Bila bercakap tentang hari terakhir sekolah sebelum raya baru-baru ini mesti macam-macam ragam kan?
Menerusi perkongsian daripada pelakon Nad Zainal di laman Instagramnya turut mengalami situasi yang sama seperti para ibu di luar sana sebelum raya tempoh hari.
Kongsi Nad, anak lelakinya Fahad Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Yem menunjukkan pelbagai ragam hari terakhir bersekolah sebelum menyambut Hari Raya.
“Drama last day sekolah sebelum Raya. Yem tak boleh school sebab rasa nak demam. Yem rasa kaki ni dah patah.
“Yem macam nak tengok tv lah tapi adik tak bagi. Yem nak cutilah dari 10am-12.30 pm,” tulisnya.
Dalam situasi tersebut juga, nasib sangat menyebelahi Yem kerana Nad berada dalam keadaan ‘good mood’ dan boleh melayan keranah anaknya yang mencuba untuk tidak pergi sekolah.
Ads
“Nasib baik mommy good mood today. Belum jadi Darth Vader lagi, tapi bakal bertukar kalau ada lagi alasan-alasan nak skip sekolah,” tambahnya lagi.
Sebelum ini Nad Zainal pernah dimasukkan ke hospital akibat pendarahan di paru-parunya namun kian pulih setelah mendapatkan rawatan lengkap serta rehat yang panjang pada Disember 2022.
Untuk rekod, Nad Zainal mendirikan rumah tangganya buat kali kedua bersama pelakon Ungku Ismail pada Januari 2023 selepas sah bercerai dengan bekas suaminya yang terdahulu, Muhammad Faliq Amiruddin pada tahun yang sama. Hasil perkahwinan pertamanya, Nad dikurniakan dua cahaya mata, Yem dan Som.
“Tak sangka dapat panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak saya, Sophia Fatehah terlungkup dalam besen air dan tak sedarkan diri.” Kata Wan Farhan Danial Wan Azmi, 26, bapa kepada kanak-kanak yang meninggal dunia awal pagi (3 Mac) di Hospital Pulalu Pinang (HPP).
Pengasuh ambil tuala, tinggalkan sekejap anak dalam bilik air
Menerusi laporan Berita Harian, Sophia Fatehah yang berusia dua tahun, meninggal dunia pada kira-kira jam 2 pagi di HPP akibat terlungkup dalam besen air selepas dimandikan di rumah pengasuhnya di Permatang Damar Laut, Batu Maung.
Wan Farhan Danial yang bekerja di kilang Bayan Lepas berkata, kejadian itu berlaku selepas pengasuh anaknya selesai memandikan Sophia Fatehah dan meninggalkannya sementara di bilik air untuk mengambil tuala.
“Pada kira-kira jam 1 tengah hari (hari kejadian), saya menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan anak tidak sedarkan diri selepas terlungkup dalam besen air di rumahnya,” katanya.
Menurut Wan Farhan, pengasuh memberitahu selepas selesai memandikan Sophia Fatehah, dia meninggalkan seketika anak saya dalam besen air itu bagi mengambil tuala dan sebaik kembali semula, dia melihat anak saya sudah terlungkup dalam besen dan tidak sedarkan diri.
“Pengasuh terbabit memaklumkan dia memberi rawatan awal kepada Sophia Fatehah dan menghubungi ambulans untuk menghantarnya ke hospital,” katanya.
“Pengasuh dah lama jaga anak-anak kami..”
Difahamkan, mangsa dihantar ke wad pediatrik HPP untuk rawatan lanjut tetapi keadaannya semakin lemah hingga menghembuskan nafas terakhir pada jam 2 pagi tadi.
Wan Farhan Danial berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu baru saja pulang ke rumah selepas seminggu berada di hospital bagi mendapatkan rawatan penyakit dihidapi.
“Kami tidak menyalahkan pengasuh atas kejadian itu kerana mengenalinya lama dan menjaga Sophia Fatehah dengan baik sejak berusia dua bulan.
“Malah, anak sulung kami yang berusia enam tahun juga turut dijaganya sejak berusia enam bulan,” katanya.
30 minit selepas kejadian, mangsa makin lemah
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, berkata polis menahan pengasuh wanita berusia 43 tahun itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Beliau berkata, siasatan mendapati pengasuh terbabit mengisi air dalam besen sehingga hampir penuh bagi memandikan mangsa pada jam 11 pagi (2 Mac).
“Dia kemudian keluar seketika dari bilik air untuk mengambil tuala dan ketika kembali, kepala mangsa dan separuh badannya sudah tenggelam dalam besen air itu.
“Pengasuh bertindak mengalihkan mangsa yang masih sedar dan selepas dipakaikan baju, kanak-kanak itu tidur.
“Namun 30 minit kemudian, mangsa dilihat tidak bermaya sebelum pengasuh memberikan bantuan pernafasan (CPR) dan menghubungi ambulans,” katanya ketika dihubungi.
Anbalagan berkata, siasatan dijalankan terhadap pengasuh itu dibuat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 bagi mengenal pasti jika terdapat unsur jenayah dan perintah reman akan dimohon bagi melengkapkan siasatan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa yang selalu kita fikirkan, atau doakan dengan Izin Allah SWT akan termakbul. Begitu juga dengan perkara yang dilalui oleh Puan Athirah ketika dia berkongsi saat-saat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta ketika sampai di hospital.
