“You jangan nangis…daddy jangan sedih. Ampunkan dosa-dosa I ya. Love you!” Itu kata-kata terakhir yang diluahkan oleh penyanyi Allahyarham Siti Sarah sebelum ditidurkan kerana jangkitan Covid-19 pada 6 Ogos lalu.

“You Jangan Sedih. Ampunkan Dosa I Ya.” Shuib Kongsi Perbualan Akhir Dengan Arwah

Rakaman perbualan terakhir Siti Sarah bersama suaminya pelawak Shuib diselitkan dalam video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik di laman Youtube pada Jumaat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Menurut Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, lagu dalam MV tersebut merupakan rakaman nyanyian semasa Siti Sarah menjalani latihan sebuah showcase di MATIC, Kuala Lumpur kira-kira tiga tahun lalu.

“Enam hari selepas pemergian arwah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk showcase Siti Sarah pada tahun 2018.

“You Jangan Sedih. Ampunkan Dosa I Ya.” Shuib Kongsi Perbualan Akhir Dengan Arwah

“Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arwah untuk ditidurkan.

“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.

IKLAN

“You Jangan Sedih. Ampunkan Dosa I Ya.” Shuib Kongsi Perbualan Akhir Dengan Arwah

“Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” ujarnya.

Dalam rakaman perbualan terakhir yang dikongsi itu, Shuib meminta Siti Sarah untuk kuatkan diri berdepan ujian penyakit tersebut.

Sedih sangat dengar suara Shuib dan arwah Sarah dalam video muzik di minit 4:52. Kita yang mendengar pun sebak dan boleh mengalir air mata, apatah lagi Shuib.

IKLAN

“Ibu..satu step ni je you kena lepaskan..you minta dengan Allah kuatkan semangat you, InsyAllah lepas ni kita tengok baby kita.

“Ibu..sumpah I sayang you sangat,” kata Shuib dalam rakaman tersebut.

“You Jangan Sedih. Ampunkan Dosa I Ya.” Shuib Kongsi Perbualan Akhir Dengan Arwah

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur akibat Covid19.

IKLAN

Arwah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia 8 bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

“You Jangan Sedih. Ampunkan Dosa I Ya.” Shuib Kongsi Perbualan Akhir Dengan Arwah

Selain Ayash, tiga lagi anak arwah iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Kredit: Mstar; IG Shuib Sepahtu

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/“You Jangan Sedih. Ampunkan Dosa I Ya.” Shuib Kongsi Perbualan Akhir Dengan Arwah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI