Rezeki MUA Bellaz dapat anak perempuan kedua selepas anak sulung perempuan berumur 9 tahun. Kini kehidupan Bellaz dan suami dikira dah lengkap apabila dikurniakan dua anak perempuan dan dua anak lelaki.
Dalam perkongsian terbaru Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabilah binti Zulyadaini, dia telah berkongsi beberapa gambar comel Nur Aisywara Nealofa untuk tatapan orang ramai.
Dengan mengucapkan rasa syukur atas kurniaan anak keempat ini, sebagai ibu dia cukup sebak dan gembira kerana semuanya telah selamat.
Masyallah Allahuakbar syukur Alhamdulilahh..segala puji bagi Allah 🤲🏻 Nah ramai yang nak tengok kan
Memperkenalkan anak Dara saya Nur Aisywara Nealofa. Doa baik-baik ya sahabat semua..syukur segalanya.
“Selalu teman mama dalam live..”
Ads
Dalam pada itu juga, Bellaz turut memberitahu Nur Aisywara Nealofa ini jugalah yang selalu menemaninya dalam livenya setiap hari.
“Yang ni laa duk teman mama dalam live setiap hari hehe. Besaq nanti leh teman kakak ootd dengan mama ya..yey geng Muabellaz kali ni ..adik kepada Aisy Ean Yusuf. Kebetulan bersalin date yang sama 29/7 dengan abang Aisy Ean Yusuf, tulisnya.
Ads
Susulan perkongsian gambar tersebut, ramai yang memuji kecomelan Nur Aisywara Nealofa terutama bibir dan keningnya.
Malah ada yang berseloroh melihat keningnya yang terbentuk elok dan sempat mengusik Bellaz ni semua sebab mama suka buat live lukis kening.
“Teman mama live selalu sampai kening pun cantik ja tersusun 😍
“Kening on point dah baby, Alhamdulillah syukur Aamiin
Penggunaan kerusi keselamatan dipraktikkan bagi ibu bapa yang mementingkan keselamatan anak. Malah ia menjadi satu kewajipan bagi setiap anak untuk diletakkan pada kerusi keselamatan sebelum memulakan perjalanan.
Setiap perjalanan di jalanraya mendedahkan pengguna kepada risiko kemalangan. Terkini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook melalui laporan Bernama berkata kerajaan akan mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian pada tahun 2020.
PROGRAM KESEDARAN TENTANG KEPENTINGAN KERUSI KESELAMATAN
Sebelum penguatkuasaan secara mandatori pada tahun 2020, Kementerian Pengangkutan akan menjalankan beberapa program kesedaran tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi kepada orang ramai sepanjang tahun 2019.
“Sepatutnya, perancangan untuk mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi adalah pada tahun ini tetapi selepas perbincangan dengan MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia), kami dapati industri ini belum bersedia (dari segi ) tidak cukup bekalan, tidak cukup stok dan kami juga mahu memastikan kos (kerusi bayi) lebih mampu (untuk pembeli),” katanya.
Menurut Loke lagi, pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) agar tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap pembelian kerusi keselamatan bayi supaya harganya lebih murah.
Pakar neuro dan pendidikan awal kanak-kanak Glenn Doman yang merawat kanak yang ditimpa kecacatan dan kerosakkan otak berpendapat pertumbuhan fungsi otak boleh ditingkatkan dengan menggalakkan bayi meniarap, menyelar dan merangkak dan memulakan program ini sejurus selepas bayi lahir.
Amalan tradisi kita membedung bayi dan membaringkan terlentang adalah satu langkah menyekat pergerakkan bayi. Sedangkan kebebasan pergerakkan bayi menggalakkan pertumbuhan fungsi otak bayi.
Tingkat 1- Menyelar
Bila ditiarapkan diatas crawling track (CT) bayi akan secara automatik bergerak mengikut refleks yang dikawal oleh saraf tunjang dan Medula dipangkal otak, kedua kaki dan tangan bergerak2 tanpa arah tujuan dan jari2nya akan digenggam. Ini dalam tingkat 1 perkembangan fungsi otak. Sebaiknya bayi diletakkan dalam crawling track sebayak 10 kali sehari semalam.
Bayi seterusnya akan mengerakkan tubuhnya dan cuba mengawal pergerakkan kaki dan tangan serta memusingkan badannya. Tapi CT bolih menghadkan gerakakn bayi yang cuba memusing, oleh itu bayi juga perlu Crawling Mat [CM] atau tikar vinyl ukuran 4 x 4 kaki peregi yang diletakkan atas carpet. Sebaikknya kegunaan CT patut diselang selikan dengan CM.
Penting bagi ibu dan bapa untuk memberi galakkan kepada bayi untuk menyalar kedepan. Pada mula pergerakkan kaki dan tangan tiada teratur dan tanpa susunan serta ketiadaan arah tujuan, kaki dan tangan kanan atau kedua2 tangan atau kedua2 kaki mungkin bergerak serentak.
Apabila tangan kanan dan kaki kiri bergerak serentak dan kemudian diikuti gerakan tangan kiri disertai kaki kanan. Ini digelar gerakkan cross pattern. Pergerakkan saperti ini sangat berkesan untuk bayi maju kedepan atau mundur kebelakang. Apabila bayi boleh maju kedepan sejauh 2-3 kaki dalam tempoh 10 minit, ia dianggap masuk ke Tingkat 2 Perkembangan fungsi otak dimana pergerakkan anggota mula dikawal oleh Pon dalam pangkal otak. Jika bayi diberi banyak peluang menyalar ia boleh naik dari Tingkat 1 kepada Tingkat 2 dalam masa satu bulan, sedangkan yg normal tanpa rangsangan ini berlaku pada umur dua bulan setengah.
Tingkat2 – Menyelar/ crawling
Galakkan bayi meyalar sebanyak2 mungkin dengan CT dinaikkan pada hujungnya menjadikan ia sloping keatas sebagai satu cabaran kepadanya. Juga biarkan ia meyalar kemana2 diatas lantai dalam rumah tapi tentukan ia tidak mencapai sesuatu yang merbahaya saperti wayar elektrik.
Ibu atau bapa sebaiknya menyalar bersama2 serta memberi galakkan kepada bayi. Letakkan sesuatu seperti toy untuk dia cuba mencapai. Jika bayi diberi peluang menyalar 15 kali atau lebih sehari, tidak lama kemudian ia akan menyalar dengan cross pattern dan boleh capai jarak 150 kaki dalam sehari. Apabila sudah lancar dan mahir menyalar, bayi akan cuba mengangkat badan dari atas lantai dan ini permulaan bayi Merangkak (creep). Ini menandakan bayi masuk ketingkat 3 perkembangan fungsi otak. Ia boleh dicapai pada umor bayi tiga bulan setengah(3 1/2), sedangkan bayi tanpa rangsangan mencapai tingkat 3 pada umor 7 bulan.
Tingkat 3 – Merangkak/ creeping
Setelah banyak dan aktif menyalar serta bergerak dengan cross pattern, bayi mula mengangkat tubuh dari lantai diatas kedua lutut dan tapak tangan dan terus merangkak (creeping). Bila ini berlaku kawalan berpindah dari pon dalam pangkal otak keatas ditengah otak (mid brain). Ketika ini bayi tidak lagi perlu CT dan alat boleh diagihkan kepada bayi lain.
Bayi masih banyak menyalar disamping merangkak. Ia akan bergerak merata2 dan sebaiknya ibu atau bapa merangkak bersama2 sebagai galakkan dan gunakan mainan/toys untuk dikejar dan dicapai. Jadikan ia sebagai aktiviti bermain dan berseronok.
Dalam tingkat 3 perkembangan otak (midbrain function) sasarannya ialah bayi merangkak sejauh 400 ela sehari.( Dalam tingkat 1 – fungsi saraf tunjang dan medulla – sasarannya ialah bayi menyalar 2-3 kaki tanpa henti dalam 10 minit. Manakala dalam tingkat 2 – fungsi otak Pon – sasarannya ialah bayi menyalar 150 kaki sehari ). Bagaimana dan berapa lama tempoh untuk capai sasaran/target bergantujng kepada penglibatan ibu bapa.
Bayi dipakaikan baju lengan panjang dan seluar panjang serta setokin untuk merangkak. Lantai yang berlapis carpet adalah lebih sesuai. Glenn Doman cadangkan 20 – 30 sessi merangkak sehari untuk cepat capai target. Pada mulanya sesi pendek dan dipanjangkan sikit demi sikit.
Bayi terus digalakkan merangkak sehingga satu hari nanti ia mula memegang tiang kerusi atau meja dan akan cuba berdiri dan seterusnya ia cuba capai kerusi atau meja lain dan cuba berjalan pula. Pergerakkan ini digelar cruising atau tateh. Dengan banyak berlatih dan bertateh akhirnya ia boleh mengambil satu dua langkah dengan sendirian. Ini bermakna bayi telah meninggalkan tingkat 3 menuju ke tingkat 4 perkembangan otak dimana ia mula dikawal oleh cerebral cortex iaitu bahagian otak teratas sekali.
Jika pencapaian ini boleh berlaku ketika bayi masih berumur 6 bulan, bayi ini insha Allah akan jadi seorang GENIUS mengikut pendapat pakar otak Glenn Doman.
Siti Aafiyah atau nama gelarannya Si Comel Pipi Merah, puteri sulung pasangan popular Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa semakin membesar dengan bijak dan ceria.
Penghibur hati ibu dan ayah yang semakin menambah kebahagiaan rumah tangga yang hampir 12 tahun dibina turut menceriakan sambutan Syawal Siti dan Datuk K tahun ini.
Betullah kat orang, kehadiran bayi dalam hidup akan membuatkan hari kita ceria dan gembira melihat telatahnya setiap saat.
Aafiyah yang kini berusia tiga bulan sudah mencapai tahap perkembangan sama seperti bayi lain seusianya bila sudah pandai ‘bercakap’ dalam bahasanya serta mula mengenali ibu dan ayahnya.
Baru-baru ini Siti memuatnaik video di Instagramnya mengenai telatah Aafiyah bersama suaminya. Dalam video tersebut Aafiyah yang comel seolah-olah sedang berbual dengan ayahnya.
Datuk K juga dilihat seronok melayan apa yang cuba diceritakan oleh Aafiyah.
Tambah lucu bila Siti menulis kapsyen kelakar.
Ngadu kat Ayah dia la tuu.. ibu sibuk masak laksa Johor & spaghetti meatballs harini..
Memang seronok melayan bayi usia macam Aafiyah yang tengah pandai nak berbual ni. Rasa cepat sangat masa berlalu.
Sebenarnya pada usia ni memang bayi sudah pandai membuat suara agah-agahnya. Apa yang dilakukan oleh Datuk Siti dan Datuk K memang tepat sekali.
Ini kerana memang tugas ibu ayah untuk membantu si comel mengembangkan kemahiran bahasanya dengan rajin melayannya bercakap sepanjang hari.
Tak kisahlah sama ada bayi anda faham atau tidak, yang penting bila anda memberi respon pada ‘percakapannya’, ia membantu bayi untuk terus belajar mengembangkan kemahiran bahasanya.
Kajian juga mendapati tahap kepintaran yang tinggi seseorang anak itu turut dipengaruhi oleh berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu dengar pada tahun pertama kehidupannya.
Comelnya Aafiyah dah pandai mengadu
Dilihat pada bonding yang terjalin antara Aafiyah dan ayahnya membuktikan betapa eratnya hubungan anak dan ayah ini.
Sebenarnya pada usia bayi seperti Aafiyah, dia sudah menjalin hubungan rapat dengan ibu ayah serta mengenali wajah kedua insan yang paling rapat dengannya.
Walaupun ada bayi yang mudah tersenyum pada orang yang tidak dikenali terutama jika orang itu bertentang mata dengannya atau bercakap dengannya, namun dia sudah mula tahu siapa orang yang rapat dalam hidupnya dan boleh menentukan siapa yang lebih disukai antara mereka.
Wah, nampaknya Aafiyah dah pandai mengadu dekat ayah dia…Jaga-jaga Tok Ti nanti si comel ini mesti banyak cakap orangnya. Jangan risau, biasanya kalau anak petah bercakap ni bijaklah orangnya nanti.
Apa pun semoga Siti dan Datuk K enjoy moment Aafiyah kejut tengah-tengah malam untuk melayannya bersembang sebab ini akan jadi antara kenangan paling dirindukan oleh ibu ayah bila anak semakin membesar.