Puan Athirah sentiasa berdoa agar suami dapat menemani dia ketika bersalin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan syukur suaminya serta anak-anak dapat menemani dia ketika melahirkan anak ketiga di dalam kereta. Ikuti perkongsian beliau.
BERSALIN DALAM KERETA.
Ini bukan cobaan.. Ini bethol bethol..🙈🙈
Memandangkan ramai gak kekawan yang piyem tepi suruh Tya citer balik macam mane keadaan bersalin dalam kereta aritu. So harini boring-boring masih dok kat wad ni, kite buat la karangan untuk korang hayati. Gittew.
17/2/2021
Pagi ni bangun je macam biasa. Lepas solat subuh, aku sambung tido sebab badan letih.
9.00am – Terbangun sebab tetiba sakit perut. Rasa macam contraction sikit. Tapi disebabkan 3 hari sebelum tu dah kena false contraction.. malas nak fikir sangat. So buat la rutin biasa. Godak cekelat. Buat chocojar. Tapi time buat tu memang rasa contraction dah on off. Tapi tak monitor timing.
11.30am – Masih menggodak cekelat #ChocojarByJismieKitchen. Tapi rasa macam dah tak boleh berdiri betol dah. Sakit yakmat.
12.30pm– husb cakap “pegi siap sekarang, masuk kereta. Kite pergi hospital sekarang”.
Zup zap bersiap dengan jalan yang tak berapa nak kuat tu, 12.45pm gerak la kami berempat ke hospital.
Dalam perjalanan tu contraction makin lama makin kuat. Rasa macam 2min sekali macam tu. The struggle is real. Tak leh fikir ape dah, jerit tahan sakit sambil suruh husb drive cepat sikit.
Paling best part Anas bagi moral support “Mama tahan sikit ye, mama kena kuat.” Atiq plak bahagian bebel “Papa cepat la sikit, mama sakit tu”. Terharu dengar.
Tapi tengah sakit sangat-sangat, tak terluah nak cakap terima kasih kat dua hero aku tu.
1.00pm– sampai je kat PPUM bangunan Kompleks Wanita & Kanak-Kanak. Husb pon tengah terpinga-terpinga tak tahu nak kemana. Aku suruh dia tanya dekat pondok polis bantuan.
Ngam-ngam Polis bantuan bukak pintu pagar dan bagitahu husb kena tekan button intercom untuk panggil nurse. Ketuban pecah…
Husb parking bebetol depan pintu kecemasan bersalin. Dia turun and tekan button intercom. Time dia turun tu aku dah rasa kepala baby kt bawah. So aku tak ada pilihan, buka terus seluar and tetiba…
1.11pm– Ploopps, baby menggelongsor keluar. Maka lahirlah seorang baby girl, seberat 2.6kg lahir ke dunia ni. 😚
Terpinga sekejap Atiq & Anas tengok adik dia yang dah ade depan mata berlumuran darah tu.
Siap je husb azan & iqamatkan baby, datang dua org nurse potong tali pusat baby & bawak aku terus ke Wad Bersalin.
Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku;
1. Selalu doa, mintkak-mintak la kerajaan izinkan suami teman wife bersalin time covid ni. (Sekali bukan suami je teman, dengan anak-anak sekali teman🙈😍) 2. Selalu doa, taknak buat swab test. (Sebab orang cakap swab tu sakit) 3. Selalu doa, taknak contraction lelama. 4. Selalu doa, taknak kena seluk check jalan banyak kali.
Ya rabbi, syukur sesangat.
Allah permudahkan urusan bersalin kalini.
Ps: Sorry husband, Fitri Selamat sebab sepanjang jalan ke hospital sy marah-marah awk suruh cepat.. thank you gak sebab uruskan saya dan uruskan anak-anak sepanjang saya warded ni. Lebiu ❤️😘
Balik rumah ade surprise pulak dari suami & Atiq, Anas. Co cuwit. Maceh.. lebiu olls. Gigih papa suruh korang melukis mewarna ye sampai 3pagi. Thankyouu 😘😘
Bagi peminat Master Chef, anda pasti mengenali barisan juri-juri Master Chef. Jock Zonfrillo antara juri yang diminati ramai kerana tutur katanya yang sopan ketika memberi pendapat dan penampilan yang tampan.
Namun kita baru sahaja dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan apabila Jock ditemui meninggal dunia pada Ahad lalu, jam 2 pagi. Juri MasterChef Australia (M.A) tersebut ditemui berseorangan dalam sebuah bilik hotel di Melbourne.
Mendiang turut meninggalkan dua cahaya mata Alfie dan Isla yang masih kecil serta isteri, Lauren Fried.
Ketika kejadian, Isteri dan 2 anaknya saat itu menyambung percutian mereka di Rome, Itali manakala Jock terbang pulang ke Australia untuk menghadiri sidang media khas pelancaran musim terbaru M.A.
Anak lelaki Jock, Alfie antara yang paling terkesan dengan pemergian beliau kerana Alfie sangat rapat sehingga memanggil bapanya “best friend”.
Jock Zonfrillo dikenali sebagai ‘family man’ kerana sentiasa bersama keluarga dan sangat rapat dengan anak-anak. Mendiang semasa hayat sentiasa berkongsi momen bersama anak-anak di laman media sosialnya.
Sentiasa mengkritik secara profesional dan tidak pernah menengking peserta, peribadi Jock sentiasa dalam ingatan sepanjang menjurikan M.A. Namun siapa sangka disebalik senyum manis yang terukir, rupanya Jock menghidap barah usus beberapa tahun kebelakangan ini dan komplikasi tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan umum.