. Banyak peluang yang boleh kita capai kalau ada semangat,” tambahnya memberi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana.
Ads
Pilih Bersalin Awal Demi Hadir Konvokesyen
Menariknya, sebelum ini Yana pernah berkongsi dilema apabila tarikh konvokesyen bertembung dengan tarikh jangka bersalin. Namun selepas berbincang dengan doktor, dia memilih untuk menjalani pembedahan caesarean lebih awal supaya dapat menghadiri majlis konvokesyen tersebut.
Keputusan itu bukanlah sesuatu yang mudah, namun bagi Yana Samsudin, pengorbanan itu amat berbaloi apabila dapat meraikan hasil titik peluhnya dengan penuh rasa bangga di hadapan keluarga dan rakan seperjuangan.
Inspirasi Buat Semua Ibu di Malaysia
Kisah Yana ini menjadi bukti bahawa seorang ibu mampu mencapai impian besar walau dalam keadaan sukar. Dalam pantang, masih lemah tubuh, namun semangatnya kental demi menghargai perjalanan ilmu yang penuh cabaran.
🌸 Pa&Ma mengucapkan tahniah buat Yana Samsudin atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga kisah beliau menjadi inspirasi buat semua ibu di luar sana untuk terus kuat, tidak putus asa, dan percaya bahawa tiada apa yang mustahil bila dilakukan dengan kasih dan semangat seorang ibu.
Hari raya sepatutnya menjadi memori terindah buat umat Islam. Adat kunjung mengunjung dan bermaafan sesama saudara amat digalakkan. Tetapi tidak perlulah ketika semua orang bergembira, kita menjadi punca seseorang menjadi sedih.
Jagalah mulut dan perbuatan agar tidak menyakitkan hati orang lain. Seperti yang dikongsikan oleh Siti Jamilah, apabila dia pergi beraya ke rumah keluarganya apabila dia digelar mandul oleh salah seorang dari mereka.
Skdr brkgsi sdkt luahn hati, luahn rs… Hati prmpuanku ini y bagai dipnh halilintar skaligus hancur berkecai apabila digelar ‘mandul’… Yes..! ‘Milah Mandul’… Allahurobbi… Salah apa aku kpd kamu duhai mokcik… Hina sgt kah aku shgga perkataan itu keluar dri mulut mu… ???.. Aidilfitri kali ini kurasakan tiada mkna bg ku… Ak serik….. Kunjung mgunjung n saling bermaafan y spttnye mjadi tradisi mulia slama ini tp ia mnjdi mimpi ngeri buat diriku oleh krna ‘situasi’ hri ini… ak serik utk bertemu kamu duhai mokcik dan mokcik2..Saat menulis ini airmata ku xdpt diseka lagi.. Laju.. Laju bagaikan titis hujan mlm ini ya Allah…?????
Aku cuba utk bersabar dan tersenyum namun hati dan iman ku y senipis kulit bwg ini kdgkala mybbkan aku rse tramat down.. Tramat sdih…
Andai ank itu boleh aku bli d psr2 raya, di psr2 mlm…..
Perbualan siang td berbunyi :-
Mokcik : naik la, msuk la.. Ni sapo ni.. Aku : slmt hri rye ‘mokteh’.. Ape khbr.. Milah la ni.. Mokcik : Milah mano??? Hoo MILAH MANDUL… Aku : %! @?£&..x baik ckp gitu mokteh… Mokcik : Hoooo doh yo la.. Xleh branok mandul la ore panggil.. Ko ore pggil gpo..???
Allah Allah… Ampunkan dosaku dan dosanya ya Allah…
Bgitu lah kisah nye y d pendek kan…
Ya Allah.. Dalam hati ni… Hanya Engkau saja y tau.. Rse nk mnangis trus saat itu.. Tp ak tahan tahan dan trus tahan melayani dan berbual2 bertanyakan khbr ‘mokcik’ tersebut y katanya sebelah lutut sakit dan x boleh bgerak aktif spt sblm ni… Ak mlyni tetamu2 dan sanak saudara y lain spt tiada ap y berlaku.. … Smpai lah mlm ini… Rse ini x dpt ku bendung lagi…..
Post ini bukan niat ingin mnagih simpati… Bkn niat nk mburuk kan mokcik tsebut.. Ianya sbg slh 1 cara ak dpt kurg kn ksdihn hti ini…
Sincerely me, MILAH MANDUL?
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin semua… ??????????????
Kata orang, jika tiada apa yang baik untuk dikatakan lebih baik berdiam diri. Tidaklah menyakitkan hati sesiapa. Kata-kata kalau tersilap bicara lebih menyakitkan dari senjata tajam. Semoga kita lebih peka dengan sensitiviti orang lain dan tidak tersalah bicara jika berkunjung ke rumah saudara mahupun teman-teman.
Pasangan ini sering menjadi inspirasi kerana perkongsian tentang kehidupan dan anak mereka, Arwa Malaikha Urwa. Baru-baru ini, warga maya terhibur apabila Nadzmi berkongsi sebuah video ketika mereka sekeluarga sedang menjalani penggambaran.
Dalam video tersebut, Nadzmi melakonkan watak sedang marah. Suara dikuatkan dan nampak seperti dia benar-benar marahkan Ardell. Tapi, lain pula jadinya apabila anak mereka ketawa melihat lakonan ayahnya itu.
Telatah comel Urwa itu secara tidak langsung membuatkan Ardell tergelak dan seluruh kru produksi juga terhibur. Sempat juga Nadzmi berkata pada anaknya, “Yuwa jangan gelak, tengah berlakon. Abi bukan buat lawak, Abi tengah marah!”.
Berikut respon warga maya apabila menonton video si comel Urwa:
Memang comel sungguh Urwa ni! Muka pun manis je, suka senyum dan ketawa. Tak perlu dipertikaikan lagi, Urwa memang mewarisi kecomelan ibunya dan sifat kelakar dari ayahnya. Semoga Urwa terus membesar dengan sihat dan membanggakan kedua-dua orang tuanya.
Kalau dapat, anak mesti suka. Mahukan anak belajar sambil belajar, boleh klik SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka hanya kerana tidak memiliki botol minuman idaman, seorang wanita meluahkan kecewa sehingga terdetik ingin berpisah dengan suaminya.
Luahan itu telah mendapat perhatian pelakon Ika Nabella yang turut beri respon. Bagaikan tidak percaya hanya alasan begitu, wanita itu sanggup terdetik di hati ingin meruntuhkan rumahtangganya.
Ini dikongsikan menerusi paparan hantaran di Threads, wanita tersebut mendakwa, suaminya enggan membelikan botol minuman berharga RM30 itu kerana gaji yang tidak mencukupi.
Dakwanya, dia tidak pernah minta dibelikan barangan mahal, malah mendakwa suaminya juga culas membayar nafkah.
“Berdosa ke terfikir kalau bercerai pun tak rugi? Aku minta suami belanja tumbler harga RM30, jawapan dia tunggu dia dapat kerja gaji besar. Ya Allah, tak pernah aku minta belanja gelang emas atau benda-benda mahal. Gaji sebulan lebih kurang RM3,000 pun tak pernah hulur nafkah. Sekadar memenuhi syarat bagi aku tempat tinggal dan makanan.”
Bagaimana perkongsian itu telah mendapat perhatian aktres, Ika Nabella apabila dia sudi untuk menghadiahkan botol minuman berkenaan kepada wanita terbabit.
Nak tumbler apa ini? Mari saya hadiahkan dekat awak. Saya tak sokong suami awak tau, tak miskin pun kalau gembirakan isteri dengan botol berharga RM30.
Sementara itu, terkesan dengan respon wanita itu, Ika meluahkan bahawa sikap segelintir golongan suami yang tidak bersyukur dan suka mengambil kesempatan di atas kesenangan isteri.
“Tapi saya ingin kita semua lihat dari sudut pandang yang lebih luas apabila ramai suami zaman sekarang suka ‘goyang teloq’ (goyang kaki) apabila isteri sediakan a sampai z.”
Moga perkongsian ini menjadi iktibar buat semua bahawa kebahagiaan sebuah keluarga adalah saling melengkapi dan memahami antara satu sama lain.
Sumber: Ika Nabella
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar Nourul Depp kanser membuka mata wanita tentang pentingnya pemeriksaan awal, keputusan berani membuang rahim dan ovari, serta perjalanan pulih yang penuh kekuatan dan inspirasi